Hari Kebangsaan (Singapura)
Penampilan
Hari Kebangsaan | |
---|---|
Official name | Hari Kebangsaan Singapura |
Observed by | Singapura |
Type | Kebangsaan |
Significance | Memperingati kemerdekaan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965 |
Celebrations | Perbarisan Hari Kebangsaan, amanat oleh Perdana Menteri Singapura, dan pertunjukan bunga api |
Date | 9 Ogos |
Frequency | Tahunan |
Hari Kebangsaan Singapura disambut setiap tahun pada 9 Ogos, memperingati kemerdekaan Singapura daripada Malaysia pada tahun 1965. Perayaan ini menonjolkan Perbarisan Hari Kebangsaan, amanat oleh Perdana Menteri Singapura, dan pertunjukan bunga api.
Perbarisan Hari Kebangsaan
[sunting | sunting sumber]Perbarisan Hari Kebangsaan Singapura ialah majlis kebangsaan yang biasanya diadakan di Pentas Terapung Teluk Marina, Stadium Nasional di Hab Sukan Singapura, atau Padang. Pada tahun 2007, Perbarisan diadakan di Pentas Terapung Teluk Marina buat kali pertama, dan pada tahun 2016, ia diadakan di Hab Sukan Singapura. Perbarisan tersebut termasuk persembahan yang menggambarkan tema tahunan.