Hari Alam Sekitar
Hari Alam Sekitar (HAS) atau (World Environment Day (WED)) dilancarkan oleh Perhimpunan Agung PBB pada tahun 1972. Setiap tahun, hari ini diadakan di bandar yang berlainan dan disambut dengan eksposisi antarabangsa pada minggu 5 Jun. Program Persekitaran PBB (UNEP), juga ditubuhkan pada 1972, menggunakan HAS untuk membangkitkan kesedaran mengenai alam sekitar dan menarik perhatian politik dan tindakan awam.
HAS 2007
[sunting | sunting sumber]Tajuk Hari Alam Sekitar 2007 ialah "Ais yang mencair - topik hangat?" (Melting Ice – a Hot Topic?). Semasa Hari Kutub Antarabangsa, HAS 2007 menumpu pada kesan-kesan perubahan iklim pada ekosistem dan komuniti kutub, pada kawasan lain yang juga dilitupi ais dan salji, dan kesannya kepada dunia.
Sambutan antarabangsa utama diadakan di bandar Tromsø, Norway, sebuah bandar di utara Garisan Artik yang menggelar dirinya "Pintu Masuk ke Artik" (The Gateway to the Arctic) [1].
HAS 2006
[sunting | sunting sumber]Tema untuk WED 2006 ialah "Gurun dan Penggurunan" (Desert and Desertification). Slogan untuk HAS 2006 ialah "Jangan menggurunkan tanah kering" (Don't desert drylands).
Slogan ini menitikberatkan kepentingan melindungi tanah kering, yang melitupi lebih daripada 40% permukaan bumi. Ekosistem ini merupakan tempat tinggal satu pertiga manusia di dunia ini yang merupakan ahli yang terdedah kepada sistem pengurunan. Sambutan utama diadakan di Algeria.
WED 2005
[sunting | sunting sumber]Daripada laman web rasmi:
- Kini, kebanyakan manusia di dunia ini tinggal di bandar. Untuk menghargai saat bersejarah ini, Datuk Bandar Gavin Newsom telah menjemput datuk-datuk bandar dari seluruh dunia ke San Francisco untuk Hari Alam Sekitar PBB untuk mara bersama ke arah masa depan bandar dapat dikekalkan.
- Para datuk bandar sedang bergabung sebagai ejen-ejen perubahan yang paling berkuasa dan boleh diselaras. Mereka mampu menangani isu-isu alam sekitar dengan cepat dan secara unik bertanggung jawab kepada penduduk mereka. Kuasa pembelian mereka yang besar membentuk pasaran dan menjadikan persekitaran boleh dikekalkan satu daripada pertimbangan pengilangan. Mereka menangani isu persekitaran sejagat yang paling mencabar dan penyelesaian visi mereka memberikan inspirasi dan sebagai model kepada kesemua sektor masyarakat.
Tema terdahulu
[sunting | sunting sumber]- 2006 - Gurun dan Penggurunan
- 2005 – Bandar Hijau – Merancang untuk Planet ini!
- 2004 – Dikehendaki! Laut dan Lautan – Mati atau Hidup?
- 2003 – Air – Dua Bilion Orang sedang Mati untuknya!
- 2002 - Bagi Bumi Satu Peluang
- 2001 - Berhubung dengan World Wide Web Kehidupan
- 2000 - Milenium Alam Sekitar - Masa untuk Bertindak
- 1999 - Bumi Kita - Masa Depan Kita - Terus Selamatkannya!
- 1998 - Untuk Hidupan di Bumi - Selamatkan Laut Kita
- 1997 - Untuk Hidupan di Bumi
- 1996 - Bumi Kita, Habitat Kita, Rumah Kita
- 1995 - Kita Manusia: Bersatu untuk Persekitaran Sejagat
- 1994 - Satu Bumi Satu Keluarga
- 1993 - Kemiskinan dan Alam Sekitar - Memutuskan Kitaran Kejam
- 1992 - Hanya Satu Bumi, Pelihara dan Kongsi
- 1991 - Perubahan Iklim. Keperluan Perkongsian Sejagat
- 1990 - Kanak-Kanak dan Alam Sekitar
- 1989 - Pemanasan Sejagat; Pemanasan Sejagat
- 1988 - Apabila Manusia Mementingkan Persekitaran, Pembangunan akan Berkekalan
- 1987 - Persekitaran dan Tempat Berlindung: Lebih Dari Sekadar Atap
- 1986 - Pokok Untuk Kedamaian
- 1985 - Pemuda: Populasi dan Persekitaran
- 1984 - Penggurunan (Desertification)
- 1983 - Mengurus dan Melupuskan Buangan Merbahaya: Hujan Asid dan Tenaga
- 1982 - Sepuluh Tahun Selepas Stockholm (Pembaharuan Kebimbangan Persekitaran)
- 1981 - Air Tanah; Bahan Kimia Toksik dalam Rantai Makanan Manusia
- 1980 - Cabaran Baru untuk Dekad Baru: Pembangunan Tanpa Pemusnahan
- 1979 - Cuma Satu Masa Depan untuk Anak Kita - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
- 1978 - Pembangunan Tanpa Pemusnahan
- 1977 - Kebimbangan Persekitaran Lapisan Ozon; Kehilangan Daratan dan Penyahgredan Tanah
- 1976 - Air: Sumber Penting untuk Kehidupan
- 1975 - Petempatan Manusia
- 1974 - Cuma Satu Bumi
Catatan
[sunting | sunting sumber]Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Hari Alam Sekitar |