Pergi ke kandungan

Hamid Awang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kapten Hamid Awang
Kelahiran
Hamid Awang
Warganegara Malaysia
PekerjaanTentera - Kapten
MajikanBendera Tentera Darat Malaysia Tentera Darat Malaysia
Terkenal keranaPenerima pingat Seri Pahlawan Gagah Perkasa
Pangkat Kapten

Kapten Hamid Awang merupakan seorang anggota tentera Malaysia yang berasal dari Kuala Terengganu, Terengganu. Beliau telah dikurniakan pingat SP pada 6 Jun 1973 di atas keberaniannya semasa pertempuran dengan pemberontak komunis di Gunung Pueh.

Dalam pertempuran tersebut, Kapten Hamid Awang dari Kompeni D 2 RAMD telah ditugaskan ke kawasan tersebut setelah menerima maklumat perisikan yang menyatakan seramai 40 hingga 50 pemberontak komunis akan berkumpul di Gunung Pueh. Pada petang 7 April 1973, mereka berjaya mengesan satu perkhemahan musuh dan beliau terus mengambil tindakan untuk melancarkan serangan ke atas khemah tersebut.

Kapten Hamid memulakan serangan dengan tembakan senjata M79 sebelum meluru ke arah kedudukan musuh. Dalam situasi pertempuran itu, seorang pemberontak cuba untuk menembak salah seorang anggota. Kapten Hamid dengan berani dan tanpa menghiraukan keselamatan diri bertindak nekad dengan menerkam ke arah pemberontak tersebut dan memukul lehernya dengan senjata M79.

Hasil dari pertempuran tersebut, pasukan Kapten Hamid berjaya menumpaskan tiga orang pemberontak komunis dan merampas tiga laras senjata automatik, peluru dan peralatan lain manakala seorang anggotanya terkorban. Beliau dikurniakan pingat SP pada 6 Jun 1973.