Hamdan Mohamed Khalib
Penampilan
Dr. Hamdan Mohamed Khalib | |
---|---|
Anggota Dewan Undangan Negeri Kedah untuk Tanjong Dawai | |
Dalam jawatan 2008 – 2013 | |
Didahului oleh | Arzmi Hamid |
Digantikan oleh | Tajul Urus Mat Zain |
Majoriti | 79 (PRU-12) |
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kedah | |
Dalam jawatan 2008–2013 | |
Menteri Besar Kedah | Azizan Abdul Razak |
Butiran peribadi | |
Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
Kediaman | Kedah |
Pekerjaan | Ahli politik |
Dr. Hamdan Mohamed Khalib ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu. Beliau merupakan mantan EXCO Kedah (2008-2013) dan mantan ADUN Tanjong Dawai selama sepenggal (2008-2013).
Keluarga
[sunting | sunting sumber]Pada 4 September 2011, anak beliau, Mohd Syazmin Hamdan, 16, meninggal dunia setelah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH)setelah kemalangan jalan raya. Anaknya itu adalah penuntut tingkatan empat Sekolah Agama Sik , menumpang kereta Perodua Kelisa yang dipandu abangnya, Mohd Syazwan. Di selekoh Pekan Jeniang sebuah lori dari arah bertentangan bertembung.Anaknya Syazwan, 18 tidak sedarkan diri.Jenazah disembahyangkan di Masjid Lama, Merbok.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Anak Exco Kedah meninggal dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-12-08. Dicapai pada 2012-02-05.