Hamamatsu Photonics
Nama asli | 浜松ホトニクス株式会社 |
---|---|
Jenis/bentuk sah | Syarikat awam KK |
Didagangkan sebagai | TYO: 6965 |
ISIN | JP3771800004 |
Industri | Elektronik |
Ditubuhkan | (29 September 1953 | )
Pengasas | Heihachiro Horiuchi |
Ibu pejabat | 325-6, Sunayama-cho, Naka-ku, Kota Hamamatsu, Shizuoka, 430-8587, Jepun |
Tokoh penting | Teruo Hiruma (Pengerusi) Akira Hiruma (Presiden dan CEO) |
Keluaran |
|
Hasil | ▲ JPY 120,6 bilion (FY 2014) (US$ 1,01 bilion) (FY 2014) |
Pendapatan bersih | ▲ JPY 16,5 bilion (FY 2014) (US$ 138,3 juta) (FY 2014) |
Bilangan kakitangan | 4.420 (termasuk di anak syarikat, swhingga 19 Disember 2014) |
Tapak web | Tapak web rasmi |
Catatan kaki/rujukan | |
[1] | |
sunting · sunting di Wikidata |
Hamamatsu Photonics K.K. (浜松ホトニクス株式会社 , Hamamatsu Hotonikusu Kabushiki-gaisha) ialah sebuah syarikat Jepun yang menghasilkan penderia optik (termasuk fotometer), sumber cahaya elektrik, dan peralatan optik lain serta instrumen terapannya untuk keperluan penyelidikan, teknikal, dan perubatan.[2][3]
Syarikat ini ditubuhkan pada 1953 oleh Heihachiro Horiuchi, belas murid Kenjiro Takayanagi, yang dikenali sebagai "bapa televisyen Jepun".[4]
Hermann Simon, seorang pemikir dan penulis perniagaan terkemuka Jerman, menyebut Hamamatsu dalam bukunya yang berjudul Hidden Champions of the Twenty-First Century: The Success Strategies of Unknown World Market Leaders sebagai salah satu contoh "juara tersembunyi".[2]
Penderia imej CCD buatan Hamamatsu digunakan pada Teleskop Subaru di Pencerapan Astronomi Kebangsaan Jepun.[5]
Fotometer buatan Hamamatsu Photonics juga digunakan pada kemudahan pengesan neutrino Super-Kamiokande di Universiti Tokyo, di mana penerima Hadiah Nobel 2015, Takaaki Kajita menjalankan perniagaannya. Dengan menggunakan produk Hamamatsu Photonics, "Kajita dapat membuktikan bahawa neutrino memiliki massa -- sebuah pergeseran besar pada pemahaman kita tentang bagaimana dunia ini bekerja," kata Tom Baer, pengerusi Photonics Industry Neuroscience Group dari National Photonics Initiative. "Hadiah Nobel merupakan pencapaian luar biasa bagi Kajita dan Hamamatsu Photonics."[6]
Penderia yang dibuat oleh syarikat ini juga membantu mengesahkan kewujudan Boson Higgs dalam satu penyelidikan yang akhirnya menerima Hadiah Nobel dalam Fizik pada 2013.[7]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Corporate Profile". Hamamatsu Photonics. Dicapai pada February 16, 2015.
- ^ a b Simon, Hermann (June 10, 2009). "Chapter 1: The Mystique of the Hidden Champions". Hidden Champions of the Twenty-First Century: The Success Strategies of Unknown World Market Leaders. London: Springer Science+Business Media. m/s. 4. ISBN 978-0-387-98147-5.
- ^ Resolved Instruments. "DPD80 Infrared Datasheet". Dicapai pada 23 April 2018.
For more information on the photodiode please refer to part number g6854-01 in the hamamatsu datasheet ...
- ^ "Business club video:Hamamatsu". The Daily Telegraph. Telegraph Media Group. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-12-22. Dicapai pada February 16, 2015.
- ^ "Hamamatsu CCD Sensors in Subaru Telescope in Hawaii". Novus Light Technologies Today. August 23, 2013. Dicapai pada February 17, 2015.
- ^ "National Photonics Initiative congratulates industry partner Hamamatsu on contributions to Nobel prize-winning research". SPIE. October 26, 2015. Dicapai pada February 15, 2016.
- ^ Hasegawa, Toshiro (December 9, 2015). "Nobel prizes, unlocking universe's mysteries just another day's work at Hamamatsu Photonics". The Japan Times. Dicapai pada February 15, 2016.