Haji Daud Bukit Abal
Haji Daud Bukit Abal |
---|
Haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi atau lebih dikenali sebagai Haji Daud Bukit Abal merupakan syeikh tarekat Ahmadiyah terpenting di rantau ini selepas generasi Mufti Haji Wan Musa/Sidi Muhammad al-Azhari/Syeikh Mohd Said Linggi.[1] Beliau merupakan adik kandung Tuan Guru Haji Mat Limbat/Gong Kemudu.
Haji Daud Shamsuddin bin Haji Omar al-Libadi dilahir di Kg. Kerasak, Limbat, Kota Bharu sekitar 1903. Ibunya, Wan Halimah bt. Hj. Ismail ialah adik kepada Tuan Guru Haji Wan Ahmad bin Haji Ismail (lebih terkenal dengan panggilan Haji Awang Limbat). Manakala bapanya, Haji Omar bin Haji Taib berasal dari Kg. Mentera, Bukit Marak.
Antara guru-guru awalnya, Haji Awang Limbat, Haji Sulaiman Kubang Kachang, Tok Kenali, Tok Seridik, Haji Omar Sungai Keladi, Haji Nik Abdullah Khatib, Yaakub Legor dan Tok Khurasan.
Di kota Makkah pula, antara lain beliau mendalami pengajiannya dengan SyiekOmar Hamdan, Syiek Mohd . Ali al-Maliki , Syeikh Hasan al-Masyat, Syeikh Hasan al-Yamani, Syeikh Muhammad al-Azhari Syeikh Mohd. Shafie kedah(tok Shafie). Kedua-dua penama akhir inilah yang banyak mencurahkan amalan terekat Ahmadiyah (termasuk ilmu Ihsanudin) kepadanya. [2]
Peringkat awalnya kurang mendapat sambutan- mungkin kerana namanya belum terserlah. Hanya selepas 1968 barulah majlis ilmunya mendapat perhatian ramai. Kupasan ilmu usuludin, furu'uddin (fiqh 4 mazhab) dan ihsanuddin yang menjurus kepada pengamalan zikir terekat kemudiannya terbukti sangat popular. Untuk kemudahan murid-muridnya beliau mengulang cetak karyanya sendiri, iaitu Risalat al-Aqaid wa al-Fawaid (cetakan pertama 1965), dan pada awal 1970-an diedarkan pula stensilan Risalat al-Tasawuf yang sempat disusun setakat 8 siri sahaja kerana masalah kesihatannya.
Tuan Guru Haji Daud meninggal dunia di Bukit Abal ketika pondoknya sedang berkembang maju, iaitu pada pukul 2 petang Ahad 1 Safar 1396 bersamaan 1 Februari 1976.
Warisan ilmunya kini desebarkan pula oleh tokoh-tokoh seperti tuan Guru haji Ghazali Tunjong, Pak Da Awang Kampung Pek, Ustaz Mustafa Muhammad al-Ahmadi (pengarang buku Mengenal Diri dan Wali Allah yang sangat popular itu), Ustaz Wan Hasan Bukit Tanah (ahli Jemaah Ulama MAIK), Drs Abdul Rahman haji Ahmad (Timbalan Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan) dan Prof Dr. hamdan Hassan (Universiti Brunei Darussalam).[3]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Sumbangan Haji Daud Bin Haji Omar al-Libadi Bukit Abal dalam Perkembangan Tasawuf di Kelantan
- ^ SUMBANGAN HAJI DAUD BIN HAJI OMARAL-LIBADI BUKIT ABAL DALAM PERKEMBANGAN TASAWUF DI KELANTAN
- ^ "TUAN GURU HAJI DAUD BUKIT ABAL (1906 – 1976)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-24. Dicapai pada 2018-11-24.
- Rencana asal oleh Ismail Che Daud