Rubeus Hagrid
Watak Harry Potter | |
---|---|
Rubeus Hagrid, dilakonkan oleh Robbie Coltrane. | |
Rubeus Hagrid | |
Jantina | Lelaki |
Warna rambut | Perang Tua |
Warna mata | Perang |
Rumah | Gryffindor |
Sekolah | Hogwarts |
Keturunan | Campuran Manusia dan Gergasi |
Dilakonkan oleh | Robbie Coltrane |
Kemunculan pertama | Harry Potter and the Sorcerer's Stone |
Rubeus Hagrid merupakan salah satu watak di dalam novel bersiri ciptaan J. K. Rowling sebagai penjaga padang dan guru Penjagaan Terhadap Makhluk Ajaib Sekolah Sihir Hogwarts.
Hagrid dua kali ganda lebih tinggi daripada lelaki normal biasa. Dia amat menyukai haiwan dan makhluk-makhluk magis terutama sekali yang pelik dan berbahaya (dia paling menyukai naga). J. K. Rowling pernah berkata yang Hagrid tidak berminat akan makhluk magis yang jinak kerana kurangnya cabaran. Walau bagaimanapun, dia mempunyai seekor anjing yang penakut bernama, Fang.
Hagrid amat dikenali dengan dialek Bahasa Inggeris Irelandnya. Hagrid paling menghormati Professor Albus Dumbledore dan sebarang penghinaan terhadap pengetua Hogwarts itu pasti tidak akan dibiarkan olehnya.
Dalam versi filem Harry Potter, watak Hagrid dimainkan oleh pelakon Robbie Coltrane, dan ketika di dalam syot gambar yang perlu menunjukkan ketinggian Hagrid, Robbie Coltrane akan digantikan dengan bekas pemain rugbi England, Martin Bayfield. J. K. Rowling pernah berkata apabila dia menulis novel pertama Harry Potter, dia membayangkan Coltrane sebagai Hagrid.
Nama pertamanya, Rubeus, mempunyai dua makna dalam Bahasa Latin, satu bermakna "merah" atau "kemerah-merahan", dan satu lagi bermakna "benda yang berselerak". Kedua-duanya sama seperti deskripsi Hagrid, yang mempunyai muka kemerah-merahan dan janggut yang berselerak. Perkataan "Hagrid", menurut J.K. Rowling datang daripada satu perkataan Inggeris lama "hagridden" yang bermaksud akan mengalami mimpi yang ngeri terutama sekali apabila digantung dalam keadaan terbalik.