Habib Hasan Muhammad Al Hadad
Habib Hasan Muhammad Al Hadad atau Mbah Priok merupakan tokoh yang dipercayai penyebar agama Islam di Jakarta, Indonesia. Makam keramat berusia 100 tahun ini terletak di Koja, berhampiran pelabuhan Tanjung Priok, Jakarta. Makam itu menjadi tempat ziarah dan menjalankan berbagai kegiatan keagamaan.[1]
Tanjung Priok merupakan pelabuhan utama di Indonesia. Nama pelabuhan ini sempena Al Imam Al Arif Billah Sayyidina Al Habib Hasan bin Muhammad Al Haddad Al Husaini Ass Syafi`i atau Mbah Priok. Setiap Khamis malam (malam Jumaat) diadakan pengajian ta'lim rutin. Habib Ali menyatakan usaha pembersihan makam telah dimulakan sejak 1997 oleh pihak pengelola Pelabuhan Petikemas Koja tetapi selalu gagal. Habib Ali sendiri turut ditahan selama 12 hari oleh pihak polis.[2]
Pada 14 April 2010, operasi merobohkan bangunan-bangunan haram sekitar makam Habib Hasan mencetuskan ketegangan hingga 144 orang cedera. Ketua Polis Daerah Metro Jaya, Wahono menyatakan berlaku salah faham di kalangan orang awam yang menyangka makam itu hendak dirobohkan. Setakat ini, 10 orang anggota polis cedera, 69 pegawai penguatkuasa pihak berkuasa tempatan dan 53 lagi orang awam turut cedera.
Polis melaporkan tiada kematian tetapi orang ramai dimaklumkan ada dua kematian. Cucu Ahmad Kurnia menyatakan mereka yang cedera dihantar ke Hospital Koja.[3]
Otang ramai telah membaling batu,mengacu pedang samurai dan bom petrol ke arah pegawai penguatkuasa. Mereka turut membakar beberapa kenderaan pegawai penguatkuasa. Operasi membersihkan bangunan dan rumah haram ditangguhkan ke tarikh lain.[4]
Ramai yang percaya bahawa makam Mbah Priok merupakan paku bumi yang dijaga keberadaannya oleh malaikat dan Allah SWT. Mbah Priok dianggap sebagai wali di Jakarta. Bahkan pihak Belanda terdahulu mengarahkan makam keramat ini tidak dibanggu, dibingkar atau dipindahkan dari pinggir laut. Sesungguhnya makam ini menyimpan pelbagai cerita mistik.
Presiden Susilo Bambang Yudhoyono (SBY) dan Prediden Abdurrahman Wahid atau Gus Dur pernah menziarahi makam ini.[5]
Susulan
[sunting | sunting sumber]Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengarahkan status qua makam itu dikekalkan dan operasi pembersihan ditamatkan.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Makam Mbah Priok dalam Status Quo". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-04-17. Dicapai pada 2010-04-14.
- ^ Sulitnya Mempertahankan Makam Keramat “Mbah Priok”
- ^ City Blames Public Order Agency for Raging Violence
- ^ 144 Cedera Dalam Operasi Roboh Bangunan Haram Sekitar Makam
- ^ SBY & Gus Dur Pernah Ziarahi Mbah Priok