HMS Nubian (F131)
Kerjaya | |
---|---|
Lunas Diletak : | 7 September 1959 |
Dilancarkan: | 6 September 1960 |
Ditauliahkan: | 9 Oktober 1962 |
Tarikh Lucut Tauliah: | |
Kesan: | Ditenggelamkan berikutan ujian tembakan torpedo 1987 |
Motto: |
HMS Nubian (F131) adalah sebuah kapal frigat kelas Tribal yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja British. Kapal Nubian dinamakan sempena puak Nubian yang berasal dari Sudan. HMS Nubian juga adalah nama sebuah kapal pembinasa Tentera Laut Diraja British dari kelas Tribal yang digunakan semasa Perang Dunia II tetapi disekerap dalam tahun 1949.
Nubian dibina oleh Limbungan Kapal Tentera Laut di Portsmouth dan dilancarkan pada 6 September 1960. Selepas selesai diberikan kelengkapan dan persenjataan, kapal ini mengendalikan ujian penerimaan sebelum ditauliahkan pada 9 Oktober 1962.
Dalam tahun 1964, Nubian mengalami kerosakan akibat perlanggaran tetapi dapat diperbaiki dan dikembalikan berkhidmat. HMS Nubian adalah sebahagian daripada kapal yang terlibat dalam operasi Patrol Beira yang bertujuan menguatkuasakan embargo dan menyekat penghantaran minyak ke Rhodesia yang pada ketika itu di bawah pemerintahan rejim apartheid. Minyak mentah dibawa masuk ke Rhodesia melalui Mozambique, sebuah tanah jajahan Portugal.
Dalam tahun 1969, Nubian ditugaskan menjadi kapal kawalan untuk Perlumbaan Udara untuk memperingati ulang tahun Jubilee penerbangan merentasi Lautan Atlantik tanpa henti oleh Alcock & Brown dari Newfoundland ke Britain
Nubian kerap ditugaskan ke Hindia Barat sebagai kapal pengawal, tetapi peranan ini kemudiannya diambil alih oleh Tugasan Patrol Atlantik (Utara). Dalam tahun 1977, HMS Nubian bersama-sama menyertai Review Armada (Fleet Review) di Spithead untuk memperingati Jubilee Perak pemerintahan Ratu Elizabeth II.
Dalam bulan April 1978, Nubian mengambil alih tugas dari HMS Yarmouth kerja-kerja pembersihan berikutan terkandasnya kapal Amoco Cadiz. Lebih 200,000 tan minyak mentah tertumpah akibat kemalangan ini, dan mengakibatkan pencemaran besar pantai Brittany.
Dalam tahun 1979, Nubian menjalani satu pemulihan di Rosyth sebelum diletakkan dalam simpanan dalam Skuadron Sedia di Chatham. Dalam tahun 1981, Nubian diletakkan dalam senarai kapal-kapal yang akan dijual tetapi tidak mendapat pembeli. Nubian digunakan sebagai kapal latihan statik untuk pasukan Marin Diraja British. Nubian akhirnya digunakan sebagai sasaran untuk ujian ledakan torpedo dalam tahun 1987.