HMS Lancaster (F229)
HMS Lancaster (F229) adalah sebuah kapal frigat dari jenis frigat Type 23 Tentera Laut Diraja British. HMS Lancaster adalah kapal keempat daripada frigat kelas DUKE kapal-kapal frigat pelbagai guna yang digunakan oleh Tentera Laut Diraja British.
Pada mulanya, HMS Lancaster diperuntukkan nombor pennant F232, tetapi tentera Laut menyedari bahawa borang nombor 232 adalah nombor borang yang digunakan untuk melaporkan kejadian kapal-kapal tentera laut yang terkandas. Dengan demikian, kapal ini diberikan nombor pennant baru.
Kapal ini dibina oleh Yarrow Shipbuilders (kini BAe Systems di Sungai Clyde (limbungan sama yang telah membina kapal KD Jebat dan KD Lekiu untuk Tentera Laut Diraja Malaysia. Kapal ini dilancarkan oleh Ratu Elizabeth II dalam bulan Mei 2000 dan ditauliahkan dalam tahun 2002. Jata kapal ini menggunakan Bunga Mawar Merah Lancaster (Lancastrian Red Rose). Kapal ini berpangkalan di Portsmouth.
F 229 HMS Lancaster adalah kapal keenam menggunakan nama ini. Selepas ditauliahkan, HMS Lancaster ditugaskan sebagai kapal pengawal di Hindia Barat dan Kepulauan Falkland. Selepas pengerahan tersebut, HMS Lancaster ditugaskan sebagai sumbangan united Kingdom kepada Pasukan Laut Sedia Atlantik (Standing Naval Force Atlantic) menjadikannya kapal frigat Type 23 yang pertama ditugaskan. Selepas diberikan kelengkapan semua di Devonport, Lancaster ditugaskan ke Teluk Arab untuk Operasi Resinate (Armilla) dalam tahun 2001. Selepas selesai tugas di Teluk Arab, Lancaster dihantar semula ke [Kepulauan Falkland]].