HMS Dreadnought (1906)
Untuk kapal dengan nama yang sama, lihat HMS Dreadnought.
Dreadnought di laut pada 1906
| |
Ringkasan kelas | |
---|---|
Nama: | Dreadnought |
Didahului oleh: | kelas Lord Nelson |
Diganti oleh: | kelas Bellerophon |
Kos: | £1,785,683 |
Dibina: | 1905–1906 |
Dalam perkhidmatan: | 1906–1919 |
Ditauliahkan: | 1906–1919 |
Disiapkan: | 1 |
Diskrapkan: | 1 |
Sejarah | |
United Kingdom | |
Nama: | Dreadnought |
Dipesan: | 1905 |
Pembina: | HM Dockyard, Portsmouth |
Dibaringkan: | 2 Oktober 1905 |
Dilancarkan: | 10 Februari 1906 |
Ditauliah: | 2 Disember 1906 |
Dibersarakan: | Februari 1919 |
Takdir: | Jual untuk sekerap, 9 Mei 1921 |
Ciri-ciri umum (seperti dibina) | |
Sesaran: |
|
Panjang: | 527 ka (160.6 m) |
Lunas: | 82 ka 1 in (25 m) |
Draught: | 29 ka 7.5 in (9 m) (muatan terdalam) |
Installed power: |
|
Jana kuasa: | 4 × syaf; 2 × set turbin stim |
Halaju: | 21 knot (39 km/j; 24 mph) |
Jarak: | 6,620 nmi (12,260 km; 7,620 bt) at 10 knot (19 km/j; 12 mph) |
Anak kapal: | 700 (1907); 810 (1916) |
Persenjataan: |
|
Perisai: |
|
HMS Dreadnought adalah kapal tempur Royal Navy yang reka bentuknya merevolusikan kuasa tentera laut. Kemasukkan kapal itu ke dalam perkhidmatan pada 1906 melambangkan kemajuan teknologi angkatan laut sehingga namanya dikaitkan dengan seluruh generasi kapal tempur, iaitu "dreadnought", dan juga kelas kapal yang dinamakan selepasnya. Begitu juga, generasi kapal sebelumnya yang sudah lapuk dikenali sebagai "pra-dreadnought". Laksamana Sir John "Jacky" Fisher, First Sea Lord Jawatankuasa Admiralti, diberi kepujian sebagai bapa Dreadnought. Tidak lama selepas beliau memegang jawatan, beliau mengarahkan kajian reka bentuk bagi kapal tempur yang hanya bersenjatakan meriam 12 in (305 mm) dengan kelajuan 21 knot (39 km/j; 24 mph). Beliau mewujudkan "Jawatankuasa Reka Bentuk" untuk menilai reka bentuk alternatif dan membantu memperincikan kerja reka bentuk.
Dreadnought merupakan kapal tempur pertama pada zamannya yang memiliki persenjataan utama yang seragam, dan bukannya memiliki beberapa meriam besar yang dilengkapi dengan persenjataan sekunder berat dengan meriam yang lebih kecil. Ia juga merupakan kapal besar pertama yang dikuasakan oleh turbin stim, menjadi kapal tempur paling laju di dunia selepas ia siap.[1] Pelancarannya telah mencetuskan perlumbaan senjata laut apabila tentera laut di seluruh dunia, terutamanya Tentera Laut Imperial Jerman, berlawan untuk membina armada yang kuat dalam Perang Dunia Pertama.[2]
Ironinya kapal ini di reka untuk bertarung dengan kapal tempur musuh, tetapi satu-satunya aksi signifikan ialah merempuh dan menenggelamkan kapal selam Jerman U-29, menjadi satu-satunya kapal tempur yang disahkan telah menenggelamkan kapal selam.[3] Dreadnought tidak mengambil bahagian dalam Pertempuran Jutland pada tahun 1916 kerana waktu itu ia sedang diperbaiki. Dreadnought juga tidak turut serta dalam mana-mana pertempuran laut Perang Dunia Pertama yang lain. Pada Mei 1916 ia telah diberi tugas-tugas pertahanan pantai di Selat Inggeris, tidak menyertai semula Armada Besar sehingga tahun 1918. Kapal itu ditukarkan ke simpanan pada 1919 dan dijual untuk sekerap dua tahun kemudian.
Nota
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Sumber
[sunting | sunting sumber]- Archibald, E. H. H. (1984). The Fighting Ship in the Royal Navy, AD 897–1984. Poole, UK: Blandford Press. ISBN 0-7137-1348-8.
- Blyth, Robert J. et al. eds. The Dreadnought and the Edwardian Age (2011)
- Brooks, John (2005). Dreadnought Gunnery and the Battle of Jutland: The Question of Fire Control. Naval Policy and History. 32. Abingdon, UK: Routledge. ISBN 0-415-40788-5.
- Brown, David K. (2003). Warrior to Dreadnought: Warship Development 1860–1905 (ed. reprint of the 1997). London: Caxton Editions. ISBN 1-84067-529-2.
- Brown, Paul (January 2017), "Building Dreadnought", Ships Monthly: 24–27
- Burt, R. A. (2012) [1986]. British Battleships, 1919–1939 (ed. 2nd). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-052-8.
- Forczyk, Robert (2009). Russian Battleship vs Japanese Battleship: Yellow Sea 1904–05. Long Island City, New York: Osprey. ISBN 978-1-84603-330-8.
- Friedman, Norman (2011). Naval Weapons of World War One. Barnsley, UK: Seaforth. ISBN 978-1-84832-100-7.
- Gardiner, Robert, penyunting (1992). The Eclipse of the Big Gun: The Warship, 1906–45. Conway's History of the Ship. London: Conway Maritime Press. ISBN 0-85177-607-8.
- Johnston, Ian & Buxton, Ian (2013). The Battleship Builders - Constructing and Arming British Capital Ships. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-027-6.
- Jones, Jerry W. (1995). U.S. Battleship Operations in World War I, 1917–1918. Denton, Texas: University of North Texas. OCLC 37111409.
Video luar | |
---|---|
Booknotes interview with Robert Massie on Dreadnought: Britain, Germany and the Coming of the Great War, 8 March 1992, C-SPAN |
- Massie, Robert K. (1991). Dreadnought: Britain, Germany, and the Coming of the Great War. New York and Canada: Random House. ISBN 0-394-52833-6.
- Parkes, Oscar (1990). British Battleships (ed. reprint of the 1957). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-075-4.
- Preston, Antony (1985). "Great Britain and Empire Forces". Dalam Gardiner, Robert & Gray, Randal (penyunting). Conway's All the World's Fighting Ships 1906–1921. Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. m/s. 1–104. ISBN 0-85177-245-5.
- Roberts, John (2001) [1992]. The Battleship Dreadnought. Anatomy of the Ship (ed. revised). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 1-55750-057-6.
- Ross, Angus (April 2010). "HMS Dreadnought (1906)—A Naval Revolution Misinterpreted or Mishandled?" (PDF). The Northern Mariner. XX (2): 175–198.
- Sturton, Ian, penyunting (2008). Conway's Battleships: The Definitive Visual Reference to the World's All-Big-Gun Ships (ed. 2nd revised and expanded). Annapolis, Maryland: Naval Institute Press. ISBN 978-1-59114-132-7.
- Sumida, Jon Tetsuro (1993). In Defense of Naval Supremacy: Financial Limitation, Technological Innovation and British Naval Policy, 1889–1914. London: Routledge. ISBN 0-415-08674-4. OCLC 28909592.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan HMS Dreadnought (1906) di Wikimedia Commons
- Guide to the Dreadnought's distinctive 12-inci (305 mm) guns
- Dreadnought Project's technical material on the weaponry and fire control of the ship
- United States Navy history page on Dreadnought
- History article, with several period photographs
- Illustration of the contemporary naval arms race sparked by Dreadnought
- Maritimequest HMS Dreadnought photo gallery
Templat:Dreadnought class battleship Templat:WWI British ships