Pergi ke kandungan

HESA Azarakhsh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Azarakhsh
Peranan Pejuang-penyerang
Pengeluar HESA
Diperkenalkan 1997
Status Aktif [1]
Pengguna utama Tentera Udara Republik Islam Iran
Jumlah dibina Generasi 1: 6 [2]
2 & 3: Tidak diketahui
4 dan 5: Tiada
Dibangunkan dari F-5E Tiger II
Kelainan HESA Saeqeh

Azarakhsh (Bahasa Parsi: آذرخش, kilat) merupakan sebuah pesawat jet tempur pertama yang dikeluarkan oleh Iran.[3].

Rekabentuk dan pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Pada April 1997, Brigadier Jeneral Arasteh, Timbalan Ketua bagi Staf Jeneral Angkatan Bersenjata mengistiharkan Iran telah berjaya mereka, membina dan menguji pesawat pejuang pertamanya. Pada hujung 1997, Iran mula mengeluarkan secara besar-besaran pesawat.[2] Pada pertengahan 2000, empat buah pesawat dipercayai sedang menjalani ujian operasi, dengan kadar pengeluaran pesawat kira-kira 10 buah pesawat setahun[perlu rujukan].

Pesawat ini dipercayai dibina dengan menggunakan teknologi pembalikan ke atas komponen-komponen pesawat pejuang buatan Amerika Syarikat. Kemungkinan pesawat-pesawat ini adalah seperti F-14 Tomcat, F-5E Tiger II dan F-4 Phantom II.

Iran sehingga kini belum lagi mendedahkan sebarang maklumat tambahan berkenaan pesawat, maka keupayaan sebenar pesawat ini tidak diketahui. Ia dipercayai menyerupai pesawat Northrop F-5 yang diubahsuai.[2], dan didakwa 10%-15% lebih panjang berbanding pesawat asal. Pesawat Azarakhsh juga dikatakan menggunakan radar N-019 Topaz yang telah ditingkat upaya.

Pada 17 Mei, 2000, Pemangku Komander Tentera Udara telah mengatakan bahawa pesawat Azarakhsh telah mencapai tahap pengeluaran besar-besaran.[4] Pada 6 Ogos, 2007, Menteri Pertahanan Mostafa Mohammad-Najjar berkata, "Azarakhsh kini berada pada tahap pengeluaran industri dan pengeluaran besar-besarannya akan bermula pada masa hadapan." [5]

Pada 5 Ogos, 2007, Azarakhsh berjaya melakukan ujian penerbangan. [6]

Azarakhsh

[sunting | sunting sumber]

Pesawat Azarakhsh generasi pertama dipercayai berasal daripada pesawat ubahsuai F-5E buatan Amerika Syarikat (dikeluarkan di Iran) dan memiliki dimensi 10-15% lebih panjang. Pengeluaran besar-besaran bermula pada hujung 1997 dan setakat 2001, terdapat enam buah pesawat ini telah berada dalam inventori. Dijangka sejumlah 30 buah pesawat akan dikeluarkan dalam masa tiga tahun akan datang.[2]

HESA Saeqeh merupakan sebuah pesawat pejuang terbitan Azarakhsh. Berdasarkan sumber-sumber Iran, pesawat ini setanding dengan F/A-18 Hornet. Sepertimana persenjataan terdahulu yang dibangunkan sendiri oleh Iran, tiada data prestasi dikeluarkan bagi mengesahkan dakwaan secara "rasmi". Sejumlah pesawat (jumlah tepat tidak diketahui) generasi ini telah dibina dan dikatakan telah digunakan oleh Tentera Udara Republik Islam Iran pada 22 September, 2007.[7][8]

Kelainan masa depan

[sunting | sunting sumber]

Sangat sedikit diketahui berkenaan rekabentuk pesawat masa depan yang berasaskan platfom Azarakhsh. Jeneral Mighani dari Tentera Udara Republik Islam Iran mengatakan bahawa pesawat generasi masa depan akan menggunakan rekabentuk tempatan.[7]

Spesifikasi

[sunting | sunting sumber]


Lihat juga

[sunting | sunting sumber]

Pembangunan berkaitan

Pesawat setanding

Senarai berkaitan

  1. ^ "Global Security".
  2. ^ a b c d GlobalSecurity.org Azarakhsh (Lightning)
  3. ^ [1] Diarkibkan 2007-02-16 di Wayback MachinePenerbitan Universiti Tel Aviv, Analisis oleh Pusat Jaffee untuk Pengajian Strategik
  4. ^ Pavyand.comPayvand's Iran News
  5. ^ Pesawat pejuang baru diuji dengan jayanya: Menteri Pertahanan Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback MachineIRNA
  6. ^ Pejuang Azarakhsh berjaya melakukan ujian penerbangan Diarkibkan 2007-10-14 di Wayback MachineIRNA
  7. ^ a b IRNA Generasi ke-4 dan ke-5 jet pejuang Sa'eqe akan dikeluarkan Diarkibkan 2008-06-04 di Wayback Machine 5 Januari, 2008
  8. ^ Payvand News Pesawat pejuang Saeqeh telah diuji dengan jayanya di Iran 20 September, 2007