Aksara Gurmukh
Gurmukhī | |
---|---|
Jenis tulisan | |
Tempoh masa | c. 1539–kini |
Arah tulisan | Left-to-right |
Bahasa-bahasa | Punjabi |
Tulisan berkaitan | |
Sistem tulisan induk | Abjad Proto-Kanaan [a]
|
Sistem tulisan kerabat | Takri |
ISO 15924 | |
ISO 15924 | Guru (), Templat:ISO 15924 name |
Unikod | |
Alias Unikod | Gurmukhi |
U+0A00–U+0A7F | |
[a] Asal-usul Semitik bagi tulisan Brahmi masih dipertikai. | |
Gurmukhī (ਗੁਰਮੁਖੀ) ialah sistem tulisan yang paling laris digunakan untuk bahasa Punjabi. Tulisan abugida yang diterbitkan dari tulisan Laṇḍā dan maak itu merupakan keturunan tulisan Brāhmī ini diselaraskan oleh Guru Sikh kedua, iaitu Guru Angad Dev, pada abad ke-16. Kesemua 1,430 halaman kitab Guru Granth Sahib menampakkan abjad ini. Nama "Gurmukhi" berasal dari istilah Punjabi lama "guramukhī" yang bererti "dari mulut Guru".
Tulisan Gurmukhi moden mempunyai 41 aksara konsonan (vianjan), sembilan aksara vokal (lāga mātrā), dua tanda bunyi sengau (bindī dan ṭippī), dan satu tanda khas yang menggandakan bunyi konsonan yang dikenakan (addak). Tambahan lagi, terdapat empat aksara gabungan, iaitu tiga bentuk bubuhan bagi konsonan Rara, Haha dan Vava, serta bentuk separuh Yayya. Bentuk gabungan Vava dan Yayya makin jarang dalam penggunaan moden.
Tulisan Gurmukhi paling laris digunakan di rantau Punjab Timur di India, sementara tulisan Shahmukhī digunakan secara rasmi di rantau Punjab di Pakistan. Abjad Gurmukhi juga disesuaikan untuk penulisan bahasa-bahasa lain seperti Braj Bhasha, Khariboli (dan lain-lain loghat Hindustani) serta bahasa-bahasa Sanskrit dan Sindhi. Tulisan ini merupakan tulisan utama kitab suci agama Sikh iaitu Sri Guru Granth Sahib.
Abjad
[sunting | sunting sumber]Konsonan
[sunting | sunting sumber]Abjad Gurmukhi mengandungi 35 huruf yang berbeza. Tiga huruf pertama adalah unik kerana membentuk asas untuk vokal, oleh itu bukan konsonan. Huruf Ura dan Iri tidak ditulis secara bersendirian. Sila rujuk bahagian vokal untuk keterangan lanjut.
Nama | Sebutan | Nama | Sebutan | Nama | Sebutan | Nama | Sebutan | Nama | Sebutan | |||||
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
ੳ | Ura | ਅ | Aira | ੲ | Iri | ਸ | Sussa | Sa | ਹ | Haha | Ha | |||
ਕ | Kakka | Ka | ਖ | Khukha | Kha | ਗ | Gugga | Ga | ਘ | Ghugga | Gha | ਙ | Ungga | Nga |
ਚ | Chuchaa | Ca | ਛ | Chhuchha | Cha | ਜ | Jujja | Ja | ਝ | Jhujja | Jha | ਞ | Neya | Nya |
ਟ | Tainka | Tta | ਠ | Thutha | Ttha | ਡ | Dudda | Dda | ਢ | Dhudda | Ddha | ਣ | Nahnha | Nna |
ਤ | Tutta | Ta | ਥ | Thutha | Tha | ਦ | Duda | Da | ਧ | Dhuda | Dha | ਨ | Nunna | Na |
ਪ | Puppa | Pa | ਫ | Phupha | Pha | ਬ | Bubba | Ba | ਭ | Bhubba | Bha | ਮ | Mumma | Ma |
ਯ | Yaiyya | Ya | ਰ | Rara | Ra | ਲ | Lalla | La | ਵ | Vava | Va | ੜ | Rharha | Rha |
Selain itu, terdapat enam lagi huruf konsonan yang dibentuk dengan membubuh titik (bindi) di tapak (pair) huruf konsonan (huruf-huruf berkenaan tiada dalam kitab Sri Guru Granth Sahib):
Nama | Sebutan | |
---|---|---|
ਸ਼ | Sussay pair bindi | Sha |
ਖ਼ | Khukhay pair bindi | Khha |
ਗ਼ | Guggay pair bindi | Ghha |
ਜ਼ | Jujjay pair bindi | Za |
ਫ਼ | Phuphay pair bindi | Fa |
ਲ਼ | Lallay pair bindi | Lla |
Lallay pair bindi baru sahaja disertakan dalam abjad Gurmukhi.
Vokal
[sunting | sunting sumber]Tulisan Gurmukhi serupa konsepnya dengan semua tulisan-tulisan berketurunan Brahmi yang lain, oleh itu kesemua konsonan diikuti oleh bunyi vokal ‘a’ bawaan (kecuali di akhir kata di mana bunyi ‘a’ itu digugurkan). Bunyi vokal bawaan ini boleh diubah dengan menggunakan tanda vokal bersandar yang dihubungkan dengan huruf konsonan pembawan. Ada kalanya, tanda vokal bersandar tidak boleh dipakai, misalnya di awal kata atau suku kata, oleh itu huruf vokal tak bersandar dipakai.
Huruf vokal tak bersandar dibentuk dari tiga aksara pembawa, iaitu Ura (ੳ), Aira (ਅ) and Iri (ੲ). Huruf Aira apabila ditulis begitu sahaja mewakili bunyi 'a', tetapi dua huruf yang lain itu tidak digunakan tanpa tanda vokal.
Vokal | Nama | IPA | |||
---|---|---|---|---|---|
Tak bersandar | Bersandar | dengan /k/ | Huruf | Unicode | |
ਅ | (tiada) | ਕ | Mukta | A | [ə] |
ਆ | ਾ | ਕਾ | Kanna | AA | [ɑ] |
ਇ | ਿ | ਕਿ | Sihari | I | [ɪ] |
ਈ | ੀ | ਕੀ | Bihari | II | [i] |
ਉ | ੁ | ਕੁ | Onkar | U | [ʊ] |
ਊ | ੂ | ਕੂ | Dulankar | UU | [u] |
ਏ | ੇ | ਕੇ | Lavan | EE | [e] |
ਐ | ੈ | ਕੈ | Dulavan | AI | [æ] |
ਓ | ੋ | ਕੋ | Hora | OO | [o] |
ਔ | ੌ | ਕੌ | Kanora | AU | [ɔ] |
Tulisan Gurmkhi sentiasa dibaca dari kiri ke kanan, dan bunyi vokal sentiasa disebut selepas konsonan yang dipaut. Oleh itu, bunyi Sihari walaupun terletak di kiri huruf konsonan namun harus disebut selepas konsonan tersebut.
Contoh vokal
[sunting | sunting sumber]Perkataan | Transkripsi | Erti |
---|---|---|
ਆਲੂ | ālū | ubi kentang |
ਦਿਲ | dil | jantung |
ਗਾਂ | gã | lembu |
Angka
[sunting | sunting sumber]Angka Gurmukhi sama strukturnya dengan angka Hindu-Arab dan selalu didapati dalam catatan lama. Walaupun diancam oleh angka Arab moden, namun angka Gurmukhi masih laris dipakai pada masa kini.
- 0 - ੦
- 1 - ੧
- 2 - ੨
- 3 - ੩
- 4 - ੪
- 5 - ੫
- 6 - ੬
- 7 - ੭
- 8 - ੮
- 9 - ੯
Tanda bunyi dan aksara lain
[sunting | sunting sumber]Tanda sengau
[sunting | sunting sumber]Bindi ( ਂ ) dan Tippi ( ੰ ) digunakan untuk penyengauan (serupa dengan bunyi ‘N’ dalam imbuhan Melayu ‘meN-’). Secara amnya, aksara vokal Onkar ( ੁ ) dan Dulankar ( ੂ ) mengambil Bindi bagi bentuk tunggal dan Tippi pula selepas bergabung dengan konsonan.Kesemua vokal pendek lain mengambil Tippi sementara semua vokal panjang lain memakai Bindi. Catatan lama mungkin tidak mematuhi peraturan ini.
Addak
[sunting | sunting sumber]Tanda Addak ( ੱ ) menandakan konsonan berikutnya adalah konsonan panjang, iaitu konsonan berikutnya digandakan atau dikuatkan.
Halant
[sunting | sunting sumber]Tanda halant (੍) jarang sekali ditulis untuk bahasa Punjabi bertulisan Gurmukhi. Walaupun begitu, aksara tersebut adakalanya dipakai dalam teks Sanskrit atau dalam kamus untuk melengkapkan maklumat sebutan kata. Apabila dibubuh, tanda halant menandakan pengguguran bunyi vokal bawaan.
Contohnya:
- ਕ – /ka/
- ਕ੍ – /k/
Visarg
[sunting | sunting sumber]Tanda Visarg (ਃ U+0A03) digunakan sekali-sekala dalam abjad Gurmukhi, sama ada berfungsi sebagai tanda singkatan (seperti mana tanda noktah dipakai untuk bahasa Melayu), ataupun seperti tanda visarga dalam bahasa Sanskrit yang mana bunyi ‘h’ tak bersuara disebut selepas bunyi vokal.
Ek Onkar
[sunting | sunting sumber]Ek Onkar (ੴ) ialah lambang Gurmukhi yang sering didapati dalam kesusasteraan Sikh, bererti ‘Satu Tuhan’.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]- Shahmukhī - tulisan Arab Parsi yang turut digunakan menulis bahasa Punjabi
Rujukan dan catatan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Free Online Gurmukhi Typewriter Diarkibkan 2008-09-05 di Wayback Machine
- Utility to write in Gurmukhi using Transliteration Diarkibkan 2007-12-14 di Wayback Machine
- Punjabi Computing Resource Centre
- Saab - A free Unicode 4.0 OpenType Gurmukhi font
- Gurmukhi pseudo text generator
- Free online Punjabi (Gurmukhi) lessons
- Learn Gurmukhi Diarkibkan 2004-04-11 di Wayback Machine
- Omniglot's guide to Gurmukhi
- Test for Unicode support in Web browsers
- Unicode script chart for Gurmukhi (PDF file)
- The Advanced Centre for Technical Development of Punjabi language, Literature and Culture, Punjabi University, Patiala
- [1]