Pergi ke kandungan

Gunung Ulu Sepat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Ulu Sepat
Gunung Ulu Sepat yang terletak di Malaysia
Gunung Ulu Sepat
Gunung Ulu Sepat
Lokasi di Malaysia
Titik tertinggi
Ketinggian2,161 m (7,090 ka)
Geografi
LokasiHulu Perak, Perak
Jajahan Gua Musang, Kelantan
Induk banjaranBanjaran Titiwangsa

Gunung Ulu Sepat yang terletak di Tasik Temenggor, Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan, berdekatan dengan sempadan negeri Kelantan.[1] Gunung ini mempunyai ketinggian setinggi 2,161 meter (7,089 kaki).

Gunung Ulu Sepat mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Ulu Sepat terletak berhampiran dengan Gunung Shoid, Gunung Chamah, Gunung Bilah, Gunung Gerah, dan Gunung Bieh.[2]

Gunung Ulu Sepat, Perak merupakan sebuah gunung G7, yang merujuk kepada tujuh gunung di Semenanjung Malaysia yang berketinggian lebih daripada 2,134 m (7,000 kaki) atas paras laut. Ia merupakan salah satu dari tujuh gunung tertinggi di Banjaran Titiwangsa yang 5 darinya terdapat negeri Perak. Dua gunung tertinggi yang tidak terdapat di Perak adalah gunung Tahan dan gunung Chamah.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]