Pergi ke kandungan

Gunung Ulu Semangkok

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Gunung Ulu Semangkok yang terletak di Kuala Kubu Baharu, Selangor mempunyai ketinggian setinggi 1,440 meter (5,473 kaki).[1]

Gunung Ulu Semangkok mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, hutan Montane, dan Hutan Ericaceous atau hutan gunung. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.

Gunung Ulu Semangkok adalah berbeza dengan Gunung Semangkok. Sungguhpun kedua-duanya merupakan puncak di banjaran Titiwangsa di sempadan antara Selangor dan Pahang, gunung Ulu Semangkok terletak di selatan Bukit Frasers sementara Semangkok terletak di utara. Gunung Ulu Semangkok membentuk puncak tertinggi di kawasan tersebut, dan merupakan gunung tertinggi di ulu sungai Semangkok.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]