Pergi ke kandungan

Gunung Kerunai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Kerunai
Kenderong (kiri) dan Kerunai (kanan), dilihat dari Gerik
Titik tertinggi
Ketinggian1,000 m (3,300 ka)
Geografi
LokasiHulu Perak, Perak
Geologi
Jenis gunungInselberg

Gunung Kerunai merupakan sebuah gunung yang terletak di Hulu Perak, Perak Darul Ridzuan, Malaysia mempunyai ketinggian setinggi 1,000 meter (3,300 kaki).

Gunung Kerunai dan jirannya Gunung Kenderong (1,223 m) merupakan sepasang inselberg yang terletak di lembah yang diapit oleh Banjaran Bintang di barat dan Banjaran Titiwangsa di timur. Kedua-duanya digelar puncak kembar Perak atau K2.

Kedua-dua puncak ini tersergam indah di kawasan Gerik dan boleh di lihat jelas dari pusat pekan jika cuaca cerah dan tidak berkabus.

Jenis hutan

[sunting | sunting sumber]

Gunung Kerunai mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, hutan Dipterokarp Atas, dan hutan Montane. Terdapat banyak flora di gunung ini yang mempunyai nilai perubatan.


Pautan luar

[sunting | sunting sumber]