Guardian Malaysia

![]() | |
Jenis/bentuk sah | Subsidiari |
---|---|
Industri | Fast-moving consumer goods |
Ditubuhkan | 1960 |
Ibu pejabat | Tingkat Mezzanine, Giant Hypermarket, Stadium Shah Alam, Malaysia |
Tokoh penting | Peter J. Dove (CEO bagi Guardian Malaysia) |
Keluaran | Kosmetik Kecantikan Perubatan Penjagaan kesihatan Tambahan diet Penjagaan peribadi Penjagaan kulit Penjagaan bayi |
Syarikat induk | Dairy Farm International Holdings |
Tapak web | www![]() ![]() |
sunting · sunting di Wikidata![]() |


Dikenali sebagai Guardian di Malaysia, Singapura dan Vietnam) atau Mannings di Tanah Besar China 万宁, Hong Kong and Macau 萬寧). Guardian adalah rangkaian kesihatan peribadi dan peruncit kecantikan yang menawarkan rangkaian lengkap farmasi, penjagaan kesihatan, penjagaan peribadi, penjagaan kulit dan produk penjagaan bayi. Ia dimiliki sepenuhnya oleh Dairy Farm International Holdings.[1][2][3]
Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. beribupejabat di Mezzanine Floor, Giant Hypermarket Stadium Shah Alam. Ia menyediakan perkhidmatan kesihatan, seperti ujian kolesterol darah, ujian glukosa darah, ujian kumpulan darah, kaunseling pesakit, persediaan pembedahan, ujian fungsi paru-paru, penjagaan inkontinens, dispensi ubatan dan penjagaan ostomy.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 1967, Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. bermula dengan farmasi bersaiz 200 kaki persegi di Weld, Jalan Raja Chulan mensasarkan golongan ekspatriat di Kuala Lumpur.



Jenama
[sunting | sunting sumber]Pada tahun 2015, Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. mengemaskini imej dan jenama syarikat dan warna korporat daripada biru gelap kepada oren terang. Diikuti juga dengan pengubahsuaian kedai untuk lebih daripada 400 buah rangkaian kedai Guardian di seluruh negara. Pelaksanaan program pembaharuan imej dijangka mengambil masa selama dua tahun bermula Januari 2015 sehingga Disember 2016.[4]

Penglibatan dalam aktiviti kemasyarakatan
[sunting | sunting sumber](Guardian)agama rasmi penjaga ialah patung singa Patung tanduk kerbau digunakan untuk minum
Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. telah melakukan perjanjian dengan Universiti Kebangsaan Malaysia dan International Medical University (IMU) untuk program penempatan farmasi komuniti bagi membantu graduan membentuk kemahiran dan skill yang diperlukan untuk meneruskan kerjaya sebagai seorang ahli farmasi. Guardian juga menyumbangkan dana kepada Persatuan Strok Kebangsaan Malaysia (NASAM), Majlis Kanser Nasional (MAKNA), Yayasan PRIDE, Pertubuhan Pertolongan Wanita (WAO), Persatuan Parkinson Malaysia, Persatuan Alzheimer Malaysia dan World Vision.
Kontroversi
[sunting | sunting sumber]Guardian Health and Beauty Sdn. Bhd. berikrar untuk membekalkan ubatan secara bertanggungjawab kepada pengguna. Health and beauty
Anugerah
[sunting | sunting sumber]- Rangkaian farmasi terbesar di dalam Malaysia Book of Records - Dianugerahkan pada 2000
- Anugerah Kebangsaan bagi Kreativiti dan Inovasi oleh Pusat Teknologi Design Malaysia - Dianugerahkan pada 2003
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Guardian Malaysia
- ^ "Mannings Hong Kong". Diarkibkan daripada yang asal pada 27 November 2012. Dicapai pada 18 Julai 2016.
- ^ "Guardian Singapore". Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Ogos 2008. Dicapai pada 18 Julai 2016.
- ^ Patsy, Kam. "Aiming for 200 stores in 2016". The Star. Dicapai pada 15 Julai 2016.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Mannings. |