Pergi ke kandungan

Gonzalo Sánchez de Lozada

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gonzalo Sánchez de Lozada
Presiden Bolivia ke-74 dan ke-77
Dalam jawatan
6 Ogos 1993 – 6 Ogos 1997
Naib PresidenVíctor Hugo Cárdenas
Didahului olehJaime Paz Zamora
Digantikan olehHugo Banzer Suárez
Dalam jawatan
6 Ogos 2002 – 17 Oktober 2003
Naib PresidenCarlos Mesa
Didahului olehJorge Quiroga Ramírez
Digantikan olehCarlos Mesa
Maklumat peribadi
Lahir
Gonzalo Sánchez de Lozada y Sánchez de Bustamante

(1930-07-01) 1 Julai 1930 (umur 94)
La Paz, Bolivia
KewarganegaraanBolivia
Parti politikPergerakan Nasionalis Revolusioner
PasanganXimena Iturralde
Tempat belajarUniversiti Chicago (A.B.)

Gonzalo Sánchez de Lozada y Sánchez Bustamante (lahir 1 Julai 1930) ialah seorang peniaga dan ahli politik dari Bolivia. Beliau berkhidmat sebagai Presiden Bolivia selama dua kali dari 6 Ogos 1993 sehingga genap empat tahun pada 1997 serta dari 6 Ogos 2002 sehingga 17 Oktober 2003 atas desakan orang ramai berikutan suatu rusuhan ditimbulkan tengkarah berkaitan hak milik sumber gas di negara tersebut yang menyebabkan puluhan orang terkorban dan lebih 400 orang cedera.[1]

Awal hidup

[sunting | sunting sumber]

Kerjaya politik awal

[sunting | sunting sumber]

In 1993, Sánchez de Lozada bertanding sekali lagi namun membuat suatu perikatan dengan parti peribumi Pergerakan Pembebasan Revolusioner Tupaq Katari (Movimiento Revolucionario Tupac Katari de Liberación, MRTKL) dengan ketua parti tersebut Víctor Hugo Cárdenas sebagai naib presiden. Perikatan MNR-MRTKL memenangi undian popular sebanyak 36.5% dan Sánchez de Lozada disahkan Kongres Bolivia sebagai Presiden. Suatu pemerintah gabungan turut disertai Pergerakan Bolivia Bebas (Movimiento Boliviano Libre, MBL) dan Kesatuan Solidariti Sivik (Unidad Cívica Solidaridad, UCS).

Sebagai Presiden

[sunting | sunting sumber]

Penggal pertama: pelaksanaan dasar pembangunan

[sunting | sunting sumber]

Penggal kedua: rusuhan berkaitan hak milik gas, pelarian diri

[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 2003, suatu rusuhan besar-besaran berlaku di mana sekumpulan aktivis termasuk golongan penanam koka memprotes penswastaan sumber gas bawah tanah Bolivia serta penjualan sewenang-wenangnya kepada syarikat tertentu di Amerika Syarikat; para aktivis ini menutup laluan serata kota La Paz serta bertembung dengan pihak polis - sebanyak 80 orang terkorban dan 411 orang yang lain cedera termasuk orang awam dan anak-anak.[2] Evo Morales dan parti pembangkang iaitu Pergerakan Sosialisme Bolivia (Movimiento al Socialismo, MAS) disalahkan atas dakwaan mempergunakan keganasan dalam tunjuk perasaan ini untuk menggulingkan pemerintahnya kononnya dengan campur tangan penjenayah, FARC serta pemerintah-pemerintah asing di Venezuela, Cuba dan Libya.[3] Namun, Morales bertindak balas mendakwa pemerinthan Presiden Sánchez de Lozada lepas tangan dengan tanggungjawabnya meredakan keadaan lalu menuntut presiden tersebut letak jawatan; tuntutannya mendapat sokongan parti MAS, kelompok aktivis lain serta penduduk kelas pertengahan. Sánchez meletakkan jawatan berikutan kemarahan yang dibangkit ini malah melarikan diri ke Miami, Florida.[4]

Beliau meletakkan jawatan sebagai ketua parti MNR pada tahun 2006.[5]

  1. ^ "Renunció Sánchez de Lozada". La Nación (dalam bahasa 18 Oktober 2003). Dicapai pada 25 May 2019.CS1 maint: unrecognized language (link)
  2. ^ Muñoz-Pogossian 2008, m/s. 164–167; Sivak 2010, m/s. 99–103; Harten 2011, m/s. 118–124.
  3. ^ Harten 2011, m/s. 122–123.
  4. ^ Muñoz-Pogossian 2008, m/s. 167; Sivak 2010, m/s. 101–103; Harten 2011, m/s. 122–124.
  5. ^ Carlos Quiroga, Reuters (7 September 2012), Bolivia says Washington won't extradite former leader, Chicago Tribune

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]