Gonggong
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/4e/Queen_Conch_%28Lobatus_gigas%29.jpg/220px-Queen_Conch_%28Lobatus_gigas%29.jpg)
![](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/4/41/Melongena_corona_2.jpg/220px-Melongena_corona_2.jpg)
Gonggong atau konc ialah nama umum beberapa jenis siput lain yang berukuran sederhana hingga besar. Cangkang gonggong selalunya mempunyai spira tinggi dan terusan sifon yang ketara.
Gonggong yang terkadang dirujuk sebagai "gonggong sebenar" adalah jenis gastropod marin dalam keluarga Strombidae, khususnya dalam genus Strombus dan genus-genus lain yang berkait rapat. Contohnya, Lobatus gigas, iaitu gonggong ratu, adalah gonggong sebenar. Gonggong sebenar dikenal pasti melalui spira panjang.[1]
Banyak spesies lain turut dipanggil "gonggong", tetapi langsung tidak berkait rapat dengan keluarga Strombidae, termasuk spesies Melongena (keluarga Melongenidae) dan gonggong kuda, Triplofusus papillosus (keluarga Fasciolariidae). Spesies yang biasa dirujuk sebagai gonggong juga termasuk cengkerang sangka (Turbinella pyrum) dan spesies Turbinella lain dalam keluarga Turbinellidae. Siput buri (keluarga Charoniidae) turut dijadikan sebagai tetuang dan dirujuk sebagai gonggong.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Goldman, Jaime. "Library Guides: Central and South Florida Gastropod Seashell Identification Guide: Conchs". libguides.nova.edu (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-29.
- ^ Hays, Jeffrey. "Conches: Characteristics, Species and Horns | Sea Life, Islands and Oceania — Facts and Details". ioa.factsanddetails.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-10-29.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]![]() |
Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Gonggong |