Pergi ke kandungan

God of Gamblers

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
God of Gamblers
Tradisional賭神 Doe San
Ringkas赌神
MandarinDǔ Shén
KantonisDou2 San4
PengarahWong Jing
PenulisWong Jing
Dihasilkan olehJimmy Heung
DibintangiChow Yun-fat
Andy Lau
SinematografiPeter Pau
David Chung
Disunting olehChoi Hung
Muzik olehLowell Lo
Sherman Chow
Diedarkan olehWin's Entertainment Production
Tarikh tayangan
  • 14 Disember 1989 (1989-12-14)
Masa tayangan
126 minit
NegaraHong Kong
BahasaKantonis
Pecah panggungHK$37,058,686[1]

God of Gamblers adalah sebuah filem aksi komedi yang ditulis dan diarahkan oleh Wong Jing. Dibintangi oleh Chow Yun-fat dan Andy Lau sebagai watak utama.

Ko Chun adalah seorang penjudi kelas atas yang dikenali sebagai Dewa Judi. Semua orang menghormatinya karena Ko Chun memiliki kekuatan supernatural yang membuatnya selalu menang ketika sedang berjudi. Meskipun ia terkenal, ia selalu menghindari media, ia adalah seorang yang sangat misteri. Namun Dewa Judi mudah dikenali dari ciri khasnya iaitu rambut rapi disisir ke belakang, memakai cincin batu giok di kelingking kiri, dan suka cokelat. Pada suatu hari ketika Ko Chun diminta bantuan untuk melawan penjudi asal Singapura untuk membalas dendam.

Malam itu, setelah menang berjudi, nasib buruk menghampiri Ko Chun. Ia diserang di dalam kereta, Ko Chun berjaya melarikan diri dan turun dari kereta. Namun malang, ia malah terkena perangkap yang dipasang oleh Knife untuk jirannya. Knife pun membawa Ko Chun ke rumahnya untuk dirawat sementara waktu. Ko Chun yang cedera ternyata mengalami amnesia sebagian dan tidak mengingat identitinya sebagai Dewa Judi. Knife akhirnya mengetahui kemampuan Ko Chun yang pandai berjudi dan memanfaatkannya untuk mencari duit dan memberinya makan cokelat.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]