Glozons
![Pejabat Urusan Rasmi Glozons di Taman Industri Angkasa Nuri Durian Tunggal Melaka](http://upload.wikimedia.org/wikipedia/commons/thumb/d/d6/Pintu_Hadapan_Showroom_Glozons_Ironguardz_Melaka.jpg/220px-Pintu_Hadapan_Showroom_Glozons_Ironguardz_Melaka.jpg)
Glozons adalah sebuah syarikat yang mengkhusus dalam industri besi, terutamanya dalam pembuatan pagar (gate), jeriji (grill), dan awning. Nama penuh syarikat Glozons Management Sdn Bhd. Selain daripada menyediakan produk besi berkualiti tinggi melalui jenama IronGuardz, Glozons juga memainkan peranan penting dalam membantu bengkel besi di seluruh Malaysia untuk mengurus dan mengembangkan perniagaan mereka dengan lebih sistematik dan menguntungkan.[1]
Latar Belakang Syarikat
Glozons sebelum ini merupakan syarikat bengkel / kilang pembuatan gate, grill, awning yang kecil seperti bengkel besi yang lain. Selama 9 tahun dalam syarikat enterprise, kemudian menubuhkan syarikat Sdn Bhd dan sekarang semakin besar dan berkembang. Pengalaman Glozons dalam industri besi sudah mencecah lebih 14 tahun (Sehingga 2024). Glozons bermula di Melaka dan sekarang meluaskan pengaruh di Selangor, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Johor Bahru.
Selain mengembangkan produk besi gate, grill, awning dengan jenama IronGuardz, Glozons ditubuhkan dengan misi untuk merevolusikan industri bengkel besi, Glozons telah membantu ratusan bengkel besi mencapai keuntungan yang lebih tinggi dan kestabilan perniagaan. Dengan pengalaman luas dan sistem pengurusan yang tersusun, Glozons menawarkan penyelesaian kepada pelbagai cabaran yang dihadapi oleh bengkel besi kecil dan sederhana.
Perkhidmatan & Bantuan Kepada Bengkel Besi
Glozons menyediakan sistem lengkap bagi membantu bengkel besi dalam aspek berikut:
Pengurusan Perniagaan – Membantu bengkel besi mengatur sistem operasi yang lebih cekap dan profesional.
Pengurusan Kewangan – Menyediakan sistem pengiraan kos dan keuntungan yang tepat bagi memastikan setiap projek menguntungkan.
Pemasaran & Jualan – Mengajar teknik pemasaran digital dan strategi jualan bagi meningkatkan jumlah pelanggan.
Kualiti Pekerja Bengkel Besi – Menyediakan sistem latihan dan motivasi bagi meningkatkan produktiviti pekerja.
Sistem Akaun & Aliran Tunai – Mengajar bengkel besi cara mengurus kewangan secara sistematik untuk mengelakkan masalah kewangan.
Dengan sistem ini, Glozons telah membantu ramai pemilik bengkel besi meningkatkan jualan tahunan mereka ke tahap lebih tinggi. Glozons juga merupakan bengkel besi dan pernah mencecah jualan tahunan jutaan ringgit setahun berbanding purata jualan bengkel besi biasa sekitar RM20,000 hingga RM50,000 sahaja sebulan. Ini bukti kejayaan yang Glozons telah cipta sendiri. Apa yang di ajar adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan terbukti.
Kejayaan Glozons dalam Industri Besi
Glozons bukan sekadar sebuah syarikat perunding, tetapi turut memiliki bengkel besi sendiri serta cawangan di beberapa negeri seperti Melaka, Negeri Sembilan, Selangor, Kuala Lumpur, dan Johor Bahru. Ini membuktikan bahawa sistem yang digunakan oleh Glozons telah terbukti berkesan dalam industri ini.
Kesimpulan
Bagi pemilik bengkel besi yang ingin meningkatkan keuntungan, mengurangkan kesilapan pengurusan, dan membina perniagaan yang lebih kukuh, Glozons adalah penyelesaian yang tepat. Dengan kepakaran dan pengalaman yang terbukti, Glozons terus menjadi rakan strategik kepada bengkel besi di seluruh Malaysia.
Laman Web Rasmi:
www.glozons.com[2]
www.ironguardz.com[3]
Alamat HQ:
Glozons Management Sdn Bhd
19, Jalan Komersial IAN 2, Jln Industri Angkasa Nuri, 76100 Durian Tunggal, Melaka, Malaysia
Hubungi Kami:
HQ / Melaka: +601111899131
Selangor, KL & Negeri Sembilan: +601158834566
Johor Bahru: +601158585468
- ^ "Bantu Bengkel Besi Berkembang". www.glozons.com. Dicapai pada 2025-02-11.
- ^ "Bantu Bengkel Besi Berkembang". www.glozons.com. Dicapai pada 2025-02-11.
- ^ "Ironguardz – Pembekal Grill, Awning, Gate" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2025-02-11.