Ghazal Untuk Rabiah
Ghazal Untuk Rabiah | |
---|---|
Pengarah | V. Nagaraj |
Penulis | Raw D'Noer (Cerita Asal) |
Lakon layar | V. Nagaraj |
Dibintangi | Jamal Abdillah Wilma Muhammad Ridzuan Hashim Raja Azura |
Diedarkan oleh | SV Production |
Tarikh tayangan | 1997 |
Masa tayangan | 108 minit |
Negara | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Ghazal Untuk Rabiah ialah sebuah filem drama romantik Malaysia yang diterbitkan pada tahun 1997. Filem ini telah diarahkan oleh V. Nagaraj. Filem Ghazal Untuk Rabiah diterbitkan dalam bentuk filem warna. Dibintangi Jamal Abdillah, Wilma Muhammad, Ridzuan Hashim dan Raja Azura. Filem ini merupakan debut lakonan bagi Wilma Muhammad.
Sinopsis
[sunting | sunting sumber]Rabiah (Wilma Muhammad) adalah seorang gadis kampung yang cantik dan jelita. Namun kehidupannya sentiasa dalam kesedihan dan perit lantaran bapanya cacat dan tidak berdaya untuk bergerak lagi, manakala ibu tirinya pula selalu sahaja mendera Rabiah dengan kerja-kerja berat. Apakan daya, Rabiah terpaksa akur dengan nasib dirinya.Bapanya tidak mampu untuk berbuat apa-apa, sehinggalah suatu hari datang seorang anak saudaranya (Usu) meminta kebenaran untuk membawa Rabiah mencuba nasib di kotaraya Kuala Lumpur. Menyedari itulah satu-satunya cara untuk membebaskan anaknya dari penderitaan, dia membenarkan Rabiah mengikut Pak Usunya tanpa memikirkan baik buruknya ekoran terlalu mempercayai anak saudaranya itu (Usu).Di kotaraya Kuala Lumpur, Rabiah sekali lagi ditimpa nasib malang apabila Pak Usunya hilang pertimbangan lalu cuba memperkosanya. Rabiah melarikan diri dan sewaktu melintas sebatang jalan, dia dilanggar kereta yang dipandu oleh Eddie (Ridzuan Hashim). Rabiah di bawa ke hospital. Setelah pulih dari kecederaan, Rabiah dijaga oleh Eddie. Dia diberikan segala macam kemewahan termasuklah sebuah butik dan sebuah apartmen mewah.Sungguhpun begitu, Rabiah menghadapi konflik apabila muncul Jamal (Jamal Abdillah) yang jatuh hati padanya bila kali pertama melihat Rabiah.Hatinya terdetik untuk mendekati Jamal, tapi Eddie menjadi penghalang, apatah lagi Eddie merupakan ketua samseng.Setelah memilih Jamal, timbul pula konflik darjat.Bapa Jamal tidak menyukai Rabiah dan menentang keras niat Jamal untuk memperisterikan Rabiah. Bagaimanakah nasib Rabiah? Antara Eddie dan Jamal,siapakah yang dipilihnya? Bagaimana dengan bapa Jamal, apakah dia sanggup menerima Rabiah sebagai menantu?
Pelakon
[sunting | sunting sumber]- Jamal Abdillah sebagai Jamal/Salman, Jamal seorang penyanyi kelab yang mencintai Rabiah tetapi beliau dingin hubungan dengan bapanya dan Salman seorang ahli perniagaan desak mahu Jamal teruskan perniagaan.
- Wilma Muhammad sebagai Rabiah, Gadis kampung yang hampir menjadi mangsa rogol oleh Salman dan perempuan simpanan Eddy sering menjadi mangsa cemburu Eddy kemudian menjadi teman wanita kepada Jamal
- Ridzuan Hashim sebagai Eddy,Teman lelaki Rabiah yang juga ketua samseng dan abang kepada Sheila serta suami kepada Imah
- Raja Azura sebagai Sheila, Kawan baik Rabiah
- Mr. Os sebagai Os, Rakan serumah Jamal
- Zaidi Rock sebagai Joe, konco Eddy
- Didie Alias sebagai Imah, isteri Eddy
- Accapan sebagai Accapan
- Zulkifli Ismail sebagai Naseer, Pegawai syarikat rakaman Warner Music Malaysia
- Z. Lokman sebagai Zack, Pemilik kelab malwm
- Delimawati sebagai Mak Tiri Rabiah
- Sarip Nor sebagai Ayah Rabiah
Lagu
[sunting | sunting sumber]Dalam filem ini beberapa buah lagu telah digunakan antaranya:
- Di Sudut Kamar Hatiku - Jamal Abdillah
- Ghazal Untuk Rabiah - Jamal Abdillah ft M Nasir
- Berdendang Dalam Tangisan - Jamal Abdillah
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Ghazal Untuk Rabiah di Sinema Malaysia.
- Ghazal Untuk Rabiah di Filem Kita.