Pergi ke kandungan

Get a Guitar (lagu)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
"Get a Guitar"
Single oleh RIIZE Sunting nilai ini di Wikidata
daripada album single Get a Guitar
BahasaBahasa Korea dan bahasa Inggeris Sunting nilai ini di Wikidata
Dilancarkan4 September 2023 Sunting nilai ini di Wikidata
FormatMuat turun muzik dan penstriman Sunting nilai ini di Wikidata
GenreK-pop Sunting nilai ini di Wikidata
SyarikatSM Entertainment Sunting nilai ini di Wikidata
PengedarKakao EntertainmentRCA Records Sunting nilai ini di Wikidata
Kronologi single RIIZE
"Memories"
(2023)
"Get a Guitar"
(2023)
"Talk Saxy"
(2023)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

"Get a Guitar" (Dapatkan Gitar) adalah sebuah lagu yang dirakamkan oleh kumpulan muzik lelaki Korea Selatan Riize. Lagu ini dikeluarkan pada 4 September 2023, melalui SM Entertainment dan diedarkan oleh Kakao Entertainment dan RCA Records, sebagai single kedua dan lagu utama bagi album single sulung kumpulan dengan nama yang sama. Lagu tersebut meraih kejayaan komersial, memperoleh kedudukan tertinggi pada nombor sebelas dalam Carta Digital Circle.[1]

Latar belakang dan keluaran

[sunting | sunting sumber]

Pada Mei 2023, syarikat SM Entertainment (SM) mengesahkan bahawa mereka akan memulakan penampilan sulung kumpulan lelaki baharu pada separa kedua tahun 2023; kumpulan itu kemudiannya dikenali sebagai Riize.[2][3] Pada 7 Ogos, SM mengumumkan bahawa Riize akan membuat penampilan pertama mereka dengan pelancaran album single, Get a Guitar. Runut album single ini pertama kalinya diacah pada 21 Ogos, dengan coretan kecil disertakan pada penghujung video muzik single prapelancaran "Memories".[4] Lagu "Get a Guitar" dan album singlenya telah dikeluarkan secara rasmi pada 4 September, bersama-sama dengan video muziknya.[5][6]

Sebagai tambahan kepada versi asal dalam bahasa Korea, versi rakaman dalam bahasa Inggeris telah dilancarkan secara digital pada 9 November.[7] Pada 14 Disember, album mini adunan semula berjudul iScreaM Vol. 28: Get A Guitar Remixes telah dikeluarkan melalui teraan EDM oleh SM, ScreaM, yang menampilkan versi adunan semula lagu "Get a Guitar" dalam bahasa Korea dan Inggeris oleh duo electro-funk Kanada Chromeo.[8]

Penggubahan

[sunting | sunting sumber]

Seni kata lagu bahasa Korea untuk "Get a Guitar" ditulis oleh Shin Na-ri dan Bang Hye-hyun, dengan Ben Samama dan David Arkwright menyumbang kepada gubahan dan seni kata, manakala Peter Wallevik dan Daniel Davidsen mengambil bahagian dalam lirik, gubahan dan susunan di bawah kumpulan penerbitan PhD. Seni kata tambahan untuk versi bahasa Inggeris lagu itu ditulis oleh Sam Carter.[9] Lagu ini menyisipkan baris bes daripada lagu tahun 1980, "Another One Bites the Dust" yang ditulis oleh John Deacon dan dipersembahkan oleh Queen.[10][11][12] Digambarkan sebagai lagu tarian yang dicirikan oleh "instrumentasi derap atas"[13] dengan "unsur pop groovy", melapisi gitar ke dalam "runut tarian funki retro"[14] untuk menjadi "cacing telinga licin dan bubblegum".[15] Lirik lagu itu digambarkan sebagai "mudah mesra" dan "riang" mengenai "liku-liku suka bermain cinta".[16] "Get a Guitar" digubah dalam nada major C tajam, dengan tempo 110 rentak seminit.[17]

Memandangkan "Get A Guitar" adalah sebuah lagu yang menandakan permulaan RIIZE, kami mengusahakan lagu, berfikir untuk bersatu dan menjadi satu dengan bunyi gitar. Saya juga berfikir liriknya menggambarkan unsur-unsur ini dengan sangat baik. Kami juga cuba merakamkan suasana cerah semasa kami merakam lagu tersebut ini.[18]

— Anggota Riize, Sungchan, Earmilk

Penerimaan kritis

[sunting | sunting sumber]

"Get a Guitar" mendapat sambutan positif daripada pengkritik muzik. Menulis untuk NME, pengkritik Carmen Chin menyatakan bahawa lagu itu "terasa seperti menghirup udara segar" dan merupakan "salah satu lagu kemunculan pertama yang menonjol pada tahun ini dalam adegan K-pop."[19] Robin Murray, menulis untuk Clash, mencirikan lagu itu sebagai "sepotong pop riuh-rendah yang segar" dan "sangat berjangkit".[20]

Lagu itu juga telah dimasukkan dalam senarai "Terbaik", termasuklah "Lagu K-Pop Terbaik 2023" oleh Billboard di nombor 22, dengan pengkritik Starr Bowenbank menulis bahawa lagu itu "menyerlahkan kekuatan kumpulan dalam landskap K-pop yang sentiasa berubah-ubah".[13] Kim Do-heon dari Zenerate meletakkan lagu itu di nombor tujuh untuk senarai "15 Album K-pop Terbaik 2023" mereka.[21] Menulis untuk Grammy.com, Tássia Assis memasukkan lagu itu dalam senarai "15 Lagu K-Pop yang Menawan 2023".[22]

Kredit dan tenaga kerja

[sunting | sunting sumber]

Kredit diadaptasi daripada nota pelapik album single dan laman muzik Naver Vibe.[23][9]

Studio

  • SM Big Shot Studio – rakaman, dijuruterakan untuk adunan
  • SM Yellow Tail Studio – rakaman
  • Doobdoob Studio – rakaman
  • Sound Pool Studio – rakaman
  • SM Starlight Studio – penyuntingan digital
  • 77F Studio – penyuntingan digital
  • SM LVYIN Studio – dijuruterakan untuk adunan
  • SM Concert Hall Studio – pengadunan
  • Sterling Sound – pengindukan

Tenaga kerja

  • SM Entertainmentpenerbit eksekutif
  • Jang Cheol-hyuk – penyelia eksekutif
  • Riize – vokal
    • Eunseok – vokal latar belakang
    • Seunghan – vokal latar belakang
    • Sohee – vokal latar belakang
  • Peter Wallevik (PhD) – lirik, penerbit, penggubahan, penyusunan
  • Daniel Davidsen (PhD) – lirik, penerbit, penggubahan, penyusunan
  • Ben Samama – lirik, penggubahan, vokal latar belakang
  • David Arkwright – lirik, penggubahan, vokal latar belakang
  • Shin Na-ri (ARTiffect) – lirik[A]
  • Bang Hye-hyun (Jam Factory) – lirik[A]
  • Sam Carter – lyrics[B]
  • Jang Jin-young – pengarahan vokal
  • Ju Chan-yang (Pollen) – pengarahan vokal, vokal latar belakang
  • Lee Min-kyu – rakaman, dijuruterakan untuk adunan
  • Noh Min-ji – rakaman
  • Eugene Kwon – rakaman
  • Jeong Ho-jin – rakaman
  • On Seong-yoon – rakaman
  • Jeong Yoo-ra – penyuntingan digital
  • Woo Min-jeong – penyuntingan digital
  • Lee Ji-hong – dijuruterakan untuk adunan
  • Nam Koong-jin – pengadunan
  • Chris Gehringer – pengindukan
  1. ^ a b Versi bahasa Korea sahaja
  2. ^ Versi bahasa Inggeris sahaja
  1. ^ "Digital Chart – 2024 Weeks 04" [Carta Digital – Minggu 04 2024]. Carta Circle. 21–27 Januari 2024. Diarkibkan daripada yang asal pada 13 Oktober 2024. Dicapai pada 13 Oktober 2024.
  2. ^ Ziwei, Puah (24 Mei 2023). "SM Entertainment to debut three new groups this year" [SM Entertainment akan debut tiga kumpulan baharu tahun ini]. NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 16 Oktober 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  3. ^ Noh, Lee-seul (16 November 2022). "'NCT 유니버스' 루키즈 쇼헤이X은석X승한, 선배 NCT 127 향한 팬심-궁금증 폭발" [Pendatang baharu 'NCT Universe' Shohei X Eunseok X Seunghan, rasa ingin tahu peminat terhadap senior NCT127]. SportsW (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2024. Dicapai pada 18 Mei 2024.
  4. ^ Kim, Hyun-hui (1 September 2023). "SM 신인 그룹 라이즈 'Get A Guitar' MV 티저 공개...힙한 매력에 관심 집중" [Video acah MV kumpulan baharu SM Riize 'Get A Guitar' dilancarkan...Beri perhatian pada tarikan pesona]. Sports Korea (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  5. ^ Cho, Yong-jun (7 Ogos 2023). "New boy band Riize to debut in September" [Kumpulan lelaki baharu Riize akan debut pada September]. Korea JoongAng Daily (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Ogos 2023. Dicapai pada 7 Ogos 2023.
  6. ^ Kim, Min-ji (7 Ogos 2023). "'SM 신인' 라이즈, 9월4일 첫 싱글 '겟 어 기타' 발매" ['Pendatang baharu SM' Riize mengeluarkan single pertama 'Get A Guitar' pada 4 September]. News1 (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 8 Ogos 2023. Dicapai pada 7 Ogos 2023 – melalui Naver.
  7. ^ Kelly, Tyler Damara (9 November 2023). "RIIZE launch their debut English-language single, "Get A Guitar"" [RIIZE melancarkan single berbahasa Inggeris sulung mereka, "Get A Guitar"]. The Line of Best Fit (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 10 November 2023. Dicapai pada 28 September 2024.
  8. ^ Sun, Mi-kyung (14 Disember 2023). "라이즈 데뷔곡 'Get A Guitar'리믹스 버전,오늘(14일) 공개" [Lagu debut Riize 'Get A Guitar' versi adun semula, dilancarkan hari ini (14hb)]. The Chosun Ilbo (dalam bahasa Korea). Diarkibkan daripada yang asal pada 26 Oktober 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  9. ^ a b "Get A Guitar (English Ver.)" [Dapatkan Gitar (Versi bahasa Inggeris)]. Naver VIBE (dalam bahasa Korea). 9 November 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 6 Februari 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  10. ^ Puput Puji Lestari, penyunting (5 September 2023). "Sehari Debut, RIIZE Umumkan Kerjasama dengan RCA Records". VOI (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 27 Oktober 2024. Dicapai pada 27 Oktober 2024.
  11. ^ "RIIZE Makes Their Mark With Debut Single "Get A Guitar"" [RIIZE Mencapai Jejak Mereka Dengan Single Debut "Get A Guitar"]. Ones to Watch (dalam bahasa Inggeris). 7 September 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  12. ^ Atmi Ahsani Yusron (5 September 2023). "'Nyawa' Lagu Queen dalam Track Debut RIIZE Get A Guitar" ['Nyawa' Lagu Queen dalam Runut Debut RIIZE, Get A Guitar]. Detik.com (dalam bahasa Indonesia). Diarkibkan daripada yang asal pada 23 September 2023. Dicapai pada 28 September 2024.
  13. ^ a b Benjamin, Jeff; Bowenbank, Starr; Lynch, Joe; Oak, Jessica; Unterberger, Andrew (28 Disember 2023). "The 25 Best K-Pop Songs of 2023" [25 Lagu K-Pop Terbaik 2023]. Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2023. Dicapai pada 28 September 2024.
  14. ^ Yoon, So-yeon (4 September 2023). "[SHOWCASE] Riize, SM Entertainment's newest act, debuts with 'Get A Guitar'" [[WADAH] Riize, kumpulan terbaharu SM Entertainment, debut dengan 'Get A Guitar']. Korea JoongAng Daily. Diarkibkan daripada yang asal pada 4 September 2023. Dicapai pada 28 September 2024.
  15. ^ Benjamin, Jeff (13 Jun 2024). "On the RIIZE: Meet K-Pop's New, Down to Earth Stars" [Di RIIZE: Temui Bintang Baharu K-Pop, Merendah Diri]. Billboard (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  16. ^ Rinaldi, Freya (5 September 2023). "SM Entertainment & RCA Records Debut Boy Group RIIZE With "Get a Guitar"" [SM Entertainment & RCA Records Mendebut Kumpulan Lelaki RIIZE Dengan "Get a Guitar"]. Atwood Magazine (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 28 September 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  17. ^ "Key & BPM for Get a Guitar by Riize" [Nada & BPM untuk Get a Guitar oleh Riize]. Tunebat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 27 September 2024.
  18. ^ Padin, Malvika (9 Februari 2024). "[Interview] RIIZE dive into how they stand out, their sonic evolution and more" [[Wawancara] RIIZE menyelami bagaimana mereka menonjol, evolusi sonik mereka dan banyak lagi]. EARMILK (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 14 Jun 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  19. ^ Chin, Carmen (6 September 2023). "RIIZE carve out a refreshing, distinct sound for themselves on 'Get A Guitar'" [RIIZE mengukir bunyi yang menyegarkan dan berbeza untuk diri mereka sendiri pada 'Get A Guitar']. NME (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 17 Januari 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  20. ^ Murray, Robin (5 September 2023). "RIIZE Make Their Debut With 'Get A Guitar'" [RIIZE Membuat Debut Mereka Dengan 'Get A Guitar']. Clash (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2 Jun 2024. Dicapai pada 28 September 2024.
  21. ^ "[2023년 결산] 올해의 케이팝 30" [[Penutup 2023] K-pop 30 Tahun Ini]. Zenerate (dalam bahasa Korea). 28 Disember 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2023. Dicapai pada 28 September 2024.
  22. ^ "15 K-Pop Songs That Took 2023 By Storm: From Seventeen's "Super (손오공)" to NewJeans' "Super Shy"" [15 Lagu K-Pop Songs yang Menawan 2023: Daripada "Super (손오공)" oleh Seventeen hingga "Super Shy" oleh NewJeans]. GRAMMY.com (dalam bahasa Inggeris). July 5, 2023. Diarkibkan daripada yang asal pada 23 Disember 2023. Dicapai pada 28 September 2024.
  23. ^ Riize (2023). Get a Guitar (buku gambar). Korea Selatan: SM Entertainment, Kakao Entertainment.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]