Gerakan 4 Mei
Gerakan 4 Mei (Cina tradisional: 五四運動; Cina ringkas: 五四运动; pinyin: Wǔsì Yùndòng) ialah gerakan anti-imperialisme, budaya dan politik muncul dengan demonstrasi yang dilakukan oleh para pelajar di Beijing pada 4 Mei 1919. Mereka menentang kerajaan China atas respon lambat kerajaan terhadap Perjanjian Versailles terutamanya masalah Shandong. Demonstrasi ini telah menyemarakkan protes peringkat nasional dan menjadi tanda semangat nasionalisme orang Cina yang meruap-ruap naik untuk perubahan kepada pergerakan politik untuk rakyat dan bukannya hanya untuk golongan elit intelektual.
Penggunaan ini juga merujuk kepada 'Gerakan Budaya Baru' selalunya mengenai tahun di antara 1915-1921.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Gerakan 4 Mei merujuk kepada demonstrasi yang dilancarkan oleh pelajar-pelajar di Universiti Peking (Beijing) pada 4 Mei 1919.
Gerakan ini merupakan kebangkitan nasionalisme rakyat Cina terhadap kegiatan imperialisme yang ditekankan terhadap mereka. Gerakan ini merupakan sebahagian daripada gerakan intektual yang berlaku antara tahun 1917-1923.
Kemunculan Gerakan 4 Mei disebabkan oleh perasaan tidak puas hati terhadap keputusan Perjanjian Versailles yang memihak kepada Jepun.
Pada 4 Mei 1919, lebih kurang 5000 orang yang terdiri daripada pensyarah dan mahasiswa Universiti Peking (Beijing) mengadakan demonstrasi membantah keputusan Perjanjian Versailles.
Demonstrasi pelajar mendapat sokongan dan sambutan yang amat menggalakkan daripada rakyat Cina. Perkembangan ini menyebabkan rusuhan dan pemogokan diadakan di seluruh negara.
Matlamat utama gerakan ini adalah menyelamatkan China daripada ancaman kuasa-kuasa asing.