Geografi Hungary
Hungary terletak di Eropah Tengah.
Landskap Hungary
[sunting | sunting sumber]Kira-kira separuh landskap Hungary terdiri daripada dataran tanah rata atau beralun di Lembangan Karpatos: kawasan padang yang terpenting termasuk Dataran Hungary Kecil di barat, dan Dataran Hungary Besar di tenggara. Altitud tertinggi dari paras laut pada Dataran Hungary Besar cuma 183 meter.
Transdanubia ialah sebidang rantau yang berbukit dengan muka tanah yang pelbagai ketinggiannya kerana gunung-ganang yang rendah. Ini termasuklah bentangan timur banjaran Alps, Alpokalja, di barat negara, Gunung Sederhana Transdanubia di rantau tengah Transdanubia, dan pergunungan Mecsek dan Villány di selatan. Puncak tertinggi kawasan ini ialah Írott-kő di banjaran Alps, iaitu 882 meter.
Gunung-gunung tertinggi negara terletak di Pergunungan Karpatos yang terletak di bahagian-bahagian utara, dalam loreng yang luas di sepanjang sempadan Slovakia (puncak tertinggi: Kékes pada 1,014 m (3327 kaki)).
Hungary terbahagi dua oleh jalan air utamanya, iaitu Sungai Danube (Duna); sungai-sungai besar yang lain termasuk Tisza dan Dráva, manakala di Transdanubia ada Tasik Balaton, sebuah isian air yang besar. Tasik terma terbesar di dunia, Tasik Hévíz (Hévíz Spa), terletak di Hungary. Tasik kedua terbesar dalam Lembangan Karpatos ialah Tasik Tisza (Tisza-tó) buatan manusia.
Iklim
[sunting | sunting sumber]Hungary mengalami iklim benua, iaitu dengan musim sejuk yang dingin, mendung dan lembap serta musim panas yang agak panas. Suhu purata tahunan adalah pada 9.7 °C (49.5 °F). Suhu terpanas adalah pada 42 °C (110 °F) manakala suhu tersejuk pada −29 °C (−20 °F). Suhu purata musim panas ialah 27 hingga 35 °C (81 hingga 95 °F), manakala suhu purata musim sejuk ialah 0 hingga −15 °C (32 hingga 5 °F). Curahan hujan purata tahunan adalah kira-kira 600 milimeter (24 in). Sebuah rantau kecil di bahagian selatan negara berdekatan Pécs menikmati reputasi sebagai kawasan beriklim Mediterranean, tatapi sebenarnya hanya lebih panas sedikit berbanding tempat-tempat lain di negara dan juga bersalji pada msuim sejuk.
Galeri
[sunting | sunting sumber]-
Lembu Kelabu Hungary di Dataran Hungary Besar
-
Kékes (Hungary Utara), gunung tertinggi di negara.
-
Biara lama di kampung Bélapátfalva pada tapak Pergunungan Bükk