Genoa C.F.C.
Nama penuh | Genoa Cricket and Football Club S.p.A. | ||
---|---|---|---|
Gelaran | I Rossoblu (The Red and Blues) Il Grifone (The Griffin[1]) Il Vecchio Balordo (The Old Fool) | ||
Diasaskan | 1893 | ||
Stadium | Stadio Luigi Ferraris, Genoa, Itali (Kapasiti: 36,599[2]) | ||
Presiden | Enrico Preziosi | ||
Liga | Serie A | ||
2022–23 | Serie B, ke-5 | ||
Tapak sesawang | Laman kelab | ||
|
Genoa Cricket and Football Club, dikenali sebagai Genoa (sebutan bahasa Itali: [ˈd͡ʒɛːnoa]), ialah sebuah kelab bola sepak dan kriket profesional Itali berpangkalan di bandar Genoa, Liguria. Diasaskan pada 7 September 1893, ia merupakan pasukan bola sepak rasmi pertama Itali.
Genoa telah memenangi Serie A sembilan kali. Mereka juga memenangi Coppa Italia sekali. Genoa merupakan pasukan Itali keempat paling berjaya dari segi kemenangan trofi.
Kelab ini bermain di gelanggang mereka sendiri di Stadio Luigi Ferraris, yang mempunyai kapasiti sebanyak 36,536 sejak tahun 1911. Sejak 1946, Genoa berkongsi stadium ini dengan pesaing tempatan, Sampdoria. Genoa kebanyakannya beraksi di Serie A dan Serie B dan dua kali bermain di Serie C selepas tempoh perang.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kelab ini mula ditubuhkan pada 7 September 1893[3] atas nama "Genoa Cricket & Athletic Club" (Kelab Olahraga dan Kriket Genoa). Pada tahun awal penubuhannya, mereka banyak bertanding dalam acara olahraga dan kriket. Bola sepak pula sekadar jarang dipraktikkan. Sejak kelab ini mulai untuk mewakili England di luar negara, pakaian asal kelab ini ialah berwarna putih, sama seperti pakaian pasukan kebangsaan England.[4] Pada mulanya, orang-orang Itali tidak dibenarkan untuk menyertai kelab ini oleh kerana ia adalah kelab sukan British di luar negara.[5] Aktiviti-aktiviti Genoa mengambil tempat di barat daya kota yang terletak di kawasan Campasso, di Piazza d'Armi. Antara orang-orang yang mengendalikan pengurusan kelab pada masa itu ialah;[6]
|
|
|
Pada 10 April 1897,[7] aktiviti bola sepak mula muncul selepas dibawa oleh James Richardson Spensley.[8] Ia diakui antara terawal di bola sepak Itali dan antara kelab terawal ditubuhkan pada masa itu ialah di Turin.[9] Orang-orang Itali dibenarkan turut serta dan mempersiapkan padang baru iaitu, Ponte Carrega. Perlawanan persahabatan pertama diadakan di tempat sendiri menentang pasukan campuran, Internazionale Torino dan FBC Torinese; Genoa tewas 1–0.[10] Tidak lama selepas itu, Genoa mencatat kemenangan pertamanya menentang UPS Alessandria, 2–0. Perlawanan persahabatan juga berlangsung menentang beberapa anak kapal British dari HMS Revenge.[11]
Penguasaan liga
[sunting | sunting sumber]Perkembangan bola sepak di Itali ditambah dengan penubuhan Persekutuan Bola Sepak Itali dan Kejohanan Bola Sepak Itali. Genoa mengambil bahagian dalam Kejohanan Itali pertamanya pada tahun 1898 di Velodromo Umberto I di Turin.[12] Mereka menewaskan Ginnastica Torino 2–1 pada perlawanan rasmi pertama mereka pada 8 Mei sebelum merangkul kejuaraan pertamanya setelah hari itu selepas menewaskan Internazionale Torino 3–1 pada masa tambahan.[13]
Genoa kembali untuk musim berikutnya dan pada masa itu, kelab ini menukar namanya kepada Genoa Cricket & Football Club, dengan membuang penyata Athletic dari namanya. Selain itu, mereka juga menukarkan warna pakaian mereka kepada corak menegak untuk membahagikan warna biru dan putih yang dikenali sebagai biancoblu di Itali. Genoa meraih kejuaraan keduanya pada 16 April 1899 dengan menewaskan Internazionale Torino sekali lagi 3–1. Genoa terus mencatat kemenangan gelaran liga ketiga berturut-turut pada tahun 1900 apabila menewaskan pesaing tempatan, Sampierdarenese 7–0 untuk mara ke perlawanan akhir. Kemenangan terbesar ini direkodkan tidak mampu ditandingi mana-mana kelab di saingan liga sehingga tahun 1910. Perlawanan akhir berkesudahan kemenangan 3-1 ke atas FBC Torinese.[14]
Jersi kelab ditukar sekali lagi pada tahun 1901. Genoa memilih warna merah-biru yang dikenali sebagai rossoblu. Warna-warna itu kini banyak digunakan oleh kelab-kelab Itali seperti Cagliari, Bologna dan kelab-kelab kecil. Selepas menamatkan musim selaku naib juara di belakang Milan Cricket and Football Club, mereka memastikan kejuaraan pada tahun 1902 sebagai gelaran keempatnya. Juventus muncul sebagai pesaing Genoa dari tahun 1903 dan seterusnya, apabila dua musim berturut-turut Genoa menewaskan Old Lady pada perlawanan akhir.[15]
Khususnya, Genoa menjadi pasukan Itali pertama beraksi di perlawanan antarabangsa apabila meeka melawat Perancis pada 27 April 1903 untuk menentang FVC Nice yang berkesudahan mereka menang 3-0. Selain menjuarai kejuaraan Itali pada 1904, tahun itu juga menjadi berharga buat pasukan simpanan Genoa yang memenangi II Categoria pertama, kejohanan proto-Serie B di bawah divisyen tertinggi. Dari kejohanan tahun 1905 hingga seterusnya, mereka menjadi naib juara dan Genoa kehilangan tempat juaranya kepada Juventus, Milan dan Pro Vercelli yang telah bangkit.[16]
Kejatuhan kelab pada masa ini dapat diimbas pada kejohanan tahun 1908, sewaktu Persekutuan Bola Sepak Itali (FIGC) bersetuju dengan tindakan Gimnastik Persekutuan untuk protes dengan melarang penggunaan pemain asing. Sejak Genoa ditubuhkan, mereka memiliki banyak kontinjen-kontinjen Inggeris. Mereka kemudian tidak bersetuju seperti dilakukan beberapa kelab lain seperti Milan, Torino dan Firenze; sehingga mereka menarik diri dari kejohanan FIGC pada tahun itu. Pada musim berikutnya, FIGC telah mengubah keputusan itu dan Genoa membina dan membangun pemain-pemain seperti Luigi Ferraris dan sesetengah pemain dari Switzerland. Pembinaan skuad juga menyaksikan padang baru yang telah siap di kawasan Marassi di Genoa dan ia dibina dengan mampu menampung 25,000 kapasiti dan setanding dengan stadium-stadium British pada masa itu. Padang itu dibuka rasmi pada 22 Januari 1911.
Era Garbutt
[sunting | sunting sumber]Sewaktu pasukan kebangsaan Itali diperkenalkan, pemain-pemain Genoa seperti Renzo De Vecchi menjawat jawatan sebagai kapten azzurri buat beberapa kali selain Edoardo Mariani dan Enrico Sardi turut menerima panggilan ke pasukan kebangsaan. William Garbutt dari England dibawa masuk sebagai ketua jurulatih untuk membaiki prestasi kelab dan Garbutt menjadi pengurus profesional pertama di Itali dan beliau dianggap mempunyai karisma yang kuat oleh kerana beliau sentiasa menghisap paip tembakau.[17] Beliau digelar "Mister" oleh pemain-pemainnya dan sejak itu, orang-orang Itali merujuk jurulatih secara amnya dengan istilah itu.[18]
Akhirnya pada musim 1914–15, Genoa mengembalikan statustnya sebagai kelab terunggul di utara Itali dengan memenangi pusingan akhir bahagian Utara.[19] Walau bagaimanapun, pada perlawanan akhir tidak dapat diadakan oleh kerana Genoa tidak mempunyai pasukan lawan; pusingan akhir di bahagian Selatan tidak dapat ditentukan pemenang oleh kerana Perang Dunia Pertama yang sedang tercetus. Genoa dianugerahkan gelaran kejuaraan pada 1919 selepas perang tamat, gelaran pertama mereka selepas sebelas musim. Peperangan ini memberi kesan pedih buat Genoa kerana mereka kehilangan pemain-pemain iaitu Luigi Ferraris, Adolfo Gnecco, Carlo Marassi, Alberto Sussone dan Claudio Casanova yang kesemuanya terkorban ketika menjalankan tugas tentera di Itali manakala penubuh kelab, James Richardson Spensley terbunuh di Jerman.[20]
Selepas perang tamat, Genoa kekal sebagai kuasa besar di bahagian Utara.[21] Garbutt membawa Genoa untuk merangkul kejayaan liga pada musim 1922–23 selepas menumpaskan Lazio 6–1 di perlawanan akhir pada agregat.[22] Pada musim berikutnya, Genoa berjaya mengalahkan Bologna dalam perlawanan akhir pertama bahagian Utara tetapi tercetusnya rusuhan pada perlawanan kedua di Bologna menyebabkan perlawanan dibatalkan kerana rusuhan semakin tegang dan FIGC menganugerahkan Genoa menang 2-0.[23] Pada perlawanan akhir seluruh negara, Genoa menewaskan Savoia 4–1 pada agregat dan menjadikan trofi liga kesembilan dan terakhir dalam sejarah kelab.
Pemain-pemain yang terlibat sewaktu kejayaan dua penaklukan liga antaranya Giovanni De Prà, Ottavio Barbieri, Luigi Burlando dan Renzo De Vecchi.[24] Selepas Genoa memenangi kejohanan liga pada 1923-24 dan perkenalan lambang scudetto. Ini bermaksud mulai musim hadapan, mana-mana kelab yang memenangi kejuaraan liga Itali, mereka akan dapat memakai lambang berbentuk perisai di jersi atau pakaian mereka yang menampilkan warna-warna bendera Itali.[25] Baki tahun 1920an, kelab ini tidak memenangi sebarang kejuaraan dan rekod tertinggi mereka ialah apabila mereka menamatkan musim 1927–28 selaku naib juara di belakang Torino selain penyerang Genoa, Felice Levratto menjaringkan 20 gol dalam 27 perlawanan.
Era Genova 1893
[sunting | sunting sumber]Disebabkan nama Genoa dengan kuatnya terdapat pengaruh perkataan Inggeris, Genoa dipaksa menukarkan nama kelabnya oleh rejim fasis Itali kepada Genova 1893 Circolo del Calcio pada tahun 1928. Kelab ini beraksi di kejohanan proto-Piala Eropah yang dikenali sebagai Piala Mitropa. Mereka mara ke peringkat suku akhir sebelum tewas kepada Rapid Vienna. Genova kemudian menamatkan musim seterusnya di tempat kedua liga di belakang Ambrosiana. Ini merupakan penampilan terakhir mereka selaku naib juara liga.[26]
Prestasi kelab di Serie A tidak menentu pada awal 1930an dengan berbagai-bagai kedudukan dihuninya. Pada musim 1933–34, mereka merasai penyingkiran pertama dalam sejarah kelab ke Serie B, divisyen kedua Itali. Namun, mereka berjaya kembali semula ke Serie A di bawah pengurusan jurulatih Vittorio Faroppa dengan berjaya merebut tempat kenaikan ke Serie A di kumpulan mereka. Pada tahun 1936, Juan Culiolo mula mengambil kuasa sebagai presiden baru kelab dan pada musim 1936–37, mereka memperoleh tempat keenam liga dan memenangi Coppa Italia selepas mengalahkan Roma 1–0 hasil jaringan Mario Torti.
Pada musim berikutnya, Genova menamatkan musim di tempat ketiga dengan hanya perbezaan tiga mata bersama pendahulu, Ambrosiana-Inter. Pada musim panas 1938, pasukan kebangsaan Itali mengambil bahagian dan menjuarai Piala Dunia 1938 dan tiga pemain Genova antara skuad Itali yang mengambil bahagian iaitu Sergio Bertoni, Mario Genta dan Mario Perazzolo. Genova menghabiskan dekad 1930 dengan kekal di tempat lima terbaik liga di Serie A.[27]
Kesan Perang Dunia Kedua memberi kesan mendalam dalam gerakan bola sepak Itali tetapi Genova tidak dapat memulihkan keadaan kelab seperti kelab Itali lain. Pada tahun 1945, kelab ini memilih untuk berbalik kepada nama asalnya, Genoa Cricket and Foot-Ball Club, yang mana mereka telah menggunakan nama itu pada awal era kejohanan Itali. Pada tahun-tahun selepas Perang Dunia Kedua, kelab ini masih popular di kalangan peminat dan pemain lama Genoa seperti Ottavio Barbieri dan William Garbutt kembali semula untuk menjadi jurulatih kelab ini. Genoa juga menemui satu pesaing atau lawan baru, Sampdoria, yang ditubuhkan melalui penggabungan dua kelab lain pada 1946 selain Sampdoria turut berkongsi dengan Genoa di bawah Stadio Luigi Ferraris.
Penyingkiran demi penyingkiran
[sunting | sunting sumber]Selepas Perang Dunia Kedua, kemampuan Genoa untuk menamatkan musim di tangga teratas Serie A sukar dengan gaya yang ketara atau berubah-ubah. Mereka bermain pada musim 1948–49 dengan mencatat tiga keputusan menarik iaitu, Genoa menewaskan Inter 4–1, menumpaskan pasukan terkenal Grande Torino 3–0 dan Padova 7–1. Dekad 1950 dimulakan dengan prestasi hambar kelab tetapi mereka membawa masuk pemain Argentina, Mario Boyé dari Boca Juniors tetapi beliau hanya kekal di situ buat satu musim apabila kelab ini disingkirkan selepas menamatkan musim di tangga tercorot dan selepas dua musim menghuni Serie B, mereka kembali semula ke Serie A selepas menjuarai divisyen kedua itu pada 1952-53.
Walaupun mereka disingkirkan ke Serie B pada musim 1959–60 dan kembali semula ke Serie A pada 1961–62,[28] Genoa mencatat beberapa sorotan menarik menerusi kejayaan piala pada awal 1960an. Genoa menjuarai Coppa delle Alpi pada 1962 selepas menewaskan wakil Perancis, Grenoble Foot 38 1–0 hasil jaringan Nizza. Genoa meraih kejuaraan yang sama dua tahun kemudian yang berlangsung di Stadium Wankdorf di Bern, Switzerland; Genoa mengalahkan Catania 2–0 dan kedua-dua jaringan itu disumbat oleh Giampaolo Piaceri.
Kegembiraan atas kejayaan itu tidak bertahan lama apabila musim berikutnya, Genoa disingkirkan ke Serie B lagi. Mereka "bermukim" di divisyen kedua Itali dalam tempoh sedikit panjang berbanding penyingkiran sebelum ini. Selan itu, keadaan kelab menjadi tidak seimbang apabila mereka menghadapi banyak pertukaran pengurus musim demi musim.[29] Genoa merasai penyingkiran pertama ke Serie C pada tahun 1970 selain kelab ini terhumban dalam masalah kewangan dan melibatkan beberapa pertukaran pemilik kelab.
Siri-siri kenaikan
[sunting | sunting sumber]Sepanjang 1970an, Genoa kebanyakannya bermain di divisyen kedua. Di bawah pengurusan Arturo Silvestri, kelab ini kembali semula ke Serie A buat musim 1973–74 tetapi mereka disingkirkan semula. Kepulangan Il Grifone ke Serie A beberapa musim kemudian menyaksikan kelab ini mempunyai beberapa tonggak utama seperti Roberto Rosato, Bruno Conti dan pemain muda Roberto Pruzzo. Kali ini, mereka menghuni divisyen teratas Itali selama dua musim sebelum tunduk atas penyingkiran ke divisyen kedua pada musim 1977–78.
Penyingkiran kali ini amat perit bagi kelab kerana mereka kehilangan beberapa pemain utma seperti Roberto Pruzzo berpindah ke Roma untuk mengecapi kejayaan. Selepas beberapa kali menamatkan musim di tangga pertengahan liga ketika di Serie B, Genoa memperoleh kenaikan ke divisyen teratas pada musim 1980–81 di bawah pengurus Luigi Simoni. Genoa selaku naib juara pada musim itu di belakang Milan yang disingkirkan pada musim sebelumnya kerana terliabt dalam skandal perjudian Totonero.
Sewaktu Simoni masih menjadi pengurus, Genoa dilihat mampu kekal menghuni Serie A pada musim kepulangannya apabila mereka dilihat perbezaan satu mata dengan AC Milan yang berada di zon penyingkiran. Pada hari terakhir musim yang penuh dramatik, Genoa ketinggalan 2-1 kepada Napoli dan dengan baki lima minit lagi, Mario Faccenda akhirnya menjaringkan gol pada minit ke-85 bagi menyamakan kedudukan perlawanan dan Genoa terikat satu mata lalu mencetuskan persahabatan antara peminat kedua-dua kelab ini.
Beberapa musim seterusnya di Serie A iaitu pada 1983–84, Genoa tidak bertuah. Walaupun menewaskan juara musim, Juventus pada hari terakhir musim, kelab ini tetap melalui penyingkiran walaupun mereka menamatkan musim dengan berkongsi mata bersama Lazio yang terselamat daripada zon penyingkiran; jawapannya kerana rekod Lazio lebih cemerlang sewaktu menentang Genoa.
Penampilan di Eropah
[sunting | sunting sumber]Kelab ini dibeli oleh usahawan dari Calabria, Aldo Spinelli pada tahun 1985. Walaupun Simoni tidak lama menjadi pengurus pasukan, Genoa menamatkan musim di tangga pertengahan liga. Selepas prestasi kelab menjunam ketika musim 1987–88, Genoa fokus semula tenaga dan usaha mereka untuk memperoleh kenaikan ke Serie A pada musim 1988–89 dengan menamatkan musim sebagai juara liga di hadapan Bari.[30] Genoa dibantu pelatih berpengalaman, Osvaldo Bagnoli yang mampu mencari ramuan untuk melakar kejutan ke atas kelab-kelab besar (beliau dikenali luas selepas memenangi kejuaraan Scudetto bersama Hellas Verona pada era 1980an) dan pada masa itu, kelab ini mempunyai pemain-pemain berbakat seperti Carlos Aguilera, Tomáš Skuhravý dan lain-lain yang menamatkan musim 1990–91 di Serie A di tempat keempat dan mereka kekal rekod tanpa kalah di tempat sendiri selain menang ke atas kelab-kelab gergasi seperti Juventus, Inter, Milan, Roma, Lazio, Fiorentina, Napoli dan juga pesaing tempatan, Sampdoria yang memenangi kejuaraan liga pada musim itu.
Seterusnya, kelab ini memperoleh tiket ke kejohanan Eropah iaitu Piala UEFA pada musim 1991–92. Genoa mara ke peringkat jauh sehinggakan ke peringkat separuh akhir sebelum disingkirkan oleh Ajax, yang menjadi juara pada musim itu. Sebelum itu, Genoa mengetepikan Liverpool dan menjadi kelab Itali pertama mengalahkan "Reds" di Anfield. Malangnya buat Genoa, kejayaana ini diikuti 'zaman kegelapan' berikutan pemergian jurulatih Osvaldo Bagnoli (yang memilih untuk berpindah dari Genoa untuk meluangkan masa bersama anak perempuannya, yang kesihatannya kian merosot) dan kegagalan pengurusan pasukan untuk mencari dan mengganti tonggak utama supaya berkembang dan berkualiti.
Dikatakan bahawa pengerusi Spinelli mempunyai pendekatan pengurusan yang sangat berbeza daripada kebanyakan ahli perniagaan yang bertukar menjadi pemilik pasukan bola sepak. Sementara rakan sekerjanya menyaksikan bola sepak sebagai pemasaran dan pelaburan masyarakat, mereka agak bersedia menyalurkan dana daripada perniagaan utama mereka untuk menjaga pasukan mereka terus bertahan dan menambah jadual pemain mereka. Spinelli melihat Genoa sebagai satu jenis perniagaan dan matlamat utamanya adalah untuk menjana pendapatan pemiliknya (iaitu dirinya) dan sebagainya dengan menjual pemain berkualiti untuk memperoleh pendapatan besar dan kuat. Beliau menjual penyerang Uruguay, Carlos Aguilera dan digantikan oleh pemain Jepun, Kazuyoshi Miura dari Yomiuri Verdy (perjanjian yang membuatkan Spinelli gembira sejak penaja Jepun sebenarnya membayar kepadanya untuk membiarkan Miura bermain di Serie A Itali). Pada musim yang sama, mereka menamatkan musim di atas zon penyingkiran dan musim berikutnya, dilihat Genoa kekal di Serie A apabila menamatkan musim dengan menghuni carta pertengahan liga.[31]
Pada musim 1994–95, Genoa nyaris disingkirkan apabila mereka berkongsi mata dengan pasukan tersingkir, Padova dan bermaksud perlawanan pusingan play-off akan diadakan bagi memutuskan pasukan akan disingkirkan. Perlawanan antara kedua-dua pasukan berlangsung di Florence. Selepas perlawanan berkesudahan seri 1-1, tendangan penalti dipaksa sebagai penentu pemenang bagi perlawanan ini dan Genoa akhirnya kecundang kalah 5-4.[32] Di Serie B, kelab ini merasai cuta rasa lain dalam kejayaan piala antarabangsa apabila dinobatkan juara Piala Inggeris-Itali dengan menewaskan Port Vale 5–2 pada musim 1995-96 selain Gennaro Ruotolo menyumbat hatrik. Pengerusi kelab, Spinelli menjual Genoa secara rasmi pada 1997 sebelum berpindah ke kelab lain (Alessandria dan kini, Livorno). Pada lewat 1990an dan awal alaf 2000, dikatakan tempoh yang berat dan pedih dalam sejarah kelab apabila kerap pertukaran pengurus, masalah kewangan yang mendadak dan harapan tipis untuk memperoleh kenaikan Serie A apabila hanya menduduki tempat keenam pada musim 1999–00.[33] Dari tahun 1997 hingga 2003, Genoa mempunyai tiga pemilik berlainan dan empat pengerusi lan-lain sebeum kelab ini diberikan kepada hartawan dari Irpinia, Enrico Preziosi yang sebelum ini selaku sebagai pengerusi Como.[34]
Sejarah kini
[sunting | sunting sumber]Preziosi mengambil alih jawatan sebagai pengerusi kelab pada 2003 ketika Genoa telahpun disingkirkan ke Serie C1 selepas melalui musim suram tetapi sebaliknya, telah "diselamatkan" bersama-sama Catania dan Salernitana oleh keputusan kontroversi oleh persekutuan bola sepak yang ingin melanjutkan jumlah penyertaan pasukan Serie B kepada 24 pasukan. Mereka meraih kejuaraan Serie B pada musim 2004-05. Walau bagaimanapun, dakwaan yang tersebut kononnya kelab ini terlibat dalam penetapan perlawanan pada hari terakhir musim antara Genoa dan Venezia. Kemenangan 3-2 ke atas Venezia menyaksikan Genoa meraih kejuaraan liga dan seri juga sudah cukup untuk mengekalkan kedudukannya sebagai juara. Jawatankuasa Disiplin FIGC mengenakan hukumakan ke atas Genoa dengan meletakkannyaa di tangga tercorot liga dan menyingkirkannya semula ke Serie C1 pada 27 Julai 2005.
Sewktu mereka beraksi di Serie C1 pada musim 2005–06, Genoa diberi penalti sembilan mata berikutan musim sebelumnya. Selepas mendahului carta liga pada masa itu, mereka akhirnya mara ke perlawanan play-off sebelum menewaskan Monza 2–1 pada agregat dan kembali semula ke Serie B.[35] Pada musim panas, Genoa membawa masuk Gian Piero Gasperini sebagai pengurus baru dan berjaya memperoleh kenaikan ke Serie A pada musim 2006–07, ia dipastikan pada hari terakhir musim apabila keputusan terikat seri tanpa jaringan bertemu Napoli, di samping kedua-dua pasukan teruja apabila diterima kenaikan ke Serie A.
Pada musim 2007–08, aksi pertama Genoa di Serie A selepas 12 tahun menyaksikan mereka menamatkan musim di tempat kesepuluh dan berjaya mengelakkan zon penyingkiran.
Satu sesi pasaran musim panas secara berhati-hati dilihat Presiden Preziosi mengukuhkan teras pasukan manakala perpisahan beberapa pemain dari segi ekonomi yang menggalakkan (sebagai contoh penjualan Marco Borriello ke AC Milan untuk memperoleh jumlah wang yang lumayan). Matlamat Genoa pada musim 2008–09 ialah berjaya merebut tempat Piala UEFA. Hasrat kelab akhirnya tercapai apabila menamatkan musim di tempat kelima dengan kesungguhan pemain-pemain dan musim itu juga menyaksikan Genoa menewaskan Juventus, Roma dan Milan selain memenangi kedua-dua pertembungan menentang Sampdoria dan Diego Milito dinobatkan sebagai penjaring terbanyak liga. Genoa seterusnya kehilangan Milito dan pemain tengah, Thiago Motta ke Internazionale tetapi mereka membawa masuk Hernán Crespo. Mereka kemudian melabur wang yang banyak (kira-kira 40 juta euro) dalam usaha untuk mengembangkan kualiti pemain.
Walau bagaimanapun, ia tidak seperti diharapkan. Pasukan dibelenggu kecederaan yang melanda pemain dan pasukan tersingkir awal dalam saingan Liga Europa dan Coppa Italia dan lebih mengecewakan, mereka sekadar di tempat kesembilan di Serie A pada musim 2009-10.
Pada musim 2010–11 Genoa berjuang untuk cuba mencabar kedudukan teratas liga dan pada permulaan musim disaksikan penuh keputusan tidak memberansangkan dan memuaskan, Presiden Preziosi mengambil tindakan untuk memecat jurulatih Gian Piero Gasperini yang telah mengemudi pasukan sejak tahun musim 2007–08 dan memilih Davide Ballardini sebagai jurulatih baru. Jurulatih baru ini dilihat tidak memperoleh beberapa kejayaan berharga tetapi pasukan ini berjaya menang dalam pertembungan menentang Sampdoria pada Disember dan Mei.
Pada musim 2011–12 dan 2012–13 menyaksikan Genoa di tempat ke-17 buat dua musim berturut-turut selain hanya satu kedudukan sahaja ke zon penyingkiran.
Pada musim 2014–15, Genoa menduduki tempat keenam liga dan mereka mendapat tempat di pusingan kelayakan Liga Europa tetapi mereka dibatalkan penyertaan kerana tidak mendapat lesen UEFA kerana mereka mengisi kertas kerja dengan lewat dan Stadio Luigi Ferraris yang tidak memenuhi peraturan kejohanan UEFA. Tempat Genoa digantikan oleh penghuni tempat ketujuh iaitu Sampdoria.
Imej
[sunting | sunting sumber]Pada mulanya, Genoa ditubuhkan sebagai kelab British dan warna-warna pertama digunakan kelab berdasarkan warna pasukan kebangsaan England.[36] Tidak lama kemudian, warna jersi ini ditukar kepada jalur putih dan biru pada tahun 1899. Warna biru dipilih bagi mewakili laut kerana Genoa merupakan sebuah bandar pelabuhan. Pada tahun 1901, kelab ini akhirnya menyiapkan jersi terkenalnya iaitu separuh merah dan separuh biru sekali gus mereka mendapat nama samaran rossoblu bersama-sama Bologna, Cagliari dan kelab-kelab kecil lain.
Salah satu nama samaran Genoa, Il Grifone yang bermaksud "griffin"; ia diambil daripada jata kota Genoa. Lambang kota ini menampilkan dua griffin emas, dan salah satu bahagian terdapat St George's Cross. Kehadiran St. George's Cross pada lambang tidak bermaksud berasal dari penubuh Inggeris; lambang itu sendiri terdapat di bendera dan juga lambang bandar Genoa. St. George juga merupakan pelindung keramat Republik Genoa lama. Lambang kelab Genoa Cricket and Football Club sebenar ialah diambil daripada lambang kota Genoa tetapi hanya menambahkan warna merah dan biru.
Peminat dan pesaing
[sunting | sunting sumber]Genoa mempunyai jumlah besar peminatnya di Liguria selain turut popular di Piedmont dan Lembah Aosta. Tradisi pelayaran orang Genoa dan kedatangan komuniti Genoa di negara-negara jauh berjaya menyebarkan populariti Genoa dan imigran-imigran ini menubuhkan kelab peminat di Buenos Aires, Amsterdam, Tokyo, Toronto, New York, San Francisco, Barcelona, Iceland dan banyak lagi.
Pesaing terpenting dan tradisi Genoa ialah kelab dari kota yang sama dan berkongsi dengan gelanggang yang sama iaitu Sampdoria. Dua kelab ini bertembung dalam satu perlawanan yang dikenali sebagai Derby della Lanterna ("Pertembungan Tanglung"); yang merujuk kepada Rumah Api Genoa. Penyokong Genoa juga meluahkan kebencian mereka terhadap Milan. Selepas pergaduhan yang melibatkan kedua-dua penyokong pada Januari 1995 yang berkesudahan kematian penyokong Genoa, Vincenzo Spagnolo yang ditikan oleh seorang penyokong Milan, Simone Barbaglia. Penyerang itu merupakan ahli hooligan tidak rasmi, "The Barbour Ones", yang selalu membawa senjata berbilah pada mana-mana perlawanan.
Sebaliknya, peminat Genoa juga mempunyai hubungan rapat yang berpanjangan dan kuat dengan Napoli (yang dapat diimbas pada hari terakhir musim 1982). Pada hari terakhir musim 2006–07, Genoa dan Napoli terikat seri tanpa jaringana dan kedua-dua pasukan dijamin kembali semula ke Serie A. Ultras Genoa pernah memegang spanduk yang tertera "Benvenuto fratello napoletano", bermaksud "Selamat datang, abang Napoli" dan kedua-dua peminat meraikan bersama-sama dengan cara yang hangat dan kerjasama.
Dalam situasi lain, hubungan persahabatan antara peminat Genoa ialah dengan penyokong merah kuning Roma. Selain itu, mereka juga mempunyai tali persaudaraan yang kuat dengan Torino (sejak pertukaran Gigi Meroni antara kedua-dua kelab ini pada penghujung musim 1963–64 sebelum meninggal pada 15 Oktober 1967).
Nombor disimpan
[sunting | sunting sumber]- 6 – Gianluca Signorini, pertahanan, 1988–95
- 12 – Peminat-peminat Gradinata Nord, "orang ke-12"
Senarai presiden
[sunting | sunting sumber]Berikut merupakan senarai presiden Genoa dari penubuhannya sebagai bermain kriket dan olahraga sehingga ke hari ini.[37]
|
|
Senarai pengurus pasukan
[sunting | sunting sumber]Genoa mempunyai ramai pengurus dan pelatih dan seseetengah musim, mereka mempunyai pengurus bersama pasukan. Di sini senarai pengurus dari tahun 1896 sehingga mereka menjadi kelab bola sepak dan seterusnya.[38]
|
|
Kejayaan
[sunting | sunting sumber]Domestik
[sunting | sunting sumber]Kejuaraan Bola Sepak Itali / Liga Utara / Serie A:
Piala Itali: 1
- Juara: 1936–37
Serie B: 6
- Juara: 1970–71
Piala Ambolo: 7 Palla Dapples: 13
- Juara: 1903–09
Eropah
[sunting | sunting sumber]- Naib-juara: 1990
- Juara: 1962, 1964
- Juara: 1996
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "griffin". dictionary.com. 3 Mac 2009.
- ^ riferimento dal sito web del club reale più accurato rispetto agli altri
- ^ name="rsssf"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="enciclop"
- ^ name="padovano"
- ^ name=turin
- ^ name="rsssf"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="enciclop"
- ^ Modena, Panini Edizioni (2005). Almanacco Illustrato del Calcio – La Storia 1898–2004.
- ^ name="league"
- ^ name="league"
- ^ name="league"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="league"
- ^ name="leggendario"
- ^ name="leggendario"
- ^ name="league"
- ^ name="leggendario"
- ^ name="officialtitles"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="league"
- ^ name="league"
- ^ name="campionati"
- ^ name="mr"
- ^ name="league"
- ^ name="league"
- ^ name="league"
- ^ name="league"
- ^ name="Presidenti Genoa"
- ^ name="campionati"
- ^ name="rsssf"
- ^ name="Presidenti Genoa"
- ^ name="mr"
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan Genoa C.F.C. |