Gelintaran linear
Dalam bidang sains komputer, gelintaran linear atau carian linear merupakan kaedah untuk mencari elemen yang dikehendaki dalam suatu senarai. Elemen yang dikehendaki akan disemak secara berurutan atau berjujukan; satu persatu sehingga padanan/elemen yang dikehendaki itu ditemui. JIka elemen yang dikehendaki tiada dalam suatu linear, maka carian akan ditamatkan tanpa sebarang hasil padanan.[1][2] Istilah linear search atau sequential search digunakan dalam bahasa Inggeris untuk gelintaran linear.[3]
Gelintaran linear berlangsung ketika masa linear yang teruk dan paling banyak membuat perbandingan dengan n, yang di mana n merupakan panjang suatu senarai tersebut. Sekiranya elemen berkemungkinan sama untuk dicari, maka gelintaran linear mempunyai perbandingan kes purata n+12. Namun, kes purata mampu terjejas jika kebarangkalian carian untuk setiap elemen adalah berbeza-beza. Algoritma gelintaran linear jarang digunakan kerana algoritma gelintar yang lain seperti gelintaran perduaan dan jadual cincang membolehkan elemen yang dikehendaki dicari lebih pantas berbanding dengan gelintaran linear yang lambat, kecuali untuk senarai pendek.[4][5][6]
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Knuth 1998, §6.1 ("Sequential search").
- ^ Cay S. Horstmann (2009). Java Concepts: Compatible with Java 5, 6 and 7 (dalam bahasa Inggeris). Wiley. m/s. 540. ISBN 9780470509470. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ "linear search". Istilah Bahasa Melayu. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 10 April 2023 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
- ^ Knuth 1998, §6.2 ("Searching by Comparison Of Keys").
- ^ Kunal Banerjee. ICSE Simplified Java: With Bluej for Class X (dalam bahasa Inggeris). Educreation Publishing. m/s. 184. Dicapai pada 22 Jun 2023.
- ^ Liwu Li (2012). Java: Data Structures and Programming (dalam bahasa Inggeris). Springer Berlin Heidelberg. m/s. 252. Dicapai pada 22 Jun 2023.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Knuth, Donald (1998). Sorting and Searching. The Art of Computer Programming (dalam bahasa Inggeris). 3 (ed. 2nd). Reading, MA: Addison-Wesley Professional.