Joseph Louis Gay-Lussac
Penampilan
(Dilencongkan daripada Gay-Lussac)
Joseph Louis Gay-Lussac | |
---|---|
Kelahiran | Not recognized as a date. Years must have 4 digits (use leading zeros for years < 1000). |
Meninggal dunia | 9 Mei 1850 | (umur 71)
Warganegara | Perancis |
Pusat pendidikan | École polytechnique |
Terkenal kerana | Hukum Gay-Lussac Darjah Gay-Lussac |
Kerjaya saintifik | |
Bidang | Kimia |
Tandatangan | |
Joseph Louis Gay-Lussac (6 Disember 1778 – 9 Mei 1850) ialah seorang ahli kimia dan fizik Perancis. Beliau terkenal kerana mendapati bahawa air terdiri daripada dua bahagian hidrogen dan satu bahagian oksigen bersama-sama Alexander von Humboldt. Selain itu, beliau menerbitkan dua hukum berkaitan gas serta mengkaji tentang campuran air dan alkohol yang menjadi asas kepada darjah Gay-Lussac.
Pencapaian
[sunting | sunting sumber]Pada 1802, beliau menerbitkan hukum pertamanya, Hukum Gay-Lussac atau hukum tekanan yang menyatakan bahawa tekanan gas, p akan meningkat sekiranya suhu mutlak gas, T bertambah, dengan isi padu serta jisim adalah malar. Hukum ini ditulis dengan persamaan p = kT, dengan k ialah pemalar gas.[1]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Joseph Louis Gay-Lussac". Science History Institute (dalam bahasa Inggeris). Jun 2016. Dicapai pada 21 Mac 2018.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Kategori berkenaan Joseph Louis Gay-Lussac di Wikimedia Commons