Pergi ke kandungan

Gasing tanjung

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gasing tanjung.

Gasing tanjung atau juga dikenali sebagai gasing labu lemak merupakan gasing yang sering di mainkan di Muar, Johor.[1] Ia dimainkan dengan setiap pemain bergilir-gilir menjadi pengacau dan pemangkah. Di negeri Selangor, gasing ini dinamakan "gasing labu lemak".

Gasing tanjung biasanya diperbuat daripada kayu keranji, kempas, cengal dan merbau.[2] Biasanya gasing tanjung berbentuk buah berembang, dengan berat sekitar 0.6 kg. Ia mempunyai lilitan sekitar 40 cm dengan ketinggian sekitar 10 cm.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]