Gasing pinang
Gasing pinang biasanya dihasilkan dengan menggunakan buah pinang yang masih muda dan agak lembut. Untuk menghasilkannya, buah pinang muda akan dipilih dan kulit dan sabutnya dikupas untuk mendapatkan biji benihnya. Biji benihnya, atau pulur kemudiannya akan di ambil dan batang kayu bulat atau lidi buluh akan dijadikan paksi dengan dipasah di bahagian tengahnya menembusi biji benih pinang tersebut sebagai paksi serta pemegang gasing itu.
Selepas itu, batang kayu bahagian bawah itu akan ditajamkan seperti pensil yang digunakan untuk gasing buku benang.
Gasing pinang ini boleh dilagakan atau diurikan. Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut