Gasing leper
Penampilan
Gasing leper merupakan sejenis gasing yang juga salah satu alat permainan tradisional. Jenis ini hanya terdapat di Kelantan dan dimainkan oleh segelintir pemain tradisional. Gasing ini berbentuk rendah dan juga leper. Beratnya yang lebih kurang 8 kg mempunyai lilitan 48 cm dan ketinggian 6 cm.
Gasing ini berat dan mempunyai simpaian logam, biasanya timah disekelilingnya, itulah sebabnya ia mampu berpusing ligat dan lama. Simpaian gasing ini meliputi 60% berat asal gasing ini. Sehingga kini ia masih dimainkan dan banyak terdapat dalam pasaran, tetapi harganya terlalu mahal. Ia biasanya dimainkan dalam 2 cara iaitu pangkah dan lama berputar.