Gamma (kumpulan muzik)
Rencana ini mungkin perlu diwikikan untuk memenuhi mutu piawaian Wikipedia. |
Gamma | |
---|---|
Latar belakang | |
Juga dikenali sebagai | Gabungan Anak Muda Malaysia, Black Jacket, Otak Kuning, Road Block, Seriwarna |
Berasal dari | Batu Arang, Selangor, Malaysia |
Genre | Glam rock, hard rock, slow rock, balada |
Pekerjaan | Kugiran |
Tahun aktif | 1980-kini |
Syarikat rakaman | Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI) |
Pengkarya berkait | Berkumpulan |
Ahli | Blank - Vokal Zapi - Gitar Utama Lan - Gitar Kedua Madin - Bass Mokhtar - Dram |
Bekas ahli | Nizar - Gitar Kedua Oon - Bass Zul Jepp Ali |
Gamma adalah sebuah kumpulan rock Malaysia. Kumpulan ini mula menempa nama dalam industri muzik tempatan menerusi lagu hit mereka, Kembang Terhalang dari album Suara Pasrah pada tahun 1989.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Kumpulan Gamma telah ditubuhkan oleh bekas pekerja Tenaga Kimia Sdn Bhd pada tahun 1980 di Batu Arang, Selangor dengan menggunakan pelbagai nama, antaranya Black Jacket, Road Block, Otak Kuning dan Seriwarna. Kumpulan ini pada asalnya dianggotai oleh 7 orang adik-beradik dan dua daripadanya ialah Rosli bin Mohd Sharif (Blank - vokal) dan Mokhtar bin Mohd Sharif (Mokhtar - dram).
Pada tahun 1989, kumpulan ini telah diberi tawaran oleh Perdana Muzikal Industri Sdn. Bhd. (PMI) untuk merakamkan album pertama mereka. Pada ketika inilah nama kumpulan ini bertukar kepada Gamma yang merupakan singkatan kepada "Gabungan Anak Muda Malaysia", sekaligus menyaksikan perubahan anggota dengan hanya Blank dan Mokhtar yang masih kekal. Tiga anggota baharu yang dibawa masuk ialah Mohd Zapi Shaari (Zapi - gitar utama), Mazilan Hassim (Lan - gitar kedua, dari kumpulan Urgent) dan Hashimaldin Bazin (Madin - bass). Mereka kemudiannya merakamkan album pertama yang berjudul Suara Pasrah yang siap sepenuhnya pada tahun 1989.
Album pertama Gamma ternyata mendapat sambutan yang begitu hangat dalam kalangan peminat muzik rock tanah air dengan lagu hit yang berjudul Kembang Terhalang ciptaan Sani Sudin (dari kumpulan Kopratasa) dan lirik oleh Azida NS. Lagu ini juga turut membawa Gamma ke peringkat Akhir Juara Lagu pada tahun 1990 di mana mereka bersaing dengan artis-artis terhebat tanah air.
Pada tahun 1991, Gamma telah menghasilkan album kedua yang diberi judul Lembayung di bawah label PMI dan masih mengekalkan anggota yang asal. Album ini hit dengan lagu Bahang Asmara.
Mereka kemudiannya menghasilkan album ketiga yang berjudul Nyanyi Dulu Lah pada tahun 1994 dan diterbitkan oleh PMI. Dalam album ini, dua anggota asal mereka, Lan dan Madin telah menarik diri dan digantikan dengan dua anggota baharu iaitu Nizar (gitar kedua) dan Oon (bass). Album ini memuatkan lagu hit Pesona.
Dalam album keempat yang berjudul Garam Dan Laut pada tahun 1996, keanggotaannya sekali lagi berubah apabila kesemua pemuziknya menarik diri dengan meninggalkan Blank sebagai vokalis dan satu-satunya anggota yang tinggal. Untuk menjayakan penghasilan album tersebut, Blank telah membawa masuk tiga pemuzik baharu iaitu Zul, Jepp dan Ali. Selepas album tersebut dikeluarkan, kesemua anggotanya telah mengambil keputusan untuk membawa haluan masing-masing.
Ahli-ahli
[sunting | sunting sumber]Album Suara Pasrah (1989) dan Lembayung (1991) :
- Rosli bin Mohd Sharif (Blank) - Vokal
- Mohd Zapi bin Shaari (Zapi) - Gitar Utama
- Mazilan bin Hassim (Lan/Ambong) - Gitar Kedua
- Hashimaldin bin Bazin (Madin) - Bass
- Mokhtar bin Mohd Sharif (Mokhtar/Adik) - Dram
Album Nyanyi Dulu Lah (1994) :
- Blank - Vokal
- Zapi - Gitar Utama
- Nizar - Gitar Kedua
- Oon - Bass
- Mokhtar - Dram
Album Garam Dan Laut (1996) :
- Blank - Vokal
- Zul
- Jepp
- Ali
Diskografi
[sunting | sunting sumber]Album-album
[sunting | sunting sumber]- Suara Pasrah (1989)
- Lembayung (1991)
- Nyanyi Dulu Lah (1994)
- Garam Dan Laut (1996)
Lagu-lagu
[sunting | sunting sumber]- "Kembang Terhalang"
- "Bahang Asmara"
- "Penyair Cinta"