Pergi ke kandungan

Gambus

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
qanbūs di Muzium Sejarah Seni Vienna.

Gambus (Jawi: ݢمبوس‎ serapan Arab: قَنبُوس, rumi: qanbūs) ialah sejenis lut (kecapi) berleher pendek yang berasal dari Yaman dan tersebar ke seluruh semenanjung Arab. Ia berbentuk seperti buah pear yang dibelah dua dan ia merupakan sejenis alat muzik bertali tradisional di Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Sachs berpendapat nama gambus datang dari komuz Turki tetapi ia lebih mirip oud.[1] Kepopularannya merudum pada awal abad ke-20 semasa pemerintahan Imam Yahya, imam mazhab Zaidi dan seorang pemerintah Yaman. Bermula abad ke-21, gambus diganti oud sebagai alat pilihan pemain lut Timur Tengah.

Gambus popular di negara-negara Asia Tenggara seperti Indonesia, Brunei, Malaysia, dan Singapura. Gambus mencetuskan genrenya tersendiri dan dimainkan dalam tarian Zapin, sebuah tarian tradisional di negara-negara Asia Tenggara yang mempunyai majoriti masyarakat Muslim. Ia dikenali sebagai gabusi di kepulauan Comoros dan gabbus di Zanzibar

Kepala ditukang dari kayu pokok leban dan seraya. Telinga-telinganya adakala dibuat dari kayu jati atau cengal. Leher 21 x 2 cm menggunakan kayu leban tetapi model lebih mahal lebih ditukang dengan kayu abnus, jati atau pinang, leher ini digamkan pada badannya.[2]

Terdapat 12 tali yang lazim dipasangkan sepanjang badannya. Dawai besi tidak digunakan sebagai tali petik kerana dikhuatiri merosakkan badan kayunya, sebaliknya tali tangsi/joran atau nilon.[3] Tidak digalakkan memetik tali gambus dengan kuku tangan tetapi dengan pemanting, pemanting lazim ditukang dari tanduk kerbau, tetapi kini ada pilihan mudah menggunakan sisa plastik dari sarung kaset.[3][4] Tidak seperti gitar, gambus tiada mempunyai tulang penentu ruang nada pada alat tali (fret).

Gambus terdapat dalam pelbagai jenis iaitu dari gambus tiga tali sehingga gambus yang mempunyai 12 tali.

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ The gambus (lutes) of the Malay world: its origins and significance in zapin Music, Larry Hilarian, Nanyang Technological University, Singapore, 06 Jul 2004
  2. ^ Hilarian (2005), m/s. 70.
  3. ^ a b Abd Aziz Abdul Rashid (2010). "Proses Pembuatan Gambus Masyarakat Melayu Brunei Sabah". Kekal Abadi. 28 (1): 7.
  4. ^ Hilarian, m/s. 72.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]