Pergi ke kandungan

Galeri Sultan Azlan Shah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Istana Hulu yang dijadikan sebagai Galeri Sultan Azlan Shah di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak

Galeri Sultan Azlan Shah terletak di bandar DiRaja Kuala Kangsar dahulunya dikenali sebagai Istana Hulu. Ia mempamerkan gabungan senibina Asia dan Eropah. Galeri itu memberi tumpuan kepada sejarah dan pencapaian Sultan Perak, Sultan Azlan Shah. Ia turut memberikan maklumat mengenai sejarah dan susur paur Kesultanan Perak dan gambar dan kenderaan, termasuk hadiah-hadiah yang diberikan kepada Sultan dan Sultanah oleh ketua negara dari seluruh dunia.

Galeri Sultan Azlan Shah terletak di Bukit Chandan sekitar 1.5 kilometer dari bandar Kuala Kangsar dan hanya 500 meter dari Istana Kenangan.

Laman Sesawang

[sunting | sunting sumber]

Galeri Sultan Azlan Shah Diarkibkan 2020-01-25 di Wayback Machine