Galeri Ilmu
Penampilan
Diasaskan pada | 20 Januari 1997 |
---|---|
Negara asal | Malaysia |
Lokasi ibu pejabat | Petaling Jaya, Selangor |
Topik bukan fiksyen | Majalah Buku |
Laman web rasmi | www.galeriilmu.com.my |
Galeri Ilmu Sdn. Bhd. ialah sebuah syarikat penerbitan bahan bercetak Malaysia yang ditubuhkan pada 20 Januari 1997. Galeri Ilmu mempunyai matlamat bagi menambah khazanah pendidikan dengan bahan-bahan bacaan berkualiti yang menarik, selain mendidik khususnya dengan memperkukuhkan institusi kekeluargaan demi keutuhan Negara dan ummah.[1]
Syarikat ini turut terbabit dengan penerbitan majalah berkala seperti:- Penerbitan Majalah Berkala
- Majalah Anis : Majalah Khusus untuk wanita kontemporari yang padat dengan ilmu dan kefahaman agama, tips panduan, kemahiran keibubapaan dan contoh pengalaman dalam membina rumahtangga Impian dan keluarga bahagia.
- Majalah Asuh : Majalah khusus untuk kanak-kanak yang kaya dengan ilmu pengetahuan agama, kisah dan tauladan, komik dan asah minda sebagai bahan asuhan dan bimbingan menjadi anak-anak soleh yang berbakti kepada ibu bapa.
- Majalah Q & A : Majalah khusus untuk orang dewasa yang mencari pengisian ilmu dan didikan Islam dalam membaiki diri dan keluarga untuk membentuk sendi-sendi masyarakat Islam Khaira Ummah.
Selain itu Galeri Ilmu Sdn Bhd turut menerbitkan buku-buku bacaan dalam pelbagai bidang seperti:-
- Siri Motivasi
- Siri Pengetahuan Islam
- Siri Novel Tarbiah
- Siri Panduan
- Siri Fardhu Ain
- Siri Komik
- Siri Kanak-kanak
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Galeri Ilmu: Mengenai kami Buletin Galeri. Dicapai pada 21 April 2017.