Gabungan gas dan gas
Gabungan pendorongan marin |
---|
Gabungan Turbin Gas dan Turbin Gas (COGAG) adalah sejenis sistem pendorongan kapal yang menggunakan dua buah turbin gas yang disambungkan kepada sebuah aci bebaling tunggal. Sebuah kotak giar dan klutch yang membenarkan salah satu turbin untuk memacu aci atau kedua-dua turbin digabungkan bersama.
Mengunakan sebuah atau kedua-dua buah turbin gas ini mempunyai kelebihan dari segi tetapan kuasa yang berbeza. Oleh kerana kecekapan bahan api bagi sesebuah turbin gas mencapai tahap terbaik apabila ia menghampiri tahap kuasa maksimum, sebuah turbin gas yang beroperasi pada tahap kuasa penuhnya adalah dua kali lebih cekap berbanding sebuah turbin gas yang beroperasi pada tahap separuh kuasa, membolehkan agihan ekonomi pada kelajuan krus.
Berbanding dengan sistem-sistem gabungan diesel dan gas (CODAG) atau gabungan diesel atau gas (CODOG), sistem COGAG memerlukan luas lantai yang lebih kecil tetapi kecekapan bahan api yang lebih rendah pada kelajuan krus; manakala bagi sistem CODAG ia mempunyai kecekapan lebih rendah pada kelajuan tinggi.
Senarai kapal-kapal yang menggunakan sistem COGAG
[sunting | sunting sumber]- Pembinasa kelas-Kolkata pembinasa peluru berpandu (Tentera Laut India)
- INS Vikrant (kapal pengangkut pesawat) (Tentera Laut India)
- Frigat Type 22 (Batch 3) (Tentera Laut Diraja)
- Kapal pengangkut pesawat kelas-Invincible (Tentera Laut Diraja)
- Kapal pengangkut pesawat kelas-Cavour (Tentera Laut Itali)
- Pembinasa kelas-Asagiri (Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun), dan kelas-kelas pembinasa selepasnya
- Pembinasa helikopter kelas-Hyūga (Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun), pembawa helikopter
- Pembinasa helikopter kelas-Izumo (Pasukan Pertahanan Diri Maritim Jepun), pembawa helikopter
- Pembinasa Type 055(Angkatan Laut Tentera Pembebasan Rakyat)
- Frigat kelas-Neustrashimyy (Tentera Laut Rusia)
- Pembinasa kelas-Sejong the Great (Tentera Laut Republik Korea)
- Korvet kelas-Skjold (Tentera Laut Diraja Norway)
- Pembinasa kelas Arleigh Burke (Tentera Laut Amerika Syarikat)
- Penjajap kelas Ticonderoga (Tentera Laut Amerika Syarikat)
- Kapal serangan amfibia kelas Wasp (Tentera Laut Amerika Syarikat)