Gabungan Sedaq
Gabungan Sedaq adalah gabungan ahli 30 wakil badan bukan kerajaan (NGO) Melayu di Pulau Pinang yang melahirkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran Ketua Menteri Pulau Pinang , Lim Guan Eng. Pada 5 Januari 2010, selepas sembahyang Jumaat, seramai 3000 orang Melsyu terutama peniaga Melayu berkumpul di hadapan Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar), bangunan di mana terletaknya pejabat Ketua Menteri.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali turut hadir dan memberi ucapan kepada seluruh penunjuk perasaan. Perkasa mendapat sokongan dan dokongan daripada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad. Dalam Buletin Utama TV3 jam 8.00 malam , tidak kelihatan pemimpin utama UMNO Pulau Pinang dalam tunjuk perasaan itu .
Lim Guan Eng enggan menemui mereka. Hanya pegawai khas dihantar . Penunjuk perasaan semakin panas dan membakar patung Lim Guan Eng.
Pusat bandar Georgetown sesak teruk kerana Komtar terletak di tengah-tengah pusaty bandar. 100 anggota polis termasuk dari Unit Simpanan Persekutuan (FRU) berkejar kesana dan berjaya meredakan keadaan. [1].
Semasa UMNO mendapat kelebihan undi di Pulau Pinang, tidak ada usaha untuk menjadikan pegawai Melayu menjadi ketua menteri. Penduduk Melayu di pulau semakin terpinggir dan berkurang secara sistematik.
10 tuntutan
[sunting | sunting sumber]Gabungan Sedaq menggariskan 10 tuntutan dalam memorandum itu :
- Menghentikan tindakan meroboh gerai peniaga Melayu.
Laporan polis terhadap DPMPP
[sunting | sunting sumber]Pada 6 Februari 2010, Kerajaan negeri Pulau Pinang membuat laporan polis terhadap Dewan Perniagaan Melayu Malaysia Pulau Pinang (DPMMPP) kerana menuduh kerajaan negeri mengamalkan diskriminasi dengan menganiaya peniaga-peniaga Melayu. ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo . Sebenarnya Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalulintas, Chow Kon Yeow telah mengemukakan statistik. [2] Pada 5 Februari 2010, 12 tengah hari Gabungan Sedaq berhimpun di tempat letak kereta bersebelahan Masjid Simpang Enam, Komtar disertai lebih 3,000 penyokong.
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Kecoh Ketika Gabungan Sedang Serah Memorandum", MStar Online, 5 Februari 2010.
- ^ ""Kerajaan negeri buat laporan polis terhadap DPMPP", MStar Online, 6 Febrari 2010". Diarkibkan daripada yang asal pada 2010-02-09. Dicapai pada 2010-02-06.