gNewSense
gNewSense | |
---|---|
Maklumat umum | |
Jenis sistem | GNU/Linux (mul) |
Keluarga sistem | Debian, Ubuntu |
Pembangun | Brian Brazil and Paul O'Malley |
Keadaan kerja | Sekarang |
Model sumber | Perisian bebas |
Keluaran awal | 2006 |
Keluaran terkini | 4.0 [1] / 6 Mei 2016 |
Ciri teknikal | |
Kaedah pengemaskinian | APT |
Pengurus pakej | dpkg |
Pelantar | |
Jenis inti | Monolitik (Linux) |
Antara muka pengguna lalai | GNOME |
Lesen | Lesen perisian bebas |
Pautan berkaitan | |
Tapak web | www.gnewsense.org |
Repositori | https://bzr.savannah.gnu.org/r/gnewsense/ |
sunting · sunting di Wikidata |
gNewSense ialah sebuah agihan GNU/Linux berdasarkan Ubuntu yang direka supaya hanya mengandungi perisian bebas untuk pengguna komputer meja dan komputer riba. Agihan Linux ini dilancarkan oleh Brian Brazil dan Paul O'Malley pada tahun 2005. Pada tahun 2006, gNewSense menerima bantuan daripada Yayasan Perisian Bebas[1], dan digunakan oleh presiden Yayasan Perisian Bebas sendiri, Richard Stallman[2].
gNewSense adalah berdasarkan Ubuntu, akan tetapi semua perisian hak milik dan blob perduaan telah dikeluarkan, menjadikannya terdiri daripada 100% perisian bebas. gNewSense disifatkan sebagai "sebuah agihan GNU/Linux yang bebas daripada semua blob bukan bebas yang terdapat dalam suatu agihan popular[3]".
Versi 1.1 dilepaskan pada Januari 22 2007, diikuti pula oleh versi 2.0 "deltah" (berdasarkan Ubuntu 8.04 "Hardy Heron") selepas lebih daripada setahun, iaitu pada 30 April 2008.
Aspek teknikal
[sunting | sunting sumber]Dengan lalai gNewSense menggunakan GNOME sebagai persekitaran atas meja rasmi bagi sistem pengendalian GNU, tetapi versi menggunakan desktop KDE yang ada, walaupun ia belum muncul untuk keluaran 2.0 "deltah".
gNewSense juga menciptakan alat dipanggil 'Builder' yang diggunakan oleh lain-lain untuk menciptakan pembezaan Ubuntu.
Serupa dengan Ubuntu, gNewSense mempunyai penggunaan baik tetapi memfokuskan kebebasan perisian. Pemasang Ubiquity[4] membenarkan pemasangan di atas cakera keras dari CD Langsung tanpa memulakan semula komputer sebelum pemasangan.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ gNewSense 1.0 released - Free Software Foundation
- ^ Computer Info - oleh Richard Stallman
- ^ gNewSense homepage
- ^ "Screenshots of Ubiquity's KDE frontend". Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-02-25. Dicapai pada 2006-05-03.