Pergi ke kandungan

GJ 1214 b

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
GJ 1214 b
Planet luar suria Senarai
[[Fail:|300px]]
Perbandingan saiz GJ 1214 b dengan Bumi (kiri) dan Neptun (kanan).
Bintang induk
Bintang GJ 1214
Buruj Ophiuchus
Jarak hamal (α) 17j 15m 18.94s
Keserongan (δ) +04° 57′ 49.7″
Magnitud ketara (mV) 14.67
Jarak40 ly
(13 pc)
Jenis spektrum M4.5
Unsur orbit
Paksi semimajor(a) 0.0143 ± 0.0019 AU
(2.14 Gm)
    1.1 mas
Kesipian (e) < 0.27
Tempoh orbit(P) 1.5803925 ± 0.0000117 h
    (37.92942 j)
Kelajuan orbit (?) 99 km/s
Kecondongan (i) 88.62+0.36
−0.28
°
Masa transit (Tt) 2,454,999.712703 ± 0.000126 JD
Ciri fizikal
Jisim(m)6.55 ± 0.98 M?
Jejari(r)2.678 ± 0.13 R?
Ketumpatan(ρ)1870 ± 400 kg m-3
Graviti permukaan(g)0.91 g
Suhu (T) 393–555 K
Maklumat penemuan
Tarikh penemuan 2009-12-16
Penemu David Charbonneau, et.al.
Kaedah pengesanan Transit (MEarth Project)
Status penemuan Diterbitkan[1]
Rujukan pangkalan data
Extrasolar Planets
Encyclopaedia
data
SIMBADdata

GJ 1214 b ialah sebuah super-Bumi di luar sistem suria yang mengorbit bintang GJ 1214 dalam buruj Ophiuchus, 13 parsek atau kira-kira 40 tahun cahaya dari Bumi, ditemui pada tahun 2009. Inilah eksoplanet kedua (selepas COROT-7b) yang ditemui dengan jisim yang tertentu dan sinarannya yang kurang berbanding gergasi-gergasi gas dalam Sistem Suria. Planet ini juga penting kerana dekat sekali dengan Bumi, di samping mengelilingi sebutir bintang induk yang kecil, maka bolehlah atmosferanya dikaji dengan teknologi terkini.[1]

Ciri-ciri

[sunting | sunting sumber]

GJ 1214 b mungkin lebih sejuk berbanding mana-mana planet transit yang lain. Suhu puratanya mungkin di antara 393–555 K (120–282 °C atau 248–540 °F), bergantung pada berapa banyak sinaran bintang yang dipantulkan balik ke angkasa.[1][2]

Walaupun belum lagi terbukti kewujudan air secara langsung, namun nilai-nilai jisim dan jejari yang diperoleh adalah konsisten dengan ciri-ciri sebuah planet lautan,[3] yang terdiri terutamanya daripada air (~75% jumlah jisim), mengitari sebuah teras yang berbatu (~25%), mungkin dilitupi oleh atmosfera hidrogen dan helium (~0.05%).[1][2] Disebabkan tekanan tinggi di paras kedalaman yang terjangka berair, mungkin terdapat sejumlah air yang amat besar dalam bentuk cecair dan ais VII.[2]

  1. ^ a b c d Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama disco-charbonneau
  2. ^ a b c Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama harvardpress
  3. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernama planetmodels