GISB Holdings
Jenis/bentuk sah | Syarikat |
---|---|
Pendahulu | Rufaqa |
Ditubuhkan | 2008 |
Ibu pejabat | Malaysia |
Tapak web | gisbh |
sunting · sunting di Wikidata |
GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH atau sekadar GISB) ialah sebuah konglomerat dan pertubuhan Islam di Malaysia yang ditubuhkan sebagai penerus kepada pertubuhan Islam, Al-Arqam yang diharamkan pada 90-an oleh kerana fahamannya yang menyimpang atau sesat daripada ajaran Islam.[1][2] Ditubuhkan pada 2008 selepas pembongkaran pendahulunya, Rufaqa, GISB berkembang pesat dalam pelbagai bidang perniagaan sebagai peneraju amalan-amalan Islam di Malaysia dan luar negara berdasarkan fahaman Al-Arqam. Namun begitu, pada tahun 2024, GISB dibongkarkan dengan pelbagai perlanggaran hak asasi manusia dan fahaman Islam, termasuk perlanggaran hak pekerja dan penderaan kanak-kanak, membawa kepada satu operasi pembongkaran.
Sejarah
[sunting | sunting sumber]Selepas pengharaman gerakan Al-Arqam pada 1994 serta penahanan ketua-ketuanya termasuk ketua utamanya Asaari Muhammad atau Abuya, saki-baki gerakan tersebut menubuhkan Rufaqa pada akhir 1997 untuk meneruskan ideologi Al-Arqam. Walau bagaimanapun, Rufaqa diserbu dan disiasat pada 2006.[3] Selepas pembongkaran Rufaqa, penurut fahaman Al-Arqam menubuhkan satu lagi pertubuhan pada 2008, yakni Ikhwan, sebelum dijenamakan semula sebagai GISB.[4][5] Pada asalnya, pengerusi eksekutif GISB ialah balu Asaari, Hatijah Aam hingga dirinya meninggal dunia pada 2015, lalu digantikan oleh Datuk Rasidi Abdullah.[6] Sementara itu, Nasiruddin Mohd Ali pula berperanan sebagai ketua pegawai eksekutif, setakat 2020-an.
2024: Pembongkaran dan siasatan
[sunting | sunting sumber]Pada pertengahan 2024, sebuah gerakan dilaksanakan untuk membongkar kontroversi-kontroversi dan ideologi pegangan GISB yang dilihat meneruskan legasi Al-Arqam, diterajui oleh agamawan seperti Mufti Perlis, Mohd Asri Zainul Abidin. Gerakan juga giat dibuat secara dalam talian seperti laman Pusat Kajian Ajaran Sesat (PUKAS) yang mengumpulkan bukti-bukti kontroversi GISB, termasuk amalan-amalan melanggari ajaran Islam, di samping pelbagai perlanggaran hak-hak manusia seperti pemerasan buruh dan buruh kanak-kanak.[7] Hal ini membawa kepada serbuan awal oleh polis negara di rumah jagaan kanak-kanak milik GISB, membawa kepada pembongkaran eksploitasi kanak-kanak, termasuk dera seksual kanak-kanak.[8] Penemuan ini kemudiannya berkembang kepada siasatan menyeluruh terhadap GISB dalam satu operasi bernama "Ops Global".
Organisasi
[sunting | sunting sumber]Ditubuhkan sebagai gerakan Islam yang menyeluruh, kegiatan GISB merangkumi pelbagai aspek perniagaan, termasuk pertanian, jual beli, perkhidmatan harian, media dan perubatan, dengan jumlah aset setakat 2024 ialah kira-kira RM325 juta.[9][5] GISB juga memiliki pertubuhan di luar negara, dengan perniagaan utamanya termasuk barisan restoran halal Nur Malaysia atau Nur Muhammad di kota-kota utama antarabangsa seperti Istanbul dan Paris, dan resort pelancongan Wadi Berkat di Hudaibiyah, Arab Saudi.[5]
Gerakan bukan untung
[sunting | sunting sumber]Di samping itu, GISB memiliki pertubuhan belia bukan untung, Remaja Pembela Ummah (RPU), yang dipromosikan sebagai medium mempraktikkan amalan-amalan Islam dalam bermasyarakat.[10] Di samping itu, GISB menubuhkan rangkaian "rumah amal" di seluruh Malaysia yang menempatkan golongan rentan seperti anak yatim, ibu tunggal dan asnaf.[11]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Multi-million ringgit company denies exploiting children". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 19 September 2024.
- ^ BERNAMA (2024-09-23). "Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN". BERNAMA. Dicapai pada 2024-09-24.
- ^ Raja Petra (2006-11-27). "Empat 'syeikh' akan didakwa cuba hidupkan Arqam". Malaysia Today. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-10-13.
- ^ "Ideologi tetap sama!". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). 2024-09-21. Dicapai pada 2024-09-24.
- ^ a b c Abas, Asuki (2024-08-19). "Global Ikhwan Group: Banking on faith". The Malaysian Reserve. Dicapai pada 2024-09-24.
- ^ "Bonda Pesan Dekatkan Diri Dengan Allah SWT - Anak Ummu Jah - Semasa". MStar. 2015-10-23. Dicapai pada 2024-09-24.
- ^ BERNAMA (2024-09-22). "Op Global: Kronologi kes GISBH setakat hari ini". Harian Metro (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-09-24.
- ^ "Police raids on homes shock residents". TheStar (dalam bahasa Inggeris). 12 September 2024. Dicapai pada 19 September 2024.
- ^ "Often Linked To The Arqam Group, Here's The History Of GISBH's Establishment". The Rakyat Post (dalam bahasa Inggeris). 12 September 2024. Dicapai pada 19 September 2024.
- ^ BERNAMA (2024-09-20). "Polis Tahan Tujuh Remaja Pembela Ummah GISBH". BERNAMA. Dicapai pada 2024-09-24.
- ^ Che Ahmad, Mohd. Shah (2013-05-31). "Pendapatan mewah GISB". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2015-05-31.
Bibliografi
[sunting | sunting sumber]- Abdul Hamid, Ahmad Fauzi (2015). "Spirituality as an integral part of Islamic business: The case of Global Ikhwan". Pacific Affairs (dalam bahasa Inggeris). 88 (2): 173–192.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: GISB Holdings. |
- gisbh
.com — laman rasmi