Göbekli Tepe
| |
Lokasi | Provinsi Şanlıurfa, Turki |
---|---|
Wilayah | Anatolia Tenggara |
Koordinat | 37°13′23″N 38°55′21″E / 37.22306°N 38.92250°EKoordinat: 37°13′23″N 38°55′21″E / 37.22306°N 38.92250°E |
Sejarah | |
Diasaskan | s. 9500 SM[1] |
Ditinggalkan | s. 8000 SM[1] |
Zaman | |
Perincian tapak | |
Ditemui | 1963 |
Tarikh penggalian | 1995–kini |
Ahli arkeologi | |
Keadaan | Terpelihara dengan baik |
Nama rasmi | Göbekli Tepe |
Jenis | Budaya |
Kriteria | (i), (ii), (iv) |
Ditetapkan | 2018 (sesi ke-42) |
No. rujukan | 1572 |
Negara pihak | Turki |
Wilayah | Asia Barat |
Göbekli Tepe (Turki: [gœbecˈli teˈpe],[2] juga Girê Mirazan dan Xirabreşkê dalam bahasa-bahasa Kurdi[3]) ialah suatu tempat ibadah yang terletak 15 km di timur laut kota Şanlıurfa (Urfa) di tenggara Turki. Tempat ini berada dalam penelitian pakar arkeologi Jerman, Klaus Schimdt dan kemudiannya oleh pihak Turki. Kuil ini dianggap sebagai kuil tertua yang ditemui di dunia dan memiliki tiang sebanyak 200 batang yang disusun dalam 20 buah bulatan. Setiap tiang mempunyai ketinggian 6 meter dengan berat kira kira 20 tan.
Tapak ini pertama kali dicatat dalam penulisan ilmiah pada 1963, dan Schmidt mula menjalankan penggalian pada 1995 hingga beliau meninggal dunia pada 2014. Selepas itu, projek arkeologinya disambung oleh pihak Universiti Istanbul, Muzium Şanlıurfa dan Institut Arkeologi Jerman di bawah seliaan pakar prasejarah tempatan Necmi Karul. Tapak ini diperakui sebagai Tapak Warisan Dunia UNESCO pada 2018 beserta pengiktirafan terhadap tapak sebagai "salah satu ciptaan-ciptaan terawal seni bina monumen manusia".[4] Setakat 2021[kemas kini], kurang 5% tapak telah digali.[5]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b Clare 2020.
- ^ "Göbekli Tepe". Forvo Pronunciation Dictionary.
- ^ Kosen, Hesen (24 Julai 2019). "Girê Mirozan Rihayê dike navenda geshtyariyê". Kurdistan 24 (dalam bahasa Kurdish). Dicapai pada 25 November 2020.
- ^ "Göbekli Tepe". UNESCO World Heritage Centre (dalam bahasa Inggeris).
- ^ Strebe, Matthew. "Göbekli Tepe, Turkey". Global Heritage Fund (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 11 Ogos 2021.
Jurnal
[sunting | sunting sumber]- Clare, Lee (2020). "Göbekli Tepe, Turkey. A brief summary of research at a new World Heritage Site (2015–2019)". E-Forschungsberichte (dalam bahasa Inggeris). Deutsches Archäologisches Institut. 2020 (2): 81–88. doi:10.34780/efb.v0i2.1012.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Media berkenaan Göbekli Tepe di Wikimedia Commons