Pergi ke kandungan

Fruktooligosakarida

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Fruktooligosakarida (FOS), juga dikenali sebagai oligofruktosa atau oligofruktan, ialah fruktan oligosakarida, yang digunakan sebagai pemanis alternatif kepada gula. FOS mempunyai tahap kemanisan sebanyak 30 - 50 peratus berbanding gula dalam sirap komersial.[sumber tidak boleh dipercayai?][1] Ia wujud dalam beberapa tumbuh-tumbuhan dan mula digunakan secara komersial pada zaman 1980 apabila permintaan untuk makanan sihat dan rendah kalori mula meningkat.

Ada dua kelas campuran fruktooligosakarida (FOS) yang dihasilkan secara komersial: menggunakan kaedah penguraian inulin atau pengalihan fruktosil (transfructosylation).

FOS boleh dihasilkan dengan menguraikan inulin, atau polifruktosa, sejenis polimer daripada baki D-fruktosa berikatan β(2→1) dengan D-glukosa berikatkan terminal α(1→2). Darjah pempolimeran inulin mempunyai julat 10 - 60. Inulin boleh diuraikan dengan enzim ataupun kimia dengan campuran oligosakarida berstruktur umum Glu–Frun (dipendekkan kepada GFn) dan Frum (Fm), di mana n dan m berjulat 1 hingga 7. Proses ini juga terjadi di alam semula jadi, dan oligosakarida ini boleh ditemui dalam berbagai tumbuhan, terutamanya Helianthus tuberosus, cikori dan pokok harum biru (Agave tequilana). Komponen utamanya dalam produk komersial ialah kestosa (GF2), nistosa (GF3), fruktosilnistosa (GF4), bifurkosa (GF3), inulobiosa (F2), inulotriosa (F3) dan inulotetraosa (F4).

Kelas kedua FOS dihasilkan dengan cara prepared by the pengalihan fruktosil (transfructosylation) terhadap β-fruktosidase Aspergillus niger atau Aspergillus[2] pada sukrosa. Campuran akhir mempunyai formula GFn, di mana n mempunyai julat 1 hingga 5. Tidak seperti FOS hasilan inulin, bukan sahaja ikatan β(1→2) yang ada tetapi ikatan lain juga terhasil, akan tetapi, dalam bilangan yang sedikit.[3]

Oleh sebab tatarajah ikatan glikosidiknya, fruktooligosakarida melawan proses hidrolisis enzim air liur dan pencernaan usus. Dalam usus besar ia akan lalui proses penapaian oleh bakteria anaerob. Dalam erti kata lain, fruktooligosakarida mempunyai nilai kalori yang rendah, sementara itu juga menyumbang kepada serat diet yang diperlukan dalam pemakanan. Fruktooligosakarida lebih mudah larut berbanding inulin dan, makanya, kadangkala digunakan sebagai bahan tambah dalam yogurt dan hasil tenusu lain. Fruktooligosakarida biasa dicampurkan dengan pemanis tiruan keamatan tinggi lain, menyebabkan profil kemanisan dan rasa kesannya bertambah elok.

Sumber daripada makanan

[sunting | sunting sumber]

FOS dipatikan daripada pokok harum biru dan juga buah-buahan dan sayur-sayuran seperti pisang, bawang, akar cikori, bawang putih, akar parsi, sengkuang, dan bawang perai. Sesetengah bijirin, seperti gandum dan barli, juga mengandungi FOS.[4] Articok Jerusalem dan yakon bersama pokok harum biru didapati mengandungi kandungan FOS yang tertinggi di kalangan tumbuhan tanaman.[5]

Manfaat kesihatan

[sunting | sunting sumber]

FOS sudah lama menjadi pemanis yang popular di Jepun dan Korea,[6] malah sebelum 1990-an, sejak kerajaan Jepun melantik "Jawatankuasa Kajian Makanan yang Berfungsi" dengan 22 ahli pakar untuk mula mengawal "makanan nutrien khas atau makanan berfungsi" yang mengandungi kategori makanan diperkuat (cth., tepung gandum diperkuatkan vitamin),[7] dan kini semakin popular di berbagai rantau atas kesan prebiotiknya (sukar dihadam namun menggalakkan pertumbuhan mikroorganisma usus baik). FOS bertindak sebagai substrat mikroflora dalam usus besar, yang meningkatkan kesihatan saluran pencernaan. Ia juga dicadangkan sebagai bahan penokok untuk merawat jangkitan seriawan (jangkitan yis).[8]

Beberapa kajian menunjukkan bahawa FOS dan inulin menggalakkan penyerapan kalsium dalam tali perut manusia dan haiwan.[9][10] Mikroflora usus dalam tali perut bawah dapat menapai FOS, menyebabkan takat pH yang rendah. Kalsium lebih mudah larut dalam asid, dan, oleh itu, lebih banyak kalsium dapat bebas daripada makanan dan dapat diserap ke dalam saluran darah.

FOS boleh dikira sebagai serat diet kecil dengan (seperti semua jenis serat) nilai kalori yang rendah. Penapaian FOS mencetuskan penghasilan gas dan asid. Asid ini dapat bekalkan sedikit tenaga kepada badan.

Kesan sampingan

[sunting | sunting sumber]

Semua prebiotik jenis inulin, termasuklah FOS, disangka dapat merangsang pertumbuhan spesies Bifidobacteria. Bifidobakteria adalah sejenis bakteria. Kesan ini tidak ditemui dalam semua kajian, sama ada bagi bifidobakteria atau organisma usus lain.[11][sumber tidak boleh dipercayai?] FOS juga ditapai oleh pelbagai spesies bakteria dalam usus, termasuklah Klebsiella, E. coli[12] dan Clostridium yang boleh bertindak seperti patogen dalam usus. Spesies-spesies ini bertanggungjawab ke atas pembentukan gas (hidrogen dan karbon dioksida) yang terhasil selepas pengingesan FOS. Kajian menunjukkan bahawa jumlah 20 gram/hari dapat ditangani oleh badan dengan baik.[13]

Pengawalseliaan

[sunting | sunting sumber]

Pengawalan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)

[sunting | sunting sumber]

1.25 g setiap hidangan ialah paras minimum bagi produk selain rumusan bayi. Dalam bentuk sedia untuk diminum pula, 0.4 g bagi setiap 100 ml dan FOS tidak boleh melebihi 0.6 g bagi setiap 100 ml.[14]

Pengawalan Pentadbiran Makanan dan Dadah (FDA) Amerika Syarikat

[sunting | sunting sumber]

FOS dikelaskan umumnya diiktiraf sebagai selamat (GRAS).[15]

Pengawalan Piawaian Makanan Australia New Zealand (FSANZ) New Zealand

[sunting | sunting sumber]

Kuasa Keselamatan Makanan mengamarankan ibu bapa bayi bahawa formula susu bayi utama dari Eropah yang diperbuat di New Zealand tidak mengikut pengawalseliaan tempatan (kerana ia mengandungi fruktooligosakarida (FOS)), dan menegaskan mereka untuk berhenti menggunakannya.[16]

Pengawalan Kesatuan Eropah

[sunting | sunting sumber]

Penggunaan FOS telah pun disahkan di Kesatuan Eropah; penambahan FOS dengan jumlah terhad dalam formula susu bayi adalah dibenarkan (untuk bayi sehingga umur 6 bulan) dan formula susulan (untuk bayi berumur 6 sehingga 12 bulan). Produk formula bayi dan susulan mengandungi FOS telah mula dijual di EU sejak 1999.[16]

Pengawalan Kanada

[sunting | sunting sumber]

FOS di masa kini tidak lagi dibenarkan untuk digunakan dalam formula susu bayi.[17]

Lihat juga

[sunting | sunting sumber]
  • Xilooligosakarida (XOS)
  1. ^ [sumber tidak boleh dipercayai?] Joseph O'Neill (1 Jun 2008). "Using inulin and oligofructose with high-intensity sweeteners (Penggunaan inulin dan oligofruktosa dengan pemanis keamatan tinggi)". Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Julai 2012. Dicapai pada 4 Mac 2020.
  2. ^ Lorenzoni, André S. G.; Aydos, Luiza F.; Klein, Manuela P.; Rodrigues, Rafael C.; Hertz, Plinho F. (2014). "Fructooligosaccharides synthesis by highly stable immobilized β-fructofuranosidase from Aspergillus aculeatus". Carbohydrate Polymers. 103: 193–197. doi:10.1016/j.carbpol.2013.12.038. PMID 24528719.
  3. ^ Hartemink, R. (1999). Prebiotic effects of non-digestible oligo-and polysaccharides. Wageningen: Universiti Wageningen. ISBN 90-5808-051-X. h.218
  4. ^ Campbell, J. M.; Bauer, L. L.; Fahey, G. C. Jr.; Hogarth, A. J. C. L.; Wolf, B. W.; Hunter, D. E. (1997). "Selected Fructooligosaccharide (1-Kestose, Nystose, and 1F-β-Fructofuranosylnystose) Composition of Foods and Feeds". Journal of Agricultural and Food Chemistry. 45 (8): 3076–3082. doi:10.1021/jf970087g. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  5. ^ Severian Dumitriu (2005). Polysaccharides: Structural Diversity And Functional Versatility. CRC Press. m/s. 855. ISBN 978-0-8247-5480-8. Dicapai pada 13 June 2012.
  6. ^ MEIOLIGO, a Fructooligosaccharide sweetener, was introduced by Meiji in 1984. "Annual Report 2007" (PDF) (Siaran akhbar). Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 27 November 2012.
  7. ^ O'Donnell, Claudia D. (1994). "Japan forges ahead to regulate functional foods". Prepared Foods. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-06-29.
  8. ^ V. Rousseau, J. P. Lepargneur, C. Roques, M. Remaud-Simeon, F. Paul; Lepargneur; Roques; Remaud-Simeon; Paul (2005). "Prebiotic effects of oligosaccharides on selected vaginal lactobacilli and pathogenic microorganisms". Anaerobe. 11 (3): 145–153. doi:10.1016/j.anaerobe.2004.12.002. PMID 16701545.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  9. ^ Zafar, T. A.; Weaver, C. M. (2004). "Nondigestible oligosaccharides increase calcium absorption and suppress bone resorption in ovariectomized rats". Journal of Nutrition. 134 (2): 399–402. doi:10.1093/jn/134.2.399. PMID 14747679. Diarkibkan daripada yang asal pada 2005-02-14. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  10. ^ van den Heuvel, E. (1999). "Oligofructose stimulates calcium absorption in adolescents". American Journal of Clinical Nutrition. 69 (3): 544–548. doi:10.1093/ajcn/69.3.544. PMID 10075343. Unknown parameter |displayauthors= ignored (bantuan)
  11. ^ Kelly, G. (December 2008). "Inulin-type prebiotics--a review: part 1". Altern Med Rev. 13 (4): 315–29. PMID 19152479.
  12. ^ R Hartemink , K M Van Laere , F M Rombouts; Van Laere; Rombouts (1997). "Growth of enterobacteria on fructo-oligosaccharides". J Appl Microbiol. 83 (3): 367–374. doi:10.1046/j.1365-2672.1997.00239.x. PMID 9351217.CS1 maint: multiple names: authors list (link)
  13. ^ Carabin, I. G.; Flamm, W. G. (1999). "Evaluation of safety of inulin and oligofructose as dietary fiber". Regulatory Toxicology and Pharmacology. 30 (3): 268–82. doi:10.1006/rtph.1999.1349. PMID 10620476.
  14. ^ Dr Tee E Siong et al. (2018) "Lampiran 9: Syarat bagi Kandungan Komponen Lain Makanan Untuk Akuan Fungsi", Panduan Pelabelan dan Akuan Pemakanan. Kementerian Kesihatan Malaysia: Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan.
  15. ^ GRAS Notice No. GRN 000044 Diarkibkan 2007-04-20 di Wayback Machine
  16. ^ a b Inulin, FOS and GOS assessed in Australia, NZ
  17. ^ "Baby formula additive's use in adult food queried". The Press. 8 Oktober 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-02-04. Dicapai pada 4 Mac 2020.CS1 maint: bot: original URL status unknown (link)