Friz Freleng
Friz Freleng | |
---|---|
Fail:Friz Freleng 4419. jpg | |
Kelahiran | Isadore Freleng 21 Ogos 1905 |
Meninggal dunia | Mei 26, 1995 Los Angeles, California, Amerika Syarikat | (umur 89)
Dikebumikan | Hillside Memorial Park Cemetery |
Pasangan | Lily Freleng |
Anak-anak | Hope Freleng Sybil Freleng |
Isadore "Friz" Freleng (21 Ogos 1905[1] – 26 Mei 1995) ialah seorang juruanimasi, kartunis, pengarah dan penerbit filem yang terkenal kerana mengusahakan siri kartun Looney Tunes dan Merrie Melodies dari Warner Bros. Beliau memperkenalkan dan membangunkan antara bintang-bintang animasi terkemuka yang lahir di studio Warner Bros, iaitu Bugs Bunny, Porky Pig, Tweety Bird, Sylvester si kucing, Yosemite Sam, Speedy Gonzales dan sebagainya. Selaku pengarah kanan di studio Termite Terrace yang didirikan oleh Warner Bros., Freleng mengarah lebih banyak kartun daripada mana-mana pengarah lain di studio (sejumlah 266 buah kartun), dan juga merupakan pengarah Warner yang paling terhormat dengan meraih empat Anugerah Akademi. Selepas Warner Bros. menutup studio animasi Termite Terrace pada tahun 1963, Freleng bersama rakan niaga David DePatie menubuhkan DePatie-Freleng Enterprises yang menghasilkan kartun (khususnya The Pink Panther Show) sehingga 1980-an. Nama timangan "Friz" berasal dari rambutnya yang keriting halus (frizzly) pada suatu ketika.[2]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ Pelbagai sumber memberikan tahun lahir yang berlainan; ada yang menyatakan 1905, yang lain menyatakan 1906. Tahun yang dipaparkan di sini adalah yang terpahat pada batu nisannya. Lihat Freleng Isadore "Friz" Freleng di findagrave.com.
- ^ Gifford, Dennis."Obituary:Friz Freleng." The (London) Independent. May 29, 1995.