Pergi ke kandungan

Frigat Rusia Laksamana Gorshkov

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Sejarah
Rusia
Nama: Admiral Flota Sovetskogo Soyuza Gorshkov
Bersempena dengan: Sergey Gorshkov
Pembina: Severnaya Verf (Limbungan Kapal Utara), Saint Petersburg
Dibaringkan: 2006
Dilancarkan: 29 Oktober 2010
Status: Menjalani ujian
Ciri-ciri umum
Kelas dan jenis: Frigat kelas Laksamana Gorshkov
Sesaran: 4,550 tan
Panjang: 135 m (442.9 ka)
Lunas: 16 m (52.5 ka)
Draft: 4.5 m (14.8 ka)
Jana kuasa:
Halaju: 20 knot (37 km/j; 23 mph)
Jarak: 4,000 batu nautika (7,400 km; 4,600 bt) pada 14 knot (26 km/j; 16 mph)
Anak kapal: 210
Sistem penderia dan
pemprosesan:
Radar pencari udara: 3-D Radar pencari udara
Persenjataan:
  • 1 × 130 mm Arsenal A-192M meriam laut
  • 2 × 8 UKSK VLS dipasang dengan peluru berpandu Oniks (SS-N-26) dan/atau Kalibr (SS-N-27)
  • 32 (4 × 8) Redut VLS menempatkan peluru berpandu 9M96, 9M96M, 9M96D/9M96DM(M2) dan/atau empat pelancar peluru berpandu jarak dekat 9M100
  • 2 × Palash CIWS
  • 2 × 4 324 mm tiub torpedo untuk torpedo Paket-NK anti-torpedo/anti-kapal selam
  • 2 × 14.5 mm MPTU tenggekan mesingan KPV
Pesawat yang dibawa: Pad helikopter untuk helikopter Ka-27 atau Ka-32

Admiral Flota Sovetskogo Soyuza Gorshkov (Rusia: Адмира́л фло́та Сове́тского Сою́за Горшко́в) adalah sebuah kapal frigat dalam Tentera Laut Rusia yang juga adalah kapal sulung dari frigat kelas Laksamana Gorshkov. Ia telah dibaringkan pada tahun 2006, dilancarkan pada bulan Oktober 2010, dan mula menjalani ujian pada bulan Mei 2012. Kapal ini dijangka mula memasuki perkhidmatan dengan Tentera Laut Rusia pada tahun 2013.[1] Bagaimanapun, ia dijangka akan ditauliahkan pada bulan November 2015 di sebabkan kelewatkan semasa pembinaan dan pemasangan akhir. Kapal ini berada di dermaga hampir setahun semasa hampir siap selepas mengalami kebakaran enjin yang memerlukan penukaran salah sebuah turbin gas dan juga kelewatan penghantaran meriam utamanya.[2] Kapal ini akan menjadi kapal perang terbesar dalam Tentera Laut Rusia selepas sedekad[perlu rujukan] dan dinamakan bersempena dengan Sergey Gorshkov.

  1. ^ http://rusnavy.com/news/navy/index.php?ELEMENT_ID=14758
  2. ^ "Frigate Admiral Gorshkov Will Join the Fleet in November 2015". Dicapai pada 20 January 2015.

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]