Freeway, Dreaming & Broke
Freeway, Dreaming & Broke | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh | ||||
Dilancarkan pada | 1 Oktober 2002[1] | |||
Dirakamkan pada | 1999–2002 | |||
Tempat | Malaysia | |||
Genre | Hard rock, rock progresif | |||
Panjang | 45:42 | |||
Bahasa | Inggeris | |||
Syarikat | I Seek Music, EMI | |||
Penerbit | Greg Henderson | |||
Kronologi Seven Collar T-Shirt | ||||
| ||||
Single daripada Freeway, Dreaming & Broke | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Freeway, Dreaming & Broke merupakan album studio sulung oleh kumpulan rock Malaysia, Seven Collar T-Shirt. Ia dikeluarkan pada 1 Oktober 2002 oleh I Seek Music Sdn. Bhd. dan diedarkan oleh EMI Music Malaysia. Album ini mengandungi 10 lagu termasuk sebuah lagu instrumental dan merupakan album pertama dan terakhir kumpulan ini bersama I Seek Music sebelum menandatangani kontrak bersama Laguna Records (kini Laguna Music) pada 2004.
Latar belakang
[sunting | sunting sumber]Selepas muncul dengan EP Smiling Simulator dan lagu "Thank Quake" yang dimuatkan dalam album kompilasi Family Day (2000), Seven Collar T-Shirt didekati oleh I Seek Music yang baru ditubuhkan. Bekerja dengan Greg Henderson yang berkhidmat sebagai penerbit, kumpulan ini merakamkan Freeway, Dreaming & Broke.
Album ini dikeluarkan pada 1 Oktober 2002 dengan tiga lagu dikeluarkan sebagai single, "Glory & Meaning", "Breathe" dan "Happy Chicken King". Ia merupakan album terakhir Seven Collar T-Shirt bersama I Seek Music sebelum menyertai Laguna Records dan yang terakhir dirakamkan oleh pemain dramnya, Mokhtarizal sebelum meninggalkan kumpulan itu untuk menguruskan syarikat rakamannya.
Senarai runut
[sunting | sunting sumber]Kesemua runut ditulis dan digubah oleh SevenCollar T-Shirt.
No. | Tajuk | Masa | |
---|---|---|---|
1. | "What Went Wrong?" | 3:50 | |
2. | "Glory & Meaning" | 5:00 | |
3. | "Happy Chicken King" | 4:14 | |
4. | "Holiday" | 4:18 | |
5. | "Breathe" | 4:07 | |
6. | "Speechless" | 4:12 | |
7. | "Ice-Tea Tragedy" | 1:42 | |
8. | "A Musical Guide To 70's PS#@!" | 4:31 | |
9. | "Allison Font" | 6:17 | |
10. | "New" | 6:42 | |
Sejarah keluaran
[sunting | sunting sumber]Negara | Tarikh | Format | Syarikat rakaman |
---|---|---|---|
Malaysia | 1 Disember 2002 | Muat turun digital[1] Penstriman digital[2] |
I Seek Music, EMI Music Malaysia |
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ a b "Freeway, Dreaming & Broke". iTunes Store (MY). Apple. 1 Disember 2002. Dicapai pada 1 Disember 2018.
- ^ "Freeway, Dreaming & Broke - album by SevenCollar T-Shirt". Spotify. 1 Disember 2002. Dicapai pada 1 Disember 2018.