Friedrich Wilhelm III dari Prusia
Frederick William III | |
---|---|
Raja Prusia | |
Pemerintahan | 16 November 1797 – 7 Jun 1840 |
Didahului oleh | Frederich Wilhelm II |
Diikuti oleh | Frederick William IV |
Pemilih Brandenburg | |
Pemerintahan | 16 November 1797 – 6 Ogos 1806 |
Didahului oleh | Frederich Wilhelm II |
Keputeraan | 3 Ogos 1770 Potsdam, Prusia |
Kemangkatan | 7 Jun 1840 Berlin, Prusia | (umur 69)
Pemakaman | Makam di Istana Charlottenburg |
Pasangan | Louise of Mecklenburg-Strelitz Auguste von Harrach |
Anakanda | Frederick William IV, Raja Prusia William I, Empayar Jerman Charlotte, Empres Rusia Princess Frederica Prince Charles Puteri Alexandrine Putera Ferdinand Puteri Louise Prince Albert |
Kerabat | Hohenzollern |
Ayahanda | Frederich Wilhelm II |
Bonda | Frederika Louisa dari Hesse-Darmstadt |
Agama | Kalvinis (sehingga 1817) Gereja Evangelikal Kesatuan Prusia (selepas 1817) |
Tandatangan |
Frederick Wilhelm III (3 Ogos 1770 - 7 Jun 1840) ialah Raja Prusia dari tahun 1797 hingga 1840. Baginda memerintah Prusia pada detik sukar Perang Napoleon dan penghujung Empayar Suci Rom. Berikutan kekalahan Napoleon dalam konflik peperangan yang dicetusnya menentang beberapa kuasa Eropah lain dalam Perang Napoleon, baginda mewakili kerajaan Prusia dalam Kongres Vienna yang bertujuan menyelesaikan persoalan politik yang timbul dari perintah baru ini; malah memegang kekuasaan kawasan Prusia sebagai seorang raja sah. Baginda bertekad menyatukan gereja-gereja Protestan agar menyeragamkan hal agama dan liturgi, organisasi dan infrastruktur senibina dalam kalangan penganut mazhab gereja tersebut. Matlamat jangka panjang adalah untuk mengawal sepenuhnya kawalan diraja semua gereja Protestan di Kesatuan Prusia dari gereja.[1]
Keputeraan
[sunting | sunting sumber]Frederich diputerakan di Potsdam pada 1770 kepada Frederich Wilhelm II dari Prusia dan Frederica Louisa dari Hesse-Darmstadt. Baginda sangat pemalu sehingga begitu merujuk dirinya sendiri dengan namanya tanpa sebarang gantian; baginda juga tidak begitu dihiraukan ayahandanya sehingga perkara tersebut menjejaskan perwatakan baginda yang sering merasakan kekurangan sepanjang hayatnya.[2]
Baginda dilatih sepertimana yang diharuskan ke atas setiap putera Prusia dalam bidang ketenteraan. Baginda dilantik sebagai leftenan pada tahun 1784, dinaikkan pangkat sebagai leftenan kolonel pada tahun 1786 dan akhirnya sebagai kolonel pada tahun 1790. Baginda turut terlibat dalam kempen peperangan kerajaannya menentang Perancis dalam Revolusi Perancis antara tahun-tahun 1792–1794.
Pada 24 Disember 1793, Frederich Wilhelm mengahwini Louise dari Mecklenburg-Strelitz. Perkahwinan mereka sangat bahagia terutamanya dengan kedudukan isterinya yang sangat disukai rakyat jelata,[3] malah kehidupan mereka dengan 10 putera-puteri mereka sangat sederhana.
Frederich Wilhelm naik takhta sebagai Raja Prusia pada 16 November 1797. Baginda turut menjadi putera pemerintah secara kesatuan persendirian dengan Kerajaan Neuchâtel (1797–1806, 1813–1840).
Pemerintahan
[sunting | sunting sumber]Kemangkatan
[sunting | sunting sumber]Frederick William III mangkat pada 7 Jun 1840 di Berlin akibat gering menghidap kanser larinks. Putera sulungnya, Frederick Wilhelm IV, menggantikannya. Frederick William III dimakamkan di Makam Schlosspark Charlottenburg, Berlin.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]Catatan
- ^ Encyclopaedia Britannica, The Editors of (30 July 2018). "Federick William III". Encyclopaedia Britannica. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Encyclopaedia Britannica, The Editors of (30 July 2018). "Federick William III". Encyclopaedia Britannica. Cite has empty unknown parameter:
|dead-url=
(bantuan) - ^ Ralat petik: Tag
<ref>
tidak sah; tiada teks disediakan bagi rujukan yang bernamaKings2
- ^ Feldhahn, Ulrich (2011). Die preußischen Könige und Kaiser (German). Kunstverlag Josef Fink, Lindenberg. m/s. 17–20. ISBN 978-3-89870-615-5.
Bacaan lanjut
- Clark, Christopher. "Confessional policy and the limits of state action: Frederick William III and the Prussian Church Union 1817–40." Historical Journal 39.#4 (1996) pp: 985-1004. in JSTOR
Dalam bahasa Jerman
- Thomas Stamm-Kuhlmann: König in Preußens großer Zeit. Friedrich Wilhelm III., der Melancholiker auf dem Thron. Siedler, Berlin 1992.
- Dagmar von Gersdorff: Königin Luise und Friedrich Wilhelm III. Eine Liebe in Preußen. Rowohlt, Reinbek 2001. ISBN 3-499-22615-4.
- Claudia von Gélieu, Christian von Gélieu: Die Erzieherin von Königin Luise. Salomé de Gélieu. Regensburg 2007, ISBN 978-3-7917-2043-2.
- Carsten Peter Thiede, Eckhard G. Franz: Jahre mit Luise von Mecklenburg-Strelitz. Archiv für hessische Geschichte und Altertumskunde Bd. 43. Darmstadt 1985.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]Wikisumber mempunyai teks dari artikel di Ensiklopedia Britannica 1911 Friedrich Wilhelm III dari Prusia. |
- Kategori berkenaan Friedrich Wilhelm III dari Prusia di Wikimedia Commons
Friedrich Wilhelm III dari Prusia Tarikh keputeraan: 3 Ogos 1770 Tarikh kemangkatan: 7 Jun 1840
| ||
Gelaran pemerintah | ||
---|---|---|
Didahului oleh Frederick William II |
Putera Neuchâtel 1797–1806 |
Diikuti oleh: Louis Alexandre Berthier |
Elektor Brandenburg 1797–1806 |
Diilhak oleh Prusia | |
Raja Prusia 1797–1840 |
Diikuti oleh: Frederick William IV | |
Ciptaan baharu | Grand Duke Posen 1815–1840 | |
Didahului oleh Louis Alexandre Berthier |
Putera Neuchâtel 1813–1840 |