Franky Vandendriessche
![]() | |||
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Franck Vandendriessche | ||
Tarikh lahir | 7 April 1971 | ||
Tempat lahir | Waregem, Belgium | ||
Ketinggian | 1.87 m (6 ka 1 5⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Penjaga gol | ||
Kerjaya remaja | |||
1979–1990 | KSV Waregem | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
1991–1998 | KSV Waregem | 152 | (0) |
1998–2005 | Excelsior Mouscron | 199 | (0) |
2005–2007 | Cercle Brugge | 58 | (0) |
Jumlah | 409 | (0) | |
Pasukan kebangsaan | |||
2002–2003 | Belgium | 1 | (0) |
Pasukan diurus | |||
2007–2009 | Excelsior Mouscron (jurulatih penjaga gol) | ||
2009 | Belgium (jurulatih penjaga gol) | ||
2009–2011 | RAEC Mons (jurulatih penjaga gol) | ||
2011– | K.V. Kortrijk (jurulatih penjaga gol) | ||
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik |
Franck "Francky" Vandendriessche (lahir 7 April 1971) merupakan bekas pemain bola sepak Belgium yang bermain di posisi penjaga gol.
Kerjaya
[sunting | sunting sumber]Antara kelab-kelab Vandendriessche ialah K.S.V. Waregem dan Cercle Brugge.
Vandendriessche hanya bermain satu perlawanan untuk pasukan kebangsaan Belgium iaitu menentang Croatia disebabkan Geert De Vlieger dan Frédéric Herpoel mengalami kecederaan. Belgium tewas pada perlawanan itu 4-0. Beliau juga merupakan pemain yang termasuk dalam skuad Piala Dunia FIFA 2002.
Kerjaya jurulatih
[sunting | sunting sumber]Selepas menghabiskan karier bola sepaknya, Vandendriessche menjadi seorang jurulatih penjaga gol untuk kelab lamanya, Mouscron. Tetapi disebabkan masalah kewangan yang dialami kelab itu, beliau membuat keputusan untuk berpindah ke RAEC Mons pada musim panas 2009.
Pada 10 Julai 2009, beliau menjadi jurulatih penjaga gol bagi pasukan kebangsaan Belgium tetapi dipecat pada 6 Oktober 2009. Pada Mei 2011, beliau menjadi jurulatih penjaga gol di KV Kortrijk.
Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Cerclemuseum.be
- Profile Diarkibkan 2012-10-10 di Wayback Machine from the Belgian Pro League
- Footgoal Diarkibkan 2012-10-07 di Wayback Machine
- Profile from Cercle Brugge