Francisco Silva
Maklumat peribadi | |||
---|---|---|---|
Nama penuh | Francisco Andrés Silva Gajardo | ||
Tarikh lahir | 11 Februari 1986 | ||
Tempat lahir | Quillota, Chile | ||
Ketinggian | 1.78 m (5 ka 10 1⁄8 in) | ||
Posisi permainan | Pemain tengah | ||
Maklumat kelab | |||
Kelab terkini | Club Brugge (pinjaman dari Osasuna) | ||
Nombor | 5 | ||
Kerjaya remaja | |||
2000–2006 | Universidad Católica | ||
Kerjaya Senior* | |||
Tahun | Pasukan | Kmcln | (Gol) |
2005–2013 | Universidad Católica | 120 | (5) |
2013–2014 | Osasuna | 47 | (1) |
2014– | → Club Brugge (pinjaman) | 2 | (0) |
Pasukan kebangsaan‡ | |||
2007– | Chile | 17 | (0) |
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 Mei 2014 ‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 5 Mac 2014 |
Francisco Andrés Silva Gajardo (lahir 11 Februari 1986) merupakan pemain bola sepak Chile yang kini bermain untuk Club Brugge KV secara pinjaman dari CA Osasuna. Beliau bermain di posisi pemain tengah.
Kerjaya kelab
[sunting | sunting sumber]Chile
[sunting | sunting sumber]Silva sertai kelab remaja Universidad Católica pada tahun 2000 ketika baru berusia 14 tahun. Pada tahun 2005, beliau membuat debut seniornya ketika dipinjam di Deportes Ovalle, dengan membuat dua penampian pada tahun berikutnya. Pada 2007, beliau sertai kelab Osorno.
Kemudian, pada 7 November 2009, beliau menjaringkan gol pertamaya ketika menang 4–1 ke atas Universidad Concepción.
Pada musim panas 2010, Silva dikaitkan perpindahan ke Lecce, tetapi beliau tidak memiliki kewarganegaraan EU (Kesatuan Eropah)[1] tetapi perjanjian itu ditutup selepas kelab itu dilaporkan telah menandatangani Rubén Olivera.
Osasuna
[sunting | sunting sumber]Pada 22 Januari 2013, Silva dipinjam ke kelab La Liga, CA Osasuna sehingga Jun. Beliau membuat debut untuk Osasuna pada 2 Februari ketika menentang Celta de Vigo, 1-0. Beliau memasuki padang pada separuh masa kedua.[2]
Pada 8 Mac, Silva menjaringkan gol pertamanya untuk Osasuna, tetapi tewas 2-1 kepada Real Betis.[3] Pada 4 Jun, kelab Navarre itu telah membayar sebanyak €1.2 juta untuk servis Silva.
Pada 29 August 2014, Silva dipinjam ke kelab Belgium, Club Brugge KV, sepanjang musim 2014-15.
Kerjaya antarabangsa
[sunting | sunting sumber]Silva membuat penampilan pertama untuk pasukan kebangsaannya pada 22 Januari 2011 menentang Amerika Syarikat, Chile seri 1-1.[4]
Penghargaan
[sunting | sunting sumber]- Universidad Católica
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- ^ "Foreign player cap for Serie A". Sky Sports. 3 July 2010. Dicapai pada 4 July 2010.
- ^ "Armenteros fires Osasuna to win". ESPN FC. 2 February 2013. Dicapai pada 17 March 2014.
- ^ "Betis fly up to fifth". ESPN FC. 8 March 2013. Dicapai pada 17 March 2014.
- ^ "U.S. Men's National Team Opens 2011 With 1–1 Draw Against Chile". US Soccer. 22 January 2011. Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-09-16. Dicapai pada 17 March 2014.