Franchi SPAS-15
SPAS-15 | |
---|---|
Jenis | Senapang Patah Taktikal |
Tempat asal | Itali |
Sejarah perkhidmatan | |
Digunakan oleh | Perancis, Itali, Malaysia |
Sejarah pengeluaran | |
Pengeluar | Franchi S.p.A. |
Spesifikasi | |
Berat | 3.9 kg (8.5 lb) tanpa peluru |
Panjang | 1000 mm (39 in), udi berlipat 750 mm (30 in), udi tetap |
Panjang laras | 450 mm (18 in) |
Kartrij | 12 Bore |
Aksi | Sistem Pam / Gas |
Kadar tembakan | 4 butir/s bagi separa automatik |
Jarak tembakan efektif | 40 m |
Sistem suapan | 6 butir dalam satu kelopak |
Franchi SPAS-15 adalah senapang patah mod berkembar keluaran Franchi S.P.A, Itali.
Pengenalan
[sunting | sunting sumber]Senjata ini adalah peningkatan daripada senapang patah SPAS-12, menjadi pilihan kepada pengguna senjata oleh penguatkuasa dan tentera, menjadi keperluan yang boleh dipercayai, serbaguna dan berkuasa tinggi. dan menggunakan mod dwi pilihan sama ada mod pam / separa-automatik. Rekabentuk senjata ini menyerupai M16. Dalam mod separa-automatik menggunakan sistem piston gas dibahagian alat kerja bolt dan bolt berputar. Kurung gas dan silinder berada di atas laras, kumpulan bolt diletakkan di atas dua rod bersama dengan spring tending balas dan boleh ditanggalkan menjadi satu unit untuk memudahkan penyelenggaraan. Dalam mod pam, ia mempunyai komponen yang sama merangkumi slide pengadang tangan yang ditarik depan-belakang. Mod pam memerlukan dengan kepastian menembak dengan amunisi kuasa rendah seperti gas pemedih atau peluru bean bag. Sistem ini dilengkapi dengan suis mod tembakan seperti yang ada pada versi SPAS-12.
Berbanding dengan senapang patah yang lain, SPAS-15 ini menggunakan kelopak yang sama seperti raifal yang menjadikan senjata ini lebih senang mengisi peluru dengan pantas. Dan disertakan dengan udi berlipat dan pistol grip.
SPAS-15 didatangkan dengan set pembuka, pejera ubahsuai yang sama dengan versi raifal, dan boleh dilengkapi dengan pelbagai jenis pejera yang lain, seperti pejera titik merah (red dot) atau pejera laser. Bahagian receiver pula SPAS-15 diperbuat daripada logam aluminum, bahagian yang lain diperbuat daripada plastik polimer. Model terawal dilengkapi dengan udi plastik atau udi kerangka logam. Model yang terbaru dilengkapi dengan side-folding, udi tetap yang diperbuat daripada plastik. Kelopak senjata ini diperbuat daripada plastic dan menggunakan kapasiti 6 butir kartus 12 bore. Laras mempunyai lubang berbentuk silinder dan boleh dilengkapi dengan sistem Variochoke.
Pengguna
[sunting | sunting sumber]SPAS-15 ini adalah senjata berkualiti tinggi, dipercayai dan serbaguna, dan ia digunakan oleh mana-mana agensi penguatkuasa dan tentera di seluruh dunia, termasuk unit khas infantri Itali. Selain Itali, senjata ini turut digunakan oleh Perancis serta polis bantuan Polis Diraja Malaysia dan juga turut digunakan oleh pasukan elit organisasi tersebut.
Lihat juga
[sunting | sunting sumber]Pautan luar
[sunting | sunting sumber]- Beretta Defense - SPAS-15
- Modern Firearms Diarkibkan 2005-08-05 di Wayback Machine
- Franchi Homepage in english
Senarai senjata api | |
---|---|
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z - Lain-lain. |