Formula kimia
Formula kimia ialah simbol atau simbol-simbol unsur yang digabungkan dan ditulis bersama untuk mewakili suatu sebatian kimia. Ia bertujuan untuk menerangkan maklumat mengenai hubungan atom dalam sebatian kimia.
Daripada formula kimia, kita boleh mendapat maklumat tentang :
- Jenis atom yang hadir
- Nisbah gabungan atom
Terdapat dua jenis formula kimia iaitu :
Contoh formula kimia sebatian
[sunting | sunting sumber]1 ) K2O = Kalium oksida
2) K2CO3 = Kalium karbonat
3) K2SO4 = Kalium sulfat
4) KCl = Kalium klorida
5) KBr = Kalium bromida
6) KI = Kalium iodida
7) KOH = Kalium hidroksida
8) KNO3 = Kalium nitrat
9) Na2O = Natrium oksida
10) Na2CO3 = Natrium karbonat
11) NaSO4= Natrium sulfat
12) NaCl = Natrium klorida
13) NaBr = Natrium bromida
14) NaI = Natrium iodida
15) NaOH = Natrium hidroksida
16) NaNO3 = Natrium nitrat
17) H2CO3 = Hidrogen karbonat
18) H2SO4 = Hidrogen sulfat
19) HCl = Hidrogen klorida
20) HBr = Hidrogen bromida
21) HI = Hidrogen iodida
22) HNO3 = Hidrogen nitrat
23) AgNO3 = argertum nitrat
24) MgO = Magnesium oksida
25) PbSO4 = Plumbum (II) sulfat
26) CrPO4 = Kromium fosfat
27) MgBr2 = Magnesium bromida
28) CaCl2 = Kalsium klorida
29) Zn(OH)2 = Zink hidroksida
30) Pb(NO3)2 = Plumbum (II) nitrat
31) Fe(OH)2 = Ferum(II) hidroksida
32) BaCl2 = Barium klorida
33) Na2CO3 = Natrium karbonat
34) Ag2SO4 = Argentum sulfat
35) H2SO4 = Asid sulfurik
36) K2CrO4 = Kalium dikromat(VI)
37) Al2O3 = Aluminium oksida
38) Al2(SO4)3 = Aluminium sulfat
39) Fe2O3 = Ferum(III) oksida
40) Cr2O3 = Kromium oksida
41) HCl = Asid Hidroklorik
42) H2SO4 = Asid sulfurik
Formula empirik
[sunting | sunting sumber]Formula empirik ialah formula kimia yang menunjukkan nisbah teringkas bagi bilangan atom setiap jenis unsur dalam suatu sebatian. Sebagai contoh :
Sebatian | Formula molekul | Formula empirik |
Asid etanoik | C2H4O2 | CH2O |
Pentena | C5H10 | CH2 |
Etana | C2H6 | CH3 |
Formula molekul
[sunting | sunting sumber]Formula yang mengunakan simbol untuk menunjukkan bilangan sebenar dan jenis atom yang terdapat dalam satu molekul sebatian tertentu. Sebagai contoh :
- Benzena = C6H6
Formula molekul benzena ini menunjukkan bahawa molekul benzena mempunyai 6 atom karbon dan 6 atom hidrogen.
- Etana = C2H6
Formula molekul etana ini menunjukkan bahawa molekul etana mempunyai 2 atom karbon dan 6 atom hidrogen.
- Etanol = C2H6O
Formula molekul etanol menunjukkan bahawa molekul etanol mempunyai 2 atom karbon 6 atom hidrogen dan 1 atom oksigen.